Amsal · Proverbs

11:27
Dia yang tekun mencari kebaikan memperoleh keredaan: tetapi dia yang mencari kenakalan, itu yang akan mendatanginya.

Apakah matlamat-matlamatmu? Apakah reputasimu? Bagaimanakah kehidupanmu memberi kesan kepada orang lain? Jika jawapan kepada ketiga-tiga soalan itu adalah untuk berbuat baik dan membantu orang lain, maka kamu akan memperoleh berkat keredaan Allah dan manusia (Luk 2:52). Jika jawapannya adalah untuk melayani dirimu sendiri dan menyebabkan masalah bagi orang lain, maka hukuman sudah tentu akan datang dari Allah dan manusia (Maz 7:15-16; 9:15-16).

Amsal ini menawarkan kejayaan atau masalah. Yang mana satu akan kamu pilih? Kuncinya adalah bagaimana kamu melayani orang lain. Jika kamu baik kepada orang, kamu akan diberkati. Daud dan Petrus telah menulis, “Bagi dia yang ingin menyayangi kehidupan, dan melihat hari-hari baik, biar dia menahan lidahnya daripada kejahatan, dan bibirnya supaya tidak mengucap kelicikan: Biar dia menjauhi kejahatan, dan melakukan kebaikan; biar dia mencari damai sejahtera dan mengejarnya. Sebab mata Tuhan memandang kepada orang benar, dan telinganya terbuka kepada doa-doa mereka: tetapi muka Tuhan menentang mereka yang berbuat jahat” (Maz 34:12-16; 1Pet 3:10-12).

Jika kamu mementingkan diri sendiri atau melukakan orang lain, jika kamu kritikal atau negatif, jika kamu bersikap pahit hati atau iri hati, atau jika kamu menabur perpecahan atau menjelekkan orang lain, maka kamu sudah siap untuk mendapat kehidupan yang pedih dan yang bermasalah. Ia begitu mudah. Bak kata pepatah, “Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat”. Daud telah menulis, “Orang durjana dengan keangkuhannya menganiaya orang miskin: biar mereka terjebak di dalam rancangan yang telah dibayangkan mereka” (Maz 10:2). Kamu akan didedahkan dan dihukum (Ams 11:29; 26:17-28).

Hai pembaca! Jangan menghiburkan dirimu dengan fikiran bahawa kamu tidak berbuat jahat kepada orang lain, bahawa kamu menjaga diri sendiri dan biarkan yang lain menjalani kehidupan sendiri. Kamu langsung tidak akan diberkati. Keredaan Allah dan manusia adalah kepada orang yang “dengan tekun mencari kebaikan”. Kehidupan yang ajaib dengan hari-hari yang baik hanya untuk orang yang dengan agresif membantu dan melayani orang lain. Jangan sendiri menghiburkan diri kerana merupakan penyendiri dan tidak mengacau orang lain. Kehidupanmu dibazirkan, jika kamu bukan seorang hamba.

Pelajaran yang berhikmah ini bukanlah untuk kegiatan intelektual. Ia adalah untuk berkat dan keredaan di dalam kehidupan. Mengasihi jiranmu ialah perintah yang kedua, tetapi Allah menawarkan ganjaran dengannya – kamu akan memperoleh keredaan daripadaNya dan daripada orang lain, yang merupakan nilai yang sungguh besar (Ams 22:1). “Oleh itu, sementara kita ada peluang, biarlah kita berbuat baik kepada semua manusia, terutamanya kepada mereka dalam rumah tangga iman” (Gal 6:10). Kamu patut berbuat baik bahkan kepada musuh-musuhmu (Mat 5:43-48).

Tujuan nyawamu adalah untuk berbuat baik (Pkh 3:12), untuk melayani (Mar 9:35; 10:44; Gal 5:13). Kamu tidak bernyawa untuk adanya kebaikan dibuat kepada dirimu atau untuk dilayani orang lain. Itu sudah mencabuli kewajaran! Paulus telah memberi amaran supaya tidak lupa berbuat baik (Ibr 13:2,16), kerana layanan baikmu kepada orang lain akan diingati pada Hari Penghakiman (Mat 25:40; Ibr 6:10). Pertimbangkan berkat-berkatnya (Maz 37:1-5,23-28).

Siapakah yang akan dimanfaatkan pada hari ini oleh kehidupanmu? Kamu mungkin hanya kira keluarga atau majikan, jika kebaikan yang kamu buat adalah luar biasa dan mewajibkan ketekunan. Jadilah pokok kehidupan (Ams 11:30)! Apakah kebakian yang dapat kamu buat pada saat ini juga bagi orang lain? Lakukanlah itu! Sekarang juga! Mengapa nak tunggu lagi? Kamu mementingkan diri sendiri! Kalau tahu kamu dapat berbuat baik, dan tidak melakukannya, itu dosa (Yak 4:17).