Amsal · Proverbs

11:7
Ketika orang durjana mati, hasratnya akan hapus: dan harapan orang yang tidak benar dihapuskan.

Para pendosa ada sedikit seronok – ketika masih hidup. Mereka merancang besar untuk kenikmatan dan keturunan. Mereka harap untuk berbuat hal yang lebih besar dan dan yang lebih baik. Mereka merancang untuk mendapatkan segala aspek kehidupan berjalan lancar dengan lebih sempurna. Kemudian mereka mati. Kemudian mereka tiada apa-apa lagi. Kemudian mereka menjadi kosong sahaja.

Kematian ialah penyama yang besar. Ia melenyapkan kemakmuran orang kaya; ia mengoyak keluar daripada orang kuat apa pun daya olahragawan yang hebat; ia merosakkan muka, tubuh, dan rambut orang yang cantik; ia mengeluarkan kepintaran dan daya ingatan orang yang pandai; ia mengembirikan apa pun kekuasaan dan kuasa para pemimpin; ia merampas daripada ibubapa anak-anak yang mereka sayangi; ia meninggalkan para pemilik rumah mewah ketiadaan rumah lagi. Tidak kira apa pun orang durjana harap untuk buat, Raja Kengerian merampas semua itu sampai lesap.

Yesus pernah mengisahkan tentang orang yang merancangkan gedung-gedung yang baru untuk memuatkan kekayaannya yang besar, dan dia berkata kepada dirinya sendiri, “Hai jiwaku, kamu sudah ada banyak barangan yang telah dikumpulkan untuk banyak tahun; bersenanglah, makan, minum, dan bersuka ria”. Tetapi Allah berkata kepadanya, “Hai orang bebal, pada malam ini juga jiwamu akan dituntut daripadamu: maka milik siapakah barangan itu, barangan yang telah kamu sediakan itu?” (Luk 12:16-21).

Orang duniawi memasuki dunia secara telanjang dan jahil, dan mereka akan meninggal dunia dengan cara yang sama. Namun, mereka membazirkan kehidupan mereka dengan mengejar matlamat yang lesap dalam seketika sahaja – saat mereka mati. Mereka melihat orang lain mati dan tidak belajar apa pun daripada itu, tetapi sebaliknya, mereka terus berlari secepat semungkin di atas treadmill (pengisar injakan) cita-cita, ketamakan, dan kedambaan sehingga ia meludahkan mereka keluar ke dalam maut dan neraka. Betapa bebalnya itu! Kemudian mereka tiada apa-apa lagi. Kemudian mereka menjadi kosong sahaja.

Adakah kata-kata itu terlalu kasar? Itu bukan apa-apa berbanding dengan kejutan saat pertama di neraka. Dengan suatu sambaran kilat pemahaman sahaja, setiap pendosa akan tahu bahawa adanya Allah, bahawa seluruh hidupnya di bumi sudah dibazirkan, dan bahawa dia ada suatu kekekalan seksaan yang tidak tertanggung untuk selama-lamanya. Dia tidak akan fikir untuk sesaat pun tentang rancangan besarnya di bumi, sebab semuanya akan lenyap sebegitu sahaja. Mengapakah kamu fikir amaran-amaran yang keras tentang masa depan demikian adalah kasar? Mungkinkah kamu juga sudah terperdaya?

Dunia ini sudah gila! Mereka menetapkan matlamat untuk gaji tinggi, pangkat besar, rumah besar, kereta mewah, pakaian mahal, dan sekolah yang paling mahal bagi anak-anak mereka, dan cita-cita lain yang sungguh tidak masuk akal. Sesetengah mereka berkata, “Dia yang mati dengan paling banyak alat-alat permainan – menang”. Mereka mengejar jiran-jiran mereka hari demi hari supaya memastikan diri mereka tidak ketinggalan dalam rebutan gila untuk mengumpulkan barang-barang dan mengalami kenikmatan. Kemudian, mereka kehilangan segalanya dalam seketika sahaja.

Pertimbangkan apa yang telah ditulis Daud tentang kegilaan ini dalam Mazmur 39. Dia telah menulis, “Sudah tentulah setiap orang menjalani hidup dengan pameran yang sia-sia: sudah tentulah mereka tidak tenteram dengan sia-sia: dia melonggokkan kekayaan, dan tidak tahu siapa yang akan mengumpulkannya” (Maz 39:6). Solomo, selepas berbuat eksperimen dengan lebih daripada apa yang kamu dapat bayangkan, menambahkan ringkasan ini: “Aku telah melihat segala pekerjaan yang dilakukan di bawah matahari; dan, lihatlah, segalanya kesia-siaan dan kegemasan roh” (Pkh 1:14). Percayalah itu!

Pertimbangkan apa yang telah Daud tulis dalam Mazmur 49. Di sana Tuhan mengolok-olok kegilaan orang kaya dengan cita-cita mereka. Itulah suatu khutbah untuk memberi amaran kepada semua orang tentang kesia-siaan dunia kekayaan. Sama ada seseorang itu berhikmah atau bebal, dia mati seperti binatang, dan dia tidak dapat membawa apa-apa pun bersama-sama dirinya. Tiada apa pun orang kaya boleh buat untuk membeli nyawanya supaya tidak mati. Dia dengan cepat berubah menjadi tanah yang tercampak ke dalam kubur, namun keturunannya mengejar ilusi dan khayalan yang sama itu.

Aleksander Agung mati sebelum mencapai umur 33 tahun. Rancangan cita-citanya yang tinggi dan yang angkuh untuk membina ini dan berbuat itu sudah lesap sepenuh-penuhnya. Kata-katanya sebelum meninggal pun tidak dapat difahami, jadi, tiada keturunan benar. Keluarganya dibunuh, jadi, tiada pewaris baginya. Empat panglimanya berebut untuk sisa-sisa empayarnya, dan pada hari ini, Yunani sudah menjadi suatu nama sindiran di dunia, sampai nak makan atau mengurus diri pun tidak mampu kalau tiada biaya daripada Kesatuan Eropah.

Ilustrasi bagi amsal ini memang tidak berkesudahan. Apakah yang terjadi kepada rancangan besar Adolph Hitler. Nak mengingat dia secara baik pun sudah menjadi jenayah di kebanyakan negara. Musuh-musuhnya yang Yahudi sudah beroleh menjadi agung semula di banyak aspek masyarakat. Bagaimana dengan Mao Zedong? Kemajuan di negara Cina sejak kematiannya terjadi terutamanya kerana menolak gagasan-gagasannya. Bagaimana dengan Joseph Stalin? James dean? JFK? Marilyn Monroe? John Lennon? JFK, Junior?

Segalanya yang diharapkan para pendosa berakhir pada saat kematian – harapan mereka semuanya binasa. Segalanya yang dihargai mereka disapu lesap sepenuh-penuhnya oleh Raja Kengerian. Mereka tidak akan menonton lagi rancangan sukan, menghadiri pertandingan badminton, atau bertaruh dalam acara bola sepak. Tetapi orang benar ada harapan dalam kematian mereka (Ams 10:28; 14:32), sebab harapan mereka adalah daripada dunia yang lain yang habis mengatasi dunia ini dari segala sukatan sepertimana cahaya lebih unggul daripada kegelapan. Beri kemuliaan kepada Allah!

Lihatlah, “ahli niaga Kristian yang berjaya”, yang mementingkan perniagaannya melebihi Kristus dan kekekalan. Dia mendiamkan hati nuraninya dengan menghadiri gereja dan mencampak sedikit daripada kekayaannya ke dalam kotak persembahan. Tetapi dorongan utama kehidupannya ialah pengejaran kedudukan kewangan dan kedudukan sosial yang tertinggi. Satu-satunya ganjaran yang dia akan mungkin dapat – keredaan orang yang kecil, yang beranggapan bahawa dia seorang yang berjaya. Tuhan dan semua orang berhikmah tahu ke mana dia sedang menuju, kepada api yang tidak dapat dipadamkan, dan tempat yang setiap orang menjadi orang yang papa, tanpa baju T pun untuk dipakai.

Hai orang Kristian, jangan sesekali bermegah akan hari esok, sebab kamu tidak tahu apa yang akan terjadi pada hari esok (Ams 27:1). Sementara Allah membenarkan kamu untuk membuat rancangan perniagaan, dan Dia harap untuk kamu berbuat demikian dengan hikmah yang berhemat, kamu tidak tahu pun jika kamu akan hidup pada hari esok, jadi kamu harus menyerahkan rancanganmu kepada kehendak Allah dengan kata-kata ini: “Sebab itu kamu sepatutnya berkata, Jika Tuhan izinkan, kami akan hidup, dan berbuat sekian-sekian” (Yak 4:15). Kamu memerlukan nyawa bagai apa pun rancangan untuk berjalan.

Hai orang Kristian, maut yang menanggal segala yang diharapkan orang durjana membawa lebih bagimu daripada apa pun yang dapat diperoleh atau yang dapat dibayangkan mereka. Kekayaan? Kamu akan mewarisi seluruh alam semesta. Kekuatan? Kamu akan hidup selama-lamanya. Kecantikan? Kamu akan memiliki tubuh yang dimuliakan. Kepandaian? Kamu akan mengenal segala-galanya. Kekuasaan? Kamu akan menghakimi para malaikat. Anak-anak? Kamu akan ada suatu pertemuan semula yang tidak terbayangkan. Rumah? Rumah agam megah sudah disiapkan bagimu oleh Raja segala raja.

Hai orang Kristian, jangan menjadi penyembah perut dengan mempedulikan hal-hal duniawi (Flp 3:18-19). Jadilah seperti Daud dan Paulus, yang tahu bahawa kehidupan yang datang selepas maut akan melampaui sepenuhnya kehidupan di bumi dari segi tempoh masa, kemuliaan, kenikmatan, atau apa pun lagi yang dapat disukatkan (Flp 3:20-21; Maz 49:15; 73:24). Jika kamu sudah dibaptis dengan wajar, kamu sudah menanam kehidupan duniawimu di dalam air untuk menjalani suatu kehidupan bagi Kristus dan syurga – dan apa yang diwakili pembaptisan itu akan tidak lama lagi dijadikan kenyataan (Kol 3:1-4).