Amsal · Proverbs

11:12
Dia yang kekosongan hikmah memandang hina jirannya: tetapi orang yang ada pemahaman berdiam diri.

Bagaimanakah kamu bercakap tentang orang lain? Ia mendedahkan akhlakmu dan hatimu. Ia mudah untuk berdosa dengan mulutmu, dan ada banyak cara untuk melakukannya. Dapatkah kamu berhenti memandang hina orang di sekelilingmu dan mendiamkan ulasan-ulasan yang kritikal atau yang negatif tentang mereka? Seorang yang berhikmah akan lebih cepat digerakkan kepada sikap kasihan dan berdoa bagi jirannya daripada memandang hina atau mencemuh dia.

Salomo memberi amaran di sini terhadap perbuatan mengumpat atau memburukkan jiranmu. Orang berhikmah tidak menyombong memandang hina orang lain dalam hati mereka atau dengan kata-kata mereka. Mereka akan menahan kata-kata perendahan atau cemuhan yang lekas ditutur orang bebal atau orang durjana. Mereka tahu bahawa semua orang ada lebih kesamaan daripada perbezaan, maka pandangan hina kepada orang lain tidak dibenarkan.

Konteks yang kecil ialah nas amsal yang kemudian, yang mengutuk hal membawa mulut, iaitu satu lagi jenis dosa mulut. “Seorang pembawa mulut mendedahkan rahsia: tetapi dia yang ada roh yang setia menyembunyikan hal itu” (Ams 11:13). Hal membawa mulut ialah penyebaran apa pun tentang orang lain yang memudaratkan nama baiknya, walaupun ia benar. Ia suatu dosa yang sangat biasa.

Pertuturan ialah salah satu bukti hikmah, atau kekurangan hikmah. Kata-kata mulut seseorang mendedahkan hatinya di dalam (Luk 6:45). Dengan semata-mata kuantiti perkataan, hikmah atau kebebalan terdedah nyata. “Suara orang bebal dikenali oleh banyaknya perkataan” (Pkh 5:3). Suatu peraturan yang mudah bagi hikmah adalah untuk kurangkan setengah kata-katamu. Kurang bercakap, walaupun ia menggeramkanmu!

TUHAN, Pencipta syurga dan bumi, membenci tutur kata jahat tentang orang lain, maka, Dia mengutuk perbuatan mengumpat, kata-kata hina, hal bercanggah kata, kebencian, niat jahat, tohmahan, cercaan, fitnah, menyombong, membawa mulut, dan berbisik di antara dosa-dosa yang berkaitan dengannya. Sudah tentulah kamu akan jarang mendengar dosa-dosa ini dinamakan di tempat awam, apatah lagi dijelaskan dan dikutuk. Jika kamu berbeza dalam kelebihan kepada orang lain, kamu harus memahami bahawa Allah yang telah menjadikannya sebegitu (1Kor 4:7; 15:10).

TUHAN menganggap pertuturan yang kurang baik terhadap yang lain sebagai melanggari perintah yang keenam iaitu hal membunuh. Yesus berkata, “Kalian pernah mendengar bahawa disebutnya mereka dari dahulukala, Kamu tidak harus membunuh; dan sesiapa pun yang membunuh akan berada di dalam bahaya penghakiman itu: Tetapi aku berkata kepada kalian, Bahawa barang siapa marah terhadap saudara lelakinya tanpa sebarang sebab akan berada di dalam bahaya penghakiman itu: dan barang siapa berkata kepada saudara lelakinya, Raca, akan berada di dalam bahaya perbicaraan majlis: tetapi barang siapa berkata, Bodoh kau, akan berada di dalam bahaya api neraka” (Mat 5:21-22).

Mengasihi jiranmu ialah perintah yang kedua paling besar (Mat 22:39), dengan pemahaman bahawa maksud perkataan “jiran” melebihi orang yang tinggal berdekatanmu, seperti yang cerita Orang Samaria Yang Baik telah membuktikan (Luk 10:29-37). Maksud “jiranmu” mencapai kepada hamba-hamba orang lain juga (Ams 30:10). Dan mengasihi musuh-musuhmu ialah perintah yang berkaitan (Mat 5:43-48). Jadi kamu tidak ada ruang untuk membenci atau mengucap jahat tentang orang lain. Semua manusia dilahirkan dengan sikap suka membenci dan saling membenci satu sama lain dengan niat jahat dan iri hati (Tit 3:3), tetapi sekarang kamu harus diubahkan oleh rahmat Kristus (Tit 3:2; Efe 4:31-32).

Bak kata pepatah, “Jika kamu tiada apa pun yang baik untuk disebut tentang orang lain, jangan sebut apa pun.” Sempurna! Itulah hikmah Alkitab! Itulah tepat-tepat apa yang amsal ini ajar! Dan ibubapa harus menguatkuasakan ini bagi anak-anak terhadap adik beradik, rakan sekelas, dan mana-mana pun orang yang timbul dalam perbualan mereka. Orang yang berbudi baik dan yang mulia tidak mengkritik orang lain.

Penawar bagi tabiat yang durjana ini adalah untuk mengelak memandang hina orang lain dalam hatimu, “Janganlah mengutuk raja, ya, jangan dalam fikiranmu, dan janganlah mengutuk orang kaya dalam kamarmu” (Pkh 10:20). Walaupun kamu harus memperbetulkan orang lain yang sudah salah, kamu harus melakukannya dengan lemah-lembut dan dengan ketakutan (Gal 6:1, 2Tim 2:25; Yak 3:13; 1Pet 3:15). Kedua-dua kekuasaan atau kebenaran tidak boleh dijadikan alasan untuk kekejaman.

Ketika seseorang mengutukmu, ingatlah nasihat Salomo, “Jangan peduli segala perkataan yang diucapkan; supaya jangan kamu mendengar hambamu mengutukmu: Sebab kerap kali juga hatimu sendiri tahu bahawa kamu sendiri dengan demikian pernah mengutuk orang lain” (Pkh 7:21-22). Balas semula berkat bagi kutukan mereka, bukan tohmahan bagi tohmahan (1Pet 3:8-9). Tampilkanlah dirimu sebagai anak Raja!

Allah telah melangkaui banyak dosa dalam kehidupanmu. Dia telah berbelas kasihan kepadamu seperti seorang bapa berbelas kasihan terhadap anak-anaknya (Maz 103:13-14). Adakah kamu mampu berbelas kasihan terhadap orang lain, melangkaui kesilapan mereka, dan ingat bahawa Allah telah mengampuni hutang 10,000 talentamu sementara mereka hanya berhutang kepadamu 100 peni (sen)? Dapatkah kamu belajar supaya jangan menganggap diri sendiri lebih tinggi daripada apa yang harus kamu fikirkan (Rom 12:3)?

Yesus mencela orang yang memikir diri sendiri benar lalu memandang hina orang lain. Yesus mencela mereka melalui perumpamaan orang Farisi dengan pemungut cukai (Luk 18:9-14). Keangkuhan durjana dan kesombongan menyebabkan seseorang memandang hina orang lain (Rom 12:16). Ia perkara malu bagi orang yang suka memandang hina selumbar di mata orang lain dan tidak cukup berhikmah untuk melihat balaknya sendiri (Mat 7:1-5).

Ada pihak yang harus dipandang hina, tetapi mereka itu bukan musuh peribadimu – mereka itu musuh Allah (Maz 139:21-22). Senarai ciri akhlak benar Daud ada termasuk memandang hina orang yang keji (Maz 15:4). Namun ia Daud yang telah memberi suatu saksi yang sungguh harum bagi musuhnya yang paling besar, Saul, dengan tangisan dan kata-kata pujian yang berbudi baik (2Sam 1:17-27).

Berapakah murah hati Allah dalam Alkitab, kalau Dia menyebut nama orang dengan kesilapan-kesilapan mereka? Gideon ialah orang yang gagah perkasa dan orang yang beriman. Simson ialah seorang perwira yang termasuk di dalam bilangan awan saksi. Dan Lot ialah orang benar dan wajar, yang jiwa benarnya telah digemaskan setiap hari (Ibr 11:32; 2Pet 2:7-9). Di sinilah kemurahan hati dan belas kasihan, meskipun kepada orang yang bernoda dalam sejarah peribadi mereka.

Ketika Yesus telah dicaci-maki dan didera di perbicaraanNya, Dia tidak berbalas dengan caci-maki dan dengan ancaman, meskipun Dia dengan mudah sahaja dapat menyatakan hakikat penglaknatan mereka di bumi dan di akhirat. Kamu harus mengikuti jejak-jejak teladannya untuk menjadi Kristian yang mulia untuk mengekang lidahmu, walaupun kamu sedang menderita secara tidak bersalah di tangan orang lain (1Pet 2:18-24).