11:26
Dia yang menahan jagung, akan dikutuk orang: tetapi berkat akan berada di atas kepala orang yang menjualkannya.
Kutuk atau berkat? Betapa besar perbezaannya! Dan semua hanya berkenaan dengan menjual jagung! Belajarlah hikmah Allah di sini: menahan jagung daripada pasaran untuk menaikkan harga dengan tidak adil adalah salah. Kamu sama ada mengutuk ataupun memberkati kehidupanmu dan kehidupan keluargamu dengan amalan-amala perniagaanmu. Ia tidak penting apa yang difikirkanmu sebagai betul atau menguntungkan – ia penting apa yang difikir Allah.
Bagi kapitalisme Amerika, ia menjadi perkara biasa, malah bagi Kristian pun, untuk menganggap apa pun syarat jualan transaksi “arm’s length” [kedua-dua pembeli dan penjual yang bukan kenalan bertindak berdikari] adalah sah secara moral. Misalnya, sikap jika kamu ada kelebihan dari segi niaga dengan barang atau perkhidmatan, maka kamu boleh memasang harga dengan sewenang-wenangnya. Jika sesiapa pun tidak suka hargamu, mereka boleh pilih supaya jangan beli atau membelinya daripada orang lain. Adakah fikiran demikian betul?
Bukankah ini amalan perniagaan yang baik untuk memasang harga sewenang-wenang hatimu dan menjanakan sebanyak untung yang mungkin diperoleh dirimu? Ahli-ahli niaga dengan mudah memakai pasaran ekonomi bebas untuk menjana untung, betul? Pernah disebut bahawa kenaikan untung akan membawa lebih persaingan ke dalam pasaran itu, memajukan perkhidmatan, dan menurunkan harga. Tetapi adakah itu wajar di mata Allah untuk memasang harga sebanyak semungkin?
Pada awal 1980-an, seorang jutawan dari Texas hampir menguasai pasaran perak. Dengan membeli kontrak masa depan untuk bekalan perak sedunia, dia menaikkan perak dari kurang $5 se auns kepada lebih daripada $50 se auns. Jika pertukaran komoditi pada zaman itu tidak mengubahkan peraturan untuk menghentikannya, dia sudah dapat mencapai matlamatnya. Dia mungkin sudah dapat lambat laun menjual kontrak-kontraknya dengan keuntungan yang sungguh besar. Dia mungkin dapat melebihi 150 kali ganda (15,000%) jumlah wang yang dilaburkannya.
Adakah ini wajar? Adakah Allah perkenan kepada fikiran demikian? Bukankah ia hanya satu urusan niaga oleh orang yang berani? Bukankah ia hanya pelaburan kreatif dengan banyak modal supaya menjanakan untung yang sangat besar? Haruskah kita memastikan bahawa harga yang dipasang kita bagi orang lain atau apa yang kita bayar adalah adil dan wajar? Ya! Meskipun kamu beli, Allah berfirman untuk membayar harga yang adil tanpa tawar-menawar (Ams 20:14).
Allah menolak penjanaan untung yang merugikan orang lain. Ia salah untuk menguasai pasaran bagi sesuatu komoditi [barangan keperluan] demi keuntungan. Bacalah amsal ini dan belajarlah kebenaran dan hikmah wajar Allah dan Salomo bagi ahli-ahli niaga. Seorang pekebun dengan kelebihan dengan barangan jagung haruslah menjualnya pada harga yang munasabah dan yang sederhana. Perbuatan menahannya menantikan harga-harga yang lebih tinggi, ketika orang miskin bergantung kepadanya, adalah salah.
Si spekulator di Dallas lupa peniaga kecil barangan kemas perak di desa yang harus membayar sepuluh kali ganda lebih untuk perak mentahnya. Taikun [hartawan] minyak yang merancang untuk menguasai pasaran perak sudah lupa akan keperluan-keperluan asas anak-anak peniaga barang kemas. Tetapi Tuhan tidak lupa akan si spekulator ini. Ia hikmah untuk tahu bahawa Allah ada pendapat berkenaan pilihan perniagaanmu dan untuk mengubahsuai sewajarnya. Kamu tidak akan dapat menang secara kewangan terhadap Allah, seperti yang dipelajari si spekulator itu.
Untung yang merugikan orang lain adalah salah (Ams 1:19), terutamanya orang miskin (Ams 14:21,31), dan terutamanya barangan keperluan asas (Ams 22:27), sebab mereka bergantung kepada komoditi yang murah untuk sara hidup (Ams 27:27). Orang bebal yang tidak mempedulikan seruan orang miskin akan kehilangan kekayaan mereka kepada orang yang lebih berbelas kasihan (Ams 28:8; 17:5; 19:17; 21:13; 22:9,16,22-23; 28:27; 29:7,14). Para penindas mungkin mengumpul banyak perak seperti mengumpul debu, tetapi orang baik akan akhirnya memiliki perak mereka itu (Ayb 27:16-17).
Kamu tidak akan pernah rugi menjadi pemurah, berbelas kasihan, dan berbudi (Ams 11:24-25; Pkh 11:1-6), sebab orang yang memberi kepada orang miskin sedang meminjam kepada Tuhan, dan Tuhan selalu membayar dengan elok sekali (Ams 19:17). Walaupun kamu mungkin fikir bahawa kamu sedang melukakan diri sendiri kerana bersikap pemurah, kamu sedang membantu dirimu sendiri.
Bagaimana pula dengan Tuhan Yesus Kristus? Dia memang menguasai kekayaan dan kemuliaan sebagai Firman Allah, tetapi Dia melepaskan semua itu untuk menjadi miskin di dunia ini bagi anak-anak pilihanNya, supaya mereka juga dapat menerima pemberian hidup kekal dan kekayaan di kemuliaan (Flp 2:5-8; 2Kor 8:9).