10:8
Yang berhikmah dalam hati akan terima perintah: tetapi orang bebal yang mengoceh akan jatuh.
Orang berhikmah suka diajar. Mereka menghargai arahan. Mereka mahu diberitahu apa untuk dibuat. Mereka akan mendengar dan berbuat apa yang diarahkan kepada mereka untuk dilakukan. Mereka suka tunduk dan taat.
Tetapi orang bebal tidak suka diketuai. Mereka lebih suka bercakap. Mereka ingin kamu mendengar pendapat-pendapat mereka. Mereka mencurahkan karut tanpa terhenti-henti. Mereka mengadu dan membantah. Mereka membebel.
Tetapi pertimbangkan ini dengan baik-baik! Ada lebih yang dimaksudkan amsal ini daripada hanya suatu ciri akhlak – orang berhikmah akan menerima arahan; orang bebal lebih suka berborak tentang diri mereka sendiri. Ada peraturan untuk kejayaan dan kegagalan di sini. Orang bebal akan gagal dan jatuh kerana akhlak rosak, dan orang berhikmah akan maju mengatasi mereka oleh kerelaan mereka untuk mendengar arahan dan maju.
Orang mulia bersyukur kalau ada orang untuk mengajar mereka hikmah dan kebenaran. Lukas menyatakan orang Berea mulia kerana cara pendengaran mereka untuk menyambut ajaran Paulus (Kis 17:11). Israel di bawah pimpinan Nehemia sungguh ghairah dan bersikap syukur untuk mendengar Firman Allah diajar kepada mereka, walaupun ia menimbulkan arahan yang tidak dipatuhi untuk 1000 tahun (Neh 8:1-18). Pertimbangkan kedua-dua semangat itu.
Tetapi banyak orang bebal lebih suka mengoceh dan berceloteh tentang gagasan, pendapat, dan pengalaman mereka sendiri. Seorang bebal yang mengoceh ialah orang yang terlalu banyak bercakap, tanpa nilai atau keuntungan. Mereka memakai banyak perkataan, mungkin juga kata-kata yang fasih dan yang canggih, tetapi tanpa mencapai apa pun nilai yang benar dan yang kekal. Jauhilah orang sedemikian! Mereka akan jatuh, dan mereka akan menjatuhkan orang yang berdekatan dengan mereka. Mereka tidak tahu apa pun kecuali mengasihi bunyi suara dan kata-kata sendiri.
Sukatlah hikmahmu dan kehidupan masa depanmu sekarang. Adakah kamu suka diajar, atau lebih suka mengajar? Adakah kamu lebih suka mendengar, atau lebih suka bercakap? Fikirkah kamu bahawa kamu dapat menuruti jalanmu sendiri lalu beroleh kejayaan? Jangan kamu memperdayakan dirimu dalam soal-soal ini, kerana kemakmuranmu dan kejayaanmu bergantung kepada selidik jujur kamu dan pemahaman pelajaran ini.
Adakah orang lain dimajukan dan dijadikan lebih baik kerana pertuturanmu, atau kamu mengisi suasana penuh dengan bunyi bising sahaja? Adakah persuratanmu mengubahkan kehidupan orang, atau ia semata-mata suatu angin kencang yang hangat dan yang banyak? Adakah orang lain menanya untuk pendapatmu, atau adakah kamu suka memberi pendapat tanpa orang lain bertanya? Adakah kamu berhikmah, atau orang bebal yang mengoceh? Orang lain tahu. Adakah kamu tahu? Henti bercakap. Mula mendengar. Kejayaan menjelang.
Orang bebal yang mengoceh mungkin orang yang pandai menaip, jadi kamu mendapat mesej/emel yang panjang dan yang tidak menguntungkan kalau bukan telinga yang sudah hangat mendengar di telefon. Walau bagaimanapun itu masih oceh orang bebal – banyak perkataan yang tidak bermakna. Puncanya sama – hati yang mengasihi dirinya sendiri, daripada hati yang dengan rendah mendambakan pembelajaran. Semoga Allah menyelamatkanmu daripada menjadi atau mendengar seorang yang mengasihi diri sendiri.
Hai ibubapa, perbetulkan ciri yang bebal ini dengan mengajar anak-anakmu pangkat mereka yang sewajarnya. Seorang ibu yang bebal akan memanjakan dan membesar-besarkan kata-kata dan pendapat anak-anaknya, dan kemudian hairan mengapa dia mempunyai sebuah keluarga penuh dengan orang yang suka mengoceh. Pepatah yang silam itu masih berhikmah – kanak-kanak harus dilihat, bukan didengar. Pendapat-pendapat mereka tidak bernilai; kata-kata mereka di depan orang lain haruslah sedikit. Maklumlah akan sifat manusia – kanak-kanak sedemikian akan masih bermulut murai ketika dewasa.
Hai pembaca, adakah kamu lekas nak bercakap? Atau lekas untuk mendengar? Adakah kamu mengharapkan orang lain untuk percaya dan mentaatimu? Adakah kamu lebih lekas untuk percaya dan mentaati mereka? Di sinilah kamu ada suatu ujian penting bagi akhlakmu dan jiwamu. Adakah kamu berhikmah menurut maksud amsal ini? Jika kamu suka bercakap, maka kamu berada di dalam kesesakan. Jika kamu mengasihi pendapat-pendapatmu sendiri, maka kamu berada di dalam kesesakan.
Tentulah setiap orang memikir pendapatnya lebih baik daripada orang lain. Tetapi hikmah tahu perdayaan fikiran manusia adalah dari neraka, terdorong oleh ibilis, dan hati yang penuh perdayaan dan yang sungguh-sungguh durjana (Yer 17:9). Orang yang paling bebal di bumi, iaitu yang tiada harapan pemulihan, ialah orang yang angkuh dalam gagasan-gagasannya sendiri (Ams 26:12; 29:20).
Hikmah memandang hina gagasan-gagasan diri sendiri (Ams 30:1-3; 1Kor 3:18-20). Hikmah memadam setengah kata-kata yang ingin disebut (Ams 17;27-28; Pkh 5:2). Hikmah bercakap dengan perlahan (Ams 29:20; Yak 1:19). Hikmah mahu diajar guru-guru Allah – ibubapa dan pastor (Ams 1:8; 4:104; Mal 2:7). Hikmah hanya berbicara ketika ada apa yang bernilai, betul, dan pasti. Kalau tidak, diam itu emas.
Ia tidak mungkin untuk mengajar orang bebal yang mengoceh. Sebelum kamu dapat melengkapkan percakapan ayatmu atau perengganmu, mereka ingin memberimu dua puluh atau tiga puluh perenggan mereka sendiri. Sementara kamu sedang berucap, mereka tidak tenang hati, sibuk dengan fikiran mereka sendiri, dan sedang tidak sabar ingin berucap sekali lagi. Para orang bedebah yang malang ini tidak dapat menyatakan diri mereka salah dan meminta ampun, sebab mereka menganggap diri sendiri keilahian. Mereka tidak pernah faham bahawa orang lain tidak mahu pendapat-pendapat mereka, sebab selain pendapat, mereka juga menganggap diri popular.
Orang bebal yang mengoceh adalah jelas seperti bunyi siren. Dengar untuk percakapan celoteh. Lihat untuk kelekasan pendapat bagi apa pun subjek. Kamu telah menemui dia! Sesetengah mereka ada jawapan bagi segala sesuatu; sesetengah berucap mengatasi semua orang; sesetengah lagi langsung tidak percaya dalam kesenyapan. Mereka orang bebal yang mengoceh, dan ia suatu kelebihan orang berhikmah untuk mengenalpastikan mereka dan mengelakkan mereka (3Yoh 1:9-10).
Seorang lelaki yang sudah kahwin dengan orang bebal yang mengoceh berlari ke bumbung atau ke padang gurun untuk melepaskan diri daripada ancaman kebisingan soalan, cadangan, pembetulan, peringatan, nasihat, dan bebelan lain yang bertalu-talu daripada isterinya (Ams 19:13; 27:15-16). Lelaki yang paling tahu tentang ragam perempuan telah memberi amaran kepada kaum lelaki untuk menolak perempuan yang suka bercakap (Ams 11:16; 30:21-23; 31:26). Hai perempuan Kristian, jika kamu ada apa pun hikmah, dambakan suatu roh yang suka menurut dan yang tenteram (1Pet 3:3-4). Terimalah perintah itu!
Dapatkah kamu belajar lebih tentang pengoceh yang memusuhi kewarasan? Mereka suka perkataan, “Tetapi”. Dengar untuk itu. Tak kira apa pun yang dikatakanmu, mereka pasti membalas dengan, “Tetapi”. Mereka mesti mahu memasukkan pendapat mereka ke dalam perbualan. Selepas lima minit berucap dengan tidak berfikir, kamu sedar bahawa mereka sudah muflis kebijaksanaan, dan kamu akan mengelakkan mereka pada masa depan.
Jika tiada renungan kepada apa yang telah dikatakanmu, tetapi sebaliknya suatu tutur balas mereka sendiri, tanpa banyak pengakuan atau tundukan kepada apa yang telah kamu kata, maka kamu sudah menemui seorang pengoceh bebal. Pastikan dirimu bukan pengoceh bebal, dan jangan bazirkan masa dengan orang sedemikian.
Sekarang tinggalkanlah pengoceh bebal. Dia akan jatuh, di bawah tamparan besar Yang Maha Tinggi dan penolakan daripada semua orang yang baik. Adakah kamu berhikmah dalam hati? Hai pembaca, inilah soalnya. Adakah kamu berhikmah dalam hati? Adakah dirimu sepadan dengan ungkapan pertama amsal ini?
Hati yang behikmah juga sungguh jelas. Mereka suka menerima perintah-perintah daripada Allah dan daripada orang yang telah ditempatkan Allah dalam kedudukan kekuasaan. Adakah kamu taat dan menghormati ibubapamu? Adakah kamu menerima dan mentaati perintah-perintah mereka? Adakah kamu mengasihi pendengaran khutbah, supaya kamu dapat belajar sesuatu yang kamu harus buat untuk menyenangkan Allah dan manusia? Adakah kamu berhikmah dalam hati?
Kebinasaan orang bebal kerana menolak arahan adalah pasti. Demikian pastinya pendengaran dan ketaatanmu kepada arahan akan membawa kenaikan pangkat daripada Allah dan manusia. Dapatkah kamu menanggap pelajaran Allah dan Salomo di sini? Amsal ialah buku hikmah untuk kejayaanmu. Di sinilah formula kemenangan untuk kemakmuran: dengar firman Allah dan pihak atasanmu yang berkuasa dan taatilah pengetahuan dan nasihat mereka yang lebih unggul. Kamu tidak lama lagi akan diganjari.