11:14
Di mana nasihat tidak ada, di situlah rakyat jatuh: tetapi di dalam keramaian penasihat adanya keselamatan.
Kedua-dua kamu dan kerajaanmu tidak tahu bagaimana membuat keputusan yang baik kalau kekosongan nasihat. Perlindungan daripada keputusan-keputusan teruk adalah untuk mencari bilangan besar orang yang berhikmah untuk membantu membuat keputusan yang penting. Jika kerajaan melulu dengan bergegas, dengan keangkuhan, atau dengan kewenangan satu orang, maka korupsi dan masalah akan besar kemungkinan timbul di daerah itu. Tetapi ketika sebuah kerajaan mengendahkan pelbagai orang berhikmah, adanya keuntungan dan keselamatan untuk semua orang.
Allah telah mengilhamkan Salomo supaya menulis Amsal untuk mengajar para teruna menjadi berhikmah (Ams 1:1-5). Di sinilah peraturan yang penting untuk kehematan dan hikmah. Jangan membuat keputusan yang besar tanpa mencari nasihat pelbagai orang berhikmah dan orang yang berjaya, yang tidak terlibat secara emosi, secara peribadi, atau secara kewangan. Mereka boleh memakai hikmah dan pengalaman mereka untuk situasimu tanpa pengaruh-pengaruh peralihan perhatian yang mungkin sedang mengabur dan merosakkan fikiranmu.
Setiap jalan seseorang dianggapnya betul di matanya sendiri. Sudah tentulah demikian! Pernahkah kamu membuat keputusan yang tidak baik? Sudah tentulah tidak, kan? Demikianlah hakikat perangai manusia yang kerap kali diperhatikan Salomo (Ams 14:12; 16:2,25; 21:2). Tetapi kamu kerap kali salah kerana banyak sebab, meskipun kamu mungkin tidak menyedarinya. Kamu jahil di dalam hati, dikuasai emosi, berberat sebelah kepada peribadimu, berputar-putar kerana berpendidikan, terdorong secara kewangan, dan dipengaruhi rakan sebaya. Kamu berbahaya!
Bukan setiap penasihat boleh jadi penasihat! Jika kamu memilih untuk menyemak gagasanmu dan keputusanmu hanya dengan kawan-kawanmu, kebanyakan mereka akan bersetuju denganmu untuk mengekalkan persahabatan dan mengelak perbahasan. Ini apa yang telah terjadi kepada anak lelaki Salomo, Rehobeam. Selepas kematian ayahnya, dia mendengar nasihat kawan-kawannya yang muda dan mengetepikan nasihat para penasihat ayahnya yang tua dan berhikmah. Oleh sebab pilihan yang bebal ini, dia kehilangan 10 daripada 12 suku kaum bangsanya (1Raj 12:1-20).
Ada pepatah yang berbunyi, “Kuasa cenderung menyeleweng, dan kuasa mutlak menyeleweng sepenuhnya”. Untuk memerangi kesan kekuasaan yang menyeleweng ini, orang yang memegang jawatan kepimpinan harus lebih banyak bergantung kepada para penasihat. Jika mereka harap untuk membuat keputusan bersendirian, mereka sedang menyebabkan risiko yang besar kepada jawatan mereka dan kepada orang miskin di bawah diri mereka. Berapakah banyak jiwa, nyawa, dan nasib sudah dapat diselamatkan, jika semua suami, ayah, tuan, pastor, dan para penguasa telah memakai para penasihat?
Pertimbangkan Perang Dunia II. Para penasihat sudah mungkin dapat menyelamatkan Chamberlain daripada bohong Hitler. Jika Hitler menaruh percaya kepada para penasihat tenteranya, dia sudah mungkin dapat mengalahkan orang Soviet. Para penasihat cuba menyelamatkan Jepun daripada peperangan dengan Amerika Syarikat, namun ditolak. Dan Jeneral Patton punya nasihat untuk membasmikan orang Soviet sudah harus lebih dipertimbangkan. Inilah keputusan-keputusan yang telah menyebabkan kejatuhan banyak orang, dan ini hanya sedikit contoh yang berkaitan dengan satu peperangan sahaja!
Para pembaca berhikmah tahu bahawa kawalan oleh Allah yang berdaulat merupakan penyebab, perlanjutan peristiwa, dan pengakhiran Perang Dunia II, maka para pembaca perlu ingat bahawa Allah dengan penghakimannya boleh mengatasi peraturan hikmah ini dengan merosakkan para penasihat untuk membawa kehendakNya di kalangan bangsa-bangsa. Dia mampu dan rela untuk berbuat demikian, dan Dia sudah tentu pernah berbuat demikian di dalam sejarah (Ayb 5:12-14; 2Sam 15:31; 1Raj 22:19-23; Maz 9:15-17; Yes 19:11-14; 29:9-16; 1Kor 1:19-20; 3:18-20).
Jika kamu harap untuk bertumbuh dalam hikmah, kamu akan membuang fikiran-fikiranmu dan menggantikannya dengan pendapat para penasihat yang berhikmah. Ini merupakan pilihan yang sukar untuk dibuat, kerana kamu dengan berdosa benci dikritik atau diperbetulkan. Kamu ingin menjadi orang yang paling pandai yang selalu membuat keputusan yang cemerlang. Kamu harus belajar untuk meremukkan keangkuhanmu dan menundukkan gagasan-gagasanmu dan rancangan-rancanganmu kepada penaakulan dan penyelidikan orang lain. Dengan memilih orang yang salih dan yang berjaya sebagai para penasihatmu, kamu boleh dengan serta-merta menaikkan kualiti dan hasil keputusan-keputusanmu.
Para penasihat yang paling unggul ialah orang yang mengenal firman Allah dan boleh memakainya bagi kehidupanmu dan bagi pilihan-pilihanmu (Ams 22:17-21; Ayb 32:6-22; 33:23-24; Maz 119:98-100; 2Tim 3:16-17). Nasihat yang bercanggah dengan Alkitab adalah lebih teruk daripada kekosongan nasihat; ia membinasakan (Yes 8:20; 1Tim 6:3-5). Adakah kamu memiliki para penasihat yang salih di dalam kehidupanmu (Mal 2:7; Kis 8:30-31; Ibr 13:7,17)? Adakah kamu merupakan seorang penasihat kepada orang yang memerlukanmu (Ams 11:30; 15:4; Ibr 5:12-14; 1Pet 3:15)? Kamu boleh menemui para penasihat yang salih di gereja yang sejati Yesus Kristus.