Amsal · Proverbs

11:6
Kewajaran orang jujur akan melepaskan mereka: tetapi para si pelanggar akan dikenakan kenakalan mereka sendiri.

Jadilah pasti bahawa dosamu akan memperlihatkanmu (Bil 32:23). Janganlah terperdaya; Allah tidak diperolok-olokkan: sebab barang apa ditaburkan orang, itu juga yang akan dituainya (Gal 6:7). Kedua-dua peraturan yang berilham ini disahkan amsal ini. Hikmah ialah kehidupan dengan kewajaran; kebebalan dengan nakal melanggari hukum Allah. Yang pertama itu membawa pelepasan; yang kedua itu membawa kepedihan dan masalah.

Salah satu prinsip besar hikmah ialah kesan-kesan yang pasti dan yang tentu bagi kedua-dua kewajaran dan kedurjanaan. Salomo mengulangi peraturan ini banyak kali untuk mendapatkan perhatian anak lelakinya dan rakyatnya. Dalam bab ini sahaja, bandingkan amsal ini dengan yang lain yang sungguh serupa dalam kata-katanya dan pelajarannya (Ams 11:3,4,5,7,8,10,12,19,20,21,23,27,28,31).

Ulangan itu tidak membazir. Semaklah hatimu, hai pembaca yang berharga. Adakah hatimu ada suatu kecederungan untuk menganggap amsal-amsal Salomo seperti ini adalah boring? Mungkinkah kamu lebih suka membaca dan pertimbangkan suatu amsal tentang kasih, perniagaan, perhubungan, atau kekayaan? Berhati-hati. Kepekatan dan penyelerakkan amsal-amsal ini adalah juga menurut hikmah ilahi. Ulangan-ulangan peraturan di atas adalah perlu.

Kasih, perniagaan, perhubungan, dan kekayaan akan sendiri diberes, kalau kamu menjalani suatu kehidupan kewajaran yang berhikmah. Hatimu dingin terhadap kewajaran kerana masih ada dosa dalam tubuhmu. Dan iblis sendiri mencadangkan apa pun yang dapat difikirkannya untuk mengalihkan perhatianmu daripada belajar dan bertumbuh dalam kewajaran. Lagi pula, dunia hanya mencadang dan menjual kenakalan; ia tidak akan menggalakkan kewajaran. Tiga musuh bersubahat untuk membinasakanmu. Salomo tidak berlebihan dalam penjelasannya.

Seorang yang jujur berbuat apa yang wajar, seperti yang ditetapkan Allah, setiap masa, dan dengan kesungguhan. Inilah kewajaran. Mereka diserahkan atau diselamatkan daripada kepedihan dan masalah dosa, kedua-duanya di dunia ini dan di akhirat. Si pelanggar ialah orang yang nakal yang mengingkari hukum Allah, dan dia mandi dan akhirnya lemas dalam kepiluan pilihannya, di dunia ini dan/atau di dalam akhirat.

Pertimbangkan dunia ini. Orang yang jujur belajar dan memakai hukum-hukum kewajaran Allah bagi kehidupannya sendiri. Allah dan manusia berkenan kepadanya, dan dia makmur dan berjaya dalam kehidupan, sementara terlepas daripada khayalan dan disfungsi orang-orang yang lain (Ams 3:1-4; Yos 1:7-9; Maz 1:1-6; Luk 2:52). Tetapi si pelanggar, sementara diperdaya oleh kenakalannya sendiri, jatuh ke dalam segala jenis masalah, sebab Allah, manusia dan hukum-hukum alamiah telah bergabung bersama untuk menghancurkannya dengan segala kesan-kesan kenakalannya (Ams 1:31; 8:36; 13:15).

Pertimbangkan dunia akhirat. Orang jujur, dengan buah kewajaran yang membuktikan penjanaan semulanya dan keselamatan kekalnya, memperoleh kemasukan ke syurga oleh rahmat Allah yang percuma dalam Yesus Kristus (1Tes 1:2-4; 2Pet 1:5-11). Tetapi si pelanggar, yang harap dia tidak pernah dilahirkan, menghadap Hakim yang berdaulat di seluruh alam semesta dengan adanya kebebalan, keangkuhan, pemberontakan, dan banyak lagi dosa yang harus dihukum semasa berada di lautan api yang abadi (Pkh 12:13-14; Wah 20:11-15; 21:8).

Belajar untuk mengaitkan detik-detik masa dalam kehidupanmu, iaitu detik-detik yang merupakan pilihan dan peristiwa dalam kehidupanmu. Jika kamu memberontak terhadap hikmah Alkitab dan dengan bebal mengikuti dunia, kamu akan menderita hasil yang pedih dan yang menghukum itu. Jika kamu takut akan Allah dan hidup menurut Alkitab, kamu akan dilindungi dan dimakmurkan. Belajarlah untuk mengaitkan pilihan-pilihanmu kepada kesan-kesan baik atau jahat yang akan menyusul.

Yusuf telah membuat banyak pilihan yang berhikmah berkenaan ayahnya, abang-abangnya, Potifar, dan Firaun; tetapi dia ada beberapa halangan yang ditentukan Allah dalam kehidupannya. Ada kemungkinan besar juga dia kadang kala merenung kalau kehidupan benar berbaloi atau tidak. Tetapi jika kamu mengaitkan detik-detik masanya, apakah pengakhirannya bagi Yusuf? Dia menjadi seorang penguasa Mesir dan mampu menyelamat dan membekal bagi seluruh keluarganya.

Simson merupakan orang muda seperti Yusuf, tetapi dia tidak mahu mendengar nasihat ibubapanya untuk berkahwin dengan perempuan yang berakhlak mulia dari Israel. Dia ingin sebaliknya seorang perempuan Filistin. Dia ada beberapa kemenangan yang ditentukan Allah dalam kehidupannya oleh kekuatannya yang sungguh besar. Dia mungkin fikir dia sedang terlepas daripada kesan-kesan dosa seksualnya. Tetapi jika kamu mengaitkan detik-detik masanya, di manakah ia berakhir bagi Simson? Dia dikhianati kekasih Filistinnya yang terkini, matanya dicungkil keluar, dan kemudian dia membunuh dirinya sendiri.

Kamu sedang menandakan detik-detik masa di atas peta kehidupanmu pada hari ini. Jika kamu nakal dan menolak hikmah Allah dan arahan kekuasaan dalam kehidupanmu, masa depanmu akan penuh kepedihan dan masalah. Orang lain akan mampu mengaitkan detik-detik itu untuk menjelaskan penyebab kecelakaanmu dan kegagalanmu. Tetapi jika kamu jujur dan hidup dengan wajar pada hari ini, maka ada suatu pengakhiran gemilang yang sudah terjangka bagimu, yang orang lain akan tahu itu datangnya daripada kehidupanmu yang dijalani dengan kewajaran.