10:9
Dia yang berjalan dengan jujur berjalan dengan pasti: tetapi dia yang mencabuli jalannya akan dikenali.
Akhlakmu dan perangaimu adalah paling penting. Ia menentukan jikalau Allah akan memberkatimu atau mengutukmu, sama ada kamu berjaya dalam kehidupan atau tidak, atau jika orang lain akan mendapat tahu bahawa kamu orang bebal. Kehidupan yang berjaya yang hidup dengan yakin dan terjamin adalah jauh lebih baik daripada didedahkan kerana dosa.
Seseorang lelaki atau perempuan yang berjalan dengan jujur ialah orang dengan akhlak dan perangai yang hebat – selalu berbuat apa yang betul seperti yang diterangkan oleh Allah dalam Alkitab. Ini bukan percakapan semata-mata – ini melakukan perlakuan itu. Orang demikian sepadan dengan tahap piawai Allah tentang apa yang betul dan yang baik. Janji ganjaran ialah berkatNya, kejayaan kehidupan, dan ketiadaan kemunafikan untuk ditemui.
Orang dengan akhlak yang kurang mencabuli jalan-jalannya – memilih untuk berbuat apa yang dia fikir sebagai betul, tanpa penundukkan kepada Allah dan firmanNya. Dia kerap kali menutupi pilihan-pilihannya dengan pura-pura agama, tetapi Allah akan mengutuknya, dia akan gagal, dan kemunafikannya akan terdedah.
Melakukan apa pun dengan tegas oleh firman Allah, iaitu satu-satunya jalan yang betul untuk berbuat apa-apa pun, memastikan suatu kehidupan yang memiliki berkat dan kejayaan. Mencabuli jalan benar, atau memilih untuk melakukannya dengan sedikit berbeza pun daripada apa yang disebut Alkitab, membawa masalah dan malu. Itu terjamin!
Apakah akhlakmu? Bacalah dengan teliti. Yang menentukan reputasimu ialah ciri-ciri yang menerangkan dan menonjolkan dirimu, siapa dirimu melebihi faktor-faktor biologi, tata tertib perangai yang menentukan perilakumu, disiplin atau kecenderungan dirimu, dan gaya hidup.
Kehidupan yang cekal dalam kesalihan akan mengekalkan seseorang yakin, dan keredaan Allah akan menjaga dia daripada tersandung. Tetapi menolak arahan dan hikmah, dan memilih jalannya sendiri, akan membawa seseorang kepada kepedihan dan penderitaan, dan pemberontakannya yang cabul itu akan didedahkan kepada orang lain.
Amsal yang sepupu kepada ini mengisytiharkan, “Sesiapa yang menjalani hidup dengan jujur akan diselamatkan: tetapi dia yang babil dalam jalan-jalannya akan jatuh dengan serta-merta” (Ams 28:18). Sedikit perbezaan dalam perkataan amsal tersebut membantu untuk mengisi erti sepenuhnya tentang amaran amsal yang sedang dikaji ini. Orang jujur akan diberkati dan diselamatkan daripada masalah dalam kehidupannya, tetapi orang yang cabul akan tentu dan tiba-tiba jatuh ke dalam kesesakan.
Amsal yang kamu sedang pertimbangkan menambahkan kepada kemunafikan rahsia dan pemberontakan tersembunyi akan terdedah dan diketahui. Orang yang pilih untuk mengikut jalannya sendiri akan diperolok-olok oleh orang lain, sebab mereka akan jelas-jelas nampak bahawa orang itu telah main tipu dan mengkompromikan hikmah yang salih. Walaupun dia mengampu dirinya bahawa dia ada pendapat yang lebih baik, dia akan nanti membenci pilihannya yang bebal (Maz 36:2).
Zofar dengan terus terang mengingati Ayub tentang orang munafik dengan berkata, “Tidak tahukah kamu dari dahulukala, sejak manusia ditempatkan di bumi, bahawa sorak-sorai orang durjana adalah singkat, dan sukacita orang munafik adalah hanya untuk seketika? Walaupun kecemerlangannya menggunung ke syurga, dan kepalanya mencapai awan; namun dia akan binasa selama-lamanya seperti tahinya sendiri: mereka yang telah melihatnya akan berkata, Di manakah dia?” (Ayb 20:4-7). Yudas dan Ananias mencabuli jalan Tuhan, dan penghakiman-penghakiman yang menimpa mereka adalah jelas diketahui. Yang pertama telah menggantung dirinya mati oleh penghakiman Allah, dan yang kedua telah dibunuh secara langsung oleh Allah (Mat 27:3-5; Kis 1:18; 5:1-11).
Orang yang tulus dan yang setia, yang berjalan dengan wajar di hadapan Allah dan manusia, akan terjamin dalam hati nuraninya, dalam berkat-berkat Allah dalam kehidupannya, dan dalam keselamatan daripada masalah (Ams 28:1; Yes 33:15-16). Hai pembaca, inilah kehidupan yang baik. Inilah apa yang menjelaskan orang yang hebat. Di manakah kamu tergoda untuk berkompromi? Di manakah kamu main dengan kebebalan atau dosa dalam kehidupanmu? Bertaubatlah!
Orang ini adalah tunggal hati dengan tiada ketakutan ditangkap, sebab dia tidak pernah mengamalkan perdayaan atau kemunafikan. Dia tidak takut akan iblis atau orang durjana, sebab Allah ialah pembantunya dan syurga ialah rumahnya. Dia tidak akan takut akan masa depan, sebab hatinya dan langkah-langkahnya adalah teguh dalam firman Allah. Dia tahu bahawa Allah ada dengannya, tidak kira apa pun yang manusia mampu fikir. Dia tahu bahawa kesukaran bagi orang lain tidak akan mengalahkan atau membinasakannya. Dia yakin dan rasa terjamin.
Tetapi orang yang memilih dosa dan mencabuli jalan kewajaran akan pasti jatuh, dan semua orang akan tahu rahsianya dan keangkuhannya yang mementingkan diri sendiri dan kecabulannya. Untuk derhaka memang adalah cabul, sebab itulah yang merosak dan memberontak terhadap hikmah Allah. Percabulan ialah perkataan Allah untuk kederhakaan, dan kamu harus mengamati keseriusan kesalahaan menderhaka (Ayb 33:27).
Dosa ada kesan-kesannya, dan orang munafik tidak dapat menyembunyikan hatinya yang bebal dan kehidupan peribadinya untuk lama-lama. Dia akan terus jatuh, dan orang baik akan melihat amalan-amalan cabulnya yang menyebabkan kejatuhan itu (Ams 26:24-26). Orang-orang kudus yang mulia akan berdoa bagi pendedahannya (Maz 144:7-8,11).
Walaupun orang demikian fikir bahawa dia telah menyembunyikan dosanya, Tuhan melihat setiap dorongan hatinya dan setiap tingkah laku yang tersembunyi. Jika dia berjaya bersembunyi dengan pura-puranya yang berbohong sampai ke hari perkuburannya, ia akan timbul kepada keluarganya dan/atau pada Hari PenghakimanNya (Pkh 12:14; Luk 12:1-5; 1Tim 5:24).
Orang jujur adalah terpuji, tetapi orang cabul akan dipandang hina (Ams 12:8). Orang jujur takut akan Tuhan, tetapi orang cabul memandang hina orang jujur melalui tingkah laku mereka, tidak kira apa yang dikatakan mereka (Ams 14:2). Ia lebih baik untuk menjadi orang jujur yang miskin daripada menjadi orang cabul yang kaya (Ams 28:6).
Orang yang berjalan dengan taat kepada Tuhan Yesus Kristus adalah paling pasti di kalangansemua orang (Ibr 13:5-6). Dia berpuas hati dan yakin, dan Tuhan akan berada dengannya ketika semua orang meninggalkannya (2Tim 4:16-18). Paulus tidak malu akan kehidupannya yang terpandang hina, sebab Paulus tahu Siapa dia yang dipercayainya (2Tim 1:12). Hai pembaca, adakah kamu menjalani hidup dengan pasti bersama Tuhan pada hari ini?