Amsal · Proverbs

11:8
Orang benar dilepaskan daripada masalah, dan orang durjana mengganti tempatnya.

Biar orang durjana menderita menggantikan dirimu! Cukup adil? Allah akan menyelamatkanmu daripada masalah dan sebaliknya akan menghukum orang durjana, jika kamu hidup dengan benar. Dia membeza-bezakan orang dengan melindungi orang yang menjalani kehidupan yang salih dan menghakimi orang durjana mengganti orang salih. Sungguh elok!

Ada ganjaran untuk orang yang benar (Maz 58:11). Allah melepaskannya daripada masalah, dan menempatkan orang durjana menggantikan tempat orang benar. Ketika orang benar diselamatkan daripada sesuatu bencana, Allah mengarahkan penghakiman dan masalah terhadap orang durjana (Ams 24:15-16). TUHAN suka akan orang benar, dan Dia mengorbankan orang durjana baginya (Ams 21:18). Sungguh elok!

Apakah pelajarannya? Allah memberkati dan berkenan kepada orang yang mentaatiNya, dan Dia menghakimi dan menghukum orang yang tidak. Jika kamu berpihak kepada Tuhan, Dia akan melindungi dan memakmurkan dirimu, tetapi Dia akan memandang hina dan membinasakan musuh-musuhNya. Inilah Allah Alkitab, walaupun kebanyakan orang tidak mengenal Dia. Apa yang penting ialah kamu diinsafkan supaya menjalani kehidupan yang salih bagi Dia.

Tuhan tidak berjanji bahawa orang benar tidak akan ada masalah, tetapi Dia telah berjanji untuk melepaskannya daripada masalah-masalah itu (Ayb 5:17-27; Maz 34:4-7,17-19; 50:14-15; 66:12; 91:14-16). Kamu boleh melihat Yakob, Yusuf, Daud, Ayub, Daniel, Paulus, dan orang lain terlepas daripada masalah (Kej 39:1-3; 48:15-16; 2Sam 22:1; Ayb 42:10-17; Dan 1:17-21; 2Tim 4:17).

Amsal ini mengajar penyongsangan nasib yang ilahi yang menggantikan orang benar dengan orang durjana. Orang benar kerap kali mendapati dirinya dalam keadaan yang tidak berharapan, bagi keuntungan jiwanya oleh penyediaan Allah. Dan orang durjana kadang kala terlibat untuk menganiayanya dalam masalahnya, tetapi Allah kemudian menukar ganti nasib mereka dan meninggalkan orang durjana untuk dibinasakan.

Firaun dan Mesir memikir mereka dapat mendera orang Israel yang sedang berdiam di negara mereka. Dia cuba membunuh anak-anak mereka; dia terlampau mengerjakan mereka tanpa pampasan; dia mengolok-olok Musa dan Allah Musa. Apa yang terjadi? Allah mengalihkan Israel ke Kanaan, memusnahkan bangsa itu dengan pelbagai jenis azab, membunuh anak lelaki Firaun dan anak sulung setiap keluarga, merampas kekayaan Israel bagi hutang gaji mereka yang tertunggak, dan melemaskan angkatan Firaun di Laut Merah. Sungguh elok!

Haman merancangkan dengan kebencian untuk menggantung Mordekai di tempat tali gantung yang dia telah bina bagi tujuan itu, tetapi Allah melepaskan Mordekai, dan Haman sebaliknya digantung di tempat itu (Est 7:9-10). Mordekai yang ditentukan untuk meronta-ronta dengan leher yang terputus, sebaliknya diganti oleh Haman. Orang Kristian yang ada pemahaman telah bersukacita dengan senyuman untuk penukaran nasib ini untuk berabad-abad tahun. Tetapi itu bukan kesemua ceritanya; sebelum dia digantung, Haman terpaksa mempamerkan Mordekai di seluruh tempat awam untuk menghormati Mordekai.

Orang Media yang kejam di kerajaan Darius berkomplot dan mengadakan supaya Daniel dilempar ke dalam gua singa kerana imannya dalam Allah dan doa-doa hariannya. Tetapi mereka dan keluarga mereka akhirnya dihancurkan dan dimakan oleh singa-singa yang sama yang pada malam sebelumnya tiada minat untuk membaham Daniel (Dan 6:24). Keganasan yang ditimpa semula kepada diri mereka sendiri cukup sesuai untuk keluarga-keluarga orang durjana.

Nebukadnezar punya askar-askar yang paling hebat dibakar hidup-hidup oleh nyala api yang disediakan mereka untuk tiga kawan Daniel (Dan 3:22). Mereka terlebih memanaskan perapian yang disiapkan untuk jenayah yang layak untuk hukuman mati, dan ia sebaliknya membakar mereka sampai mati sementararambut tiga orang itu layur pun tidak. Tiga kawan Daniel itu sudah berikhtiar supaya tidak akan mengambil bahagian dalam agama yang palsu, dan Allah melepaskan mereka untuk itu.

Enam belas askar Rom mati menggantikan Petrus ketika Tuhan melepaskannya dengan luar biasa dari penjara (Kis 12:18-19). Malaikat Allah membangunkan Petrus pada waktu malam dan menyelamatkannya daripada hukuman matinya yang telah dirancang untuk hari kemudian, tetapi askar-askar bebal itu yang setia kepada Rom mati menggantikan Petrus. Amsal di depanmu ini sungguh benar. Adakah kamu salah seorang yang wajar?

Orang benar sebegitu berharga di dalam kasih sayang Allah sehingga Dia akan dengan gembira mengorbankan orang durjana untuk mereka (Yes 43:3-4). Israel sangat pasti bahawa mereka akan mati ketika dihimpit di antara Laut Merah dan angkatan askar Firaun (Kel 14:10-12), tetapi TUHAN melepaskan mereka dengan ajaib melalui laut itu dan melemaskan angkatan Firaun di dalamnya (Kel 14:21-31). Pertimbangkan lagu dan tarian raya Israel sesudah penggenapan amsal ini (Kel 15:1-21). Sungguh elok!

Penina, isteri beranak yang kejam itu, menganiaya Hana kerana tidak beranak (1Sam 1:1-6). Tetapi Tuhan memberi Hana keredaan di mata suaminya, Samuel sebagai anak pertamanya, dan lima anak lagi (1Sam 1:7-8,19-28; 2:21). Penina menghidupi hari-harinya dengan mengenal suaminya jauh mengasihi Hana daripadanya, mengenal orang yang paling hebat di Israel ialah anak lelaki Hana, dan mendengar dan melihat setiap hari lima orang anak Hana yang bahagia itu.

Saul menganiaya Daud dengan teruk, sementara mengejar dia dengan angkatan yang besar ke dalam kawasan hutan Israel, dan membuat Daud selalu takut bagi nyawanya. Namun TUHAN membawa peperangan terhadap Israel oleh orang Filistin untuk menyelamatkan hambaNya, Daud, yang benar itu (1Sam 23:19-29). Akankah kamu lebih suka mati kematian Saul (1Sam 31:1-13), atau kematian Daud (2Sam 23:1-5)?

Yesus Kristus telah dikhianati, dianiaya, dituduh secara palsu, didera, dan akhirnya disalibkan di kalangan pencuri. Namun Dia dilepaskan daripada maut untuk berada di sebelah tangan kanan Allah, dan musuh-musuhNya dibinasakan dengan cukup teruk (Mat 21:33-46; 22:1-7; Luk 19:27). Oleh sebab kematian satu Orang, lebih daripada satu juta orang Yahudi dibulurkan atau dibunuh di dalam kepungan Yerusalem.

Musuh-musuh telah menganiaya dan menindas orang Kristian yang baik untuk dua ribu tahun, tetapi Tuhan mereka akan datang untuk memperbetulkan keadaan itu, ketika akan adanya tukar ganti nasib besar yang kekal sampai kekekalan (2Tes 1:3-10; Wah 6:9-17). Asap seksaan kekal musuh-musuh mereka akan naik ke syurga sebagai dupa/kemenyan untuk peringatan selamanya (Wah 14:10-12).

Ada ganjaran untuk orang benar. Tiada keperluan untuk gusar kerana kemakmuran atau penganiayaan orang durjana. Mereka tidak dapat melihat harinya menjelang, tetapi orang benar memang. TUHAN ketawa akan apa yang Dia akan buat kepada orang durjana (Maz 2:1-12; 37:12-13), dan orang benar patut ketawa bersamaNya (Maz 52:1-7; 58:6-11). Adakah kamu salah satu orang yang benar?