Amsal · Proverbs

11:13
Seorang pembawa mulut mendedahkan rahsia: tetapi orang yang rohnya setia menyembunyikan hal itu.

Ujilah integritimu atau kesetiaanmu. Dapatkah kamu menyimpan rahsia? Akankah kamu menyembunyikannya daripada orang yang tidak perlu tahu? Para pembawa mulut atau orang yang bergosip tidak ada integriti – mereka tidak memiliki roh yang setia. Jika mereka tahu maklumat yang boleh memudaratkan nama baik seseorang, maka mereka mesti mahu menceritakannya, dengan lekas dan dengan luas.

Apa yang Allah panggil sebagai membawa mulut di sini biasanya dipanggil mengumpat atau bergosip. Sekarang ia dipanggil media sosial, laporan siasatan, atau hiburan. Akhbar, televisyen, tabloid, dan laman-laman Internet hidup kerana hal membawa mulut. Orang ramai membacanya dengan keseronokan; mereka berdebar-debar dengan sikap suka ambil tahu; mereka merayu untuk lebih butir-butir, terutama butir-butir seksual; mereka tidak dapat menunggu untuk mengulanginya kepada orang lain.

Jika suatu desas desus yang paling remeh atau fakta yang tidak sedap didapati tentang kehidupan peribadi presiden atau keluarganya, ia disebarkan jauh dan luas dan dibincang sampai mati. Apa yang sama itu benar bagi para pemimpin perniagaan, olahragawan, dan bintang selebriti. Semakin negatif fakta-fakta itu, semakin keterujaannya untuk menyebarkannya. Minat dengan rahsia-rahsia ini ialah dosa dan membuktikan suatu kebabilan dalam suatu generasi.

Ahli keluarga, jiran, pekerja pejabat, dan ahli gereja pun suka menyebarkan berita negatif dalam kehidupan orang lain. Mereka berkata, “Kamu tahu tak mereka sudah bercerai? Sudahkah kamu mendengar yang terkini tentangnya? Tak percaya dia boleh berbuat demikian kan?” Dan mulalah bibir dan telinga durjanamembincangkan hal-hal peribadi orang lain yang patut ditutupi.

Dosa ini ialah kekejian kepada Allah, dan Dia membencinya. SifatNya yang kudus tahu bahawa menyebarkan berita yang memudaratkan orang lain adalah untuk merogol nama baik mereka. Alkitab tidak memakai perkataan gosip; ia memakai membawa mulut, pengumpat, dan pembisik. Salomo mengajar di sini bahawa orang baik dengan roh yang setia tidak akan mengulangi berita yang peribadi yang mereka tahu tentang orang lain.

Perbuatan membawa mulut ialah perbuatan menceritakan hal-hal peribadi untuk memuaskan niat jahat atau sikap penyibuk yang melahu. Perbuatan membisik ialah perbuatan membawa mulut dengan senyap dan rahsia.Perbuatan mengumpat ialah perbuatan membawa mulut yang dibuat ketika orang itu tidak ada. Allah mengutuk dosa-dosa ini (Ima 19:16; Rom 1:29-30; 1Tim 5:13). Akhlakmu dan hikmahmu ditunjukkan dengan cara kamu mengendalikan berita negatif tentang orang lain.

Tiga istilah Alkitab ini melibatkan hal menyebarkan fakta-fakta benar tentang orang lain yang tidak perlu diceritakan. Kalau maklumat itu benar ia hanya bermaksud itu bukan fitnah, iaitu menyebarkan bohong tentang orang lain. Para pembawa mulut akan dengan lekas mempertahankan diri dengan menyatakan bahawa mereka hanya sedang memberitahu fakta – tetapi itulah tepat-tepat ertinya membawa mulut, mengumpat dan membisik. Hal memfitnah ialah dua dosa – berbohong dan menyebarkan bohong; hal membawa mulut ialah satu dosa – menyebarkan fakta-fakta yang memudaratkan orang lain.

Meskipun rahsia itu benar, ia langsung tidak meringankan keburukan dosa itu. Tuhan tahu ada hanya dua niat di sebalik penyebaran rahsia itu – niat jahat kebencian atau sikap menyibuk yang melahu. Kamu merosakkan reputasi orang lain ketika kamu berbuat demikian, dan kamu tiada alasan salih untuk berbuat demikian. Kalau kena melaporkan fakta-fakta supaya para penguasa dapat memenuhi tugas jawatan mereka, maka itu benar dan tidak salah.

Rogol jasmani ialah jenayah yang teruk, dan ia patut dihukum dengan keras sekali. Membawa mulut boleh meluka dengan cara yang sama. Daripada mencabuli tubuh orang dan menimbulkan ingatan-ingatan yang menyakitkan dan menakutkan, membawa mulut puls dapat meninggalkan parut kekal atau kecurigaan nama baik dia kepada orang lain dan kepedihan dan masalah untuk menjelaskan diri akan kesalahan-kesalahan yang silam. Pertimbangkanlah itu.

Hati manusia adalah sungguh durjana dan akan berbuat apa pun yang dapat dibuat untuk memburuk-burukkan atau melukakan orang lain (Yer 17:9; Rom 3:13-18). Sifat semua manusia secara semula jadi adalah suka membenci dan saling membenci satu sama lain (Tit 3:3). Salah satu jalan yang paling mudah untuk melukakan reputasi orang lain adalah utuk menyebarkan maklumat peribadi yang tidak perlu diberitahu. Ia merupakan dosa yang dikutuk amsal ini.

Orang yang setia akan menyembunyikan maklumat peribadi yang mereka mungkin dapat tahu. Mereka akan menyembunyikan hal-hal demikian; mereka tidak akan mengulanginya kepada sesiapa pun. Mereka akan berbuat segala yang dapat dibuat untuk melindungi reputasi orang lain, tidak kira apa perasaan peribadi mereka tentang orang itu. Integriti dan kesetiaan demikian menjadikan manusia hebat di pandangan Allah dan manusia.

Dosa ini dahulu biasanya dikutuk masyarakat. Para pembaca tua-tua boleh mengingati peraturan dan hukuman terhadap perbuatan mengumpat di rumah atau di sekolah. Tetapi sekarang itu ialah dosa yang sudah terlupakan di generasi yang cabul ini. Daripada hukuman, ganjaran-ganjaran pula diberi kepada orang yang memperoleh laporan atau gambar tidak senonoh atau video yang paling lucah akan orang di mana-mana lapisan masyarakat.

Jagalah lidahmu, hai pembaca. Jangan biar ia menyebarkan rahsia yang harus disembunyikan. Ia sama sekali tidak penting sama ada maklumat itu benar atau tidak. Jika hal itu tidak diperlukan untuk tindakan kekuasaan yang wajar, maka tanamlah hal itu. Jika hal itu dapat menyakiti reputasi seseorang, maka tanamlah hal itu. Jika hal itu tidak membina atau terpuji atau membantu, maka tanamlah hal itu.

Jagalah telingamu, hai pembaca. Jika seseorang yang lain mengumpat di kehadiranmu, kutukilah dia dengan muka yang marah atau teguran (Ams 25:23; 1Tes 5:14). Jika tiada para pendengar yang rela mendengar, maka para pengumpat pun tiada layanan lagi (Ams 17:4). Jika kamu membenarkan si pengumpat untuk berdosa dengan menaruh fikiran berdosa di kepalamu tentang orang lain, maka kamu penyubahat kepada dosanya.

Berapa pentingnya untuk mengelak dosa ini? Amsal di sini mengajar bahawa orang yang setia tidak akan melakukannya. Suatu tanda atau bukti hidup yang kekal adalah untuk tidak melakukkannya (Maz 15:3). Memandangkan Allah membencinya dan menyebutnya kerap kali di Alkitab, semua ayah harus melibatkan topik ini dalam didikan mereka (Efe 6:4). Lelaki dan perempuan hebat, iaitu orang yang setia dan yang ada integriti, akan bekerja untuk melindungi orang lain.

Yesus Kristus adalah Yang Setia dan Yang Benar (Wah 19:11). Dia melupakan dosa-dosa umatNya untuk selama-lamanya (Ibr 8:12). Dia tidak akan mahu mendedahkannya, sebab itu adalah untuk kemuliaanNya untuk menutupi pelanggaran-pelanggaran (Ams 25:2; Maz 103:10-12). Ia harus dijadikan kenikmatanmu untuk mengasihi orang lain dengan simpati yang sama dan kesetiaan untuk melindungi mereka daripada laporan yang memudaratkan nama baik mereka (Ams 10:12; 17:9; 1Pet 4:8).