11:9
Orang munafik membinasakan jirannya dengan mulutnya: tetapi melalui pengetahuan orang benar akan terlepas.
Orang munafik membawa orang lain kepada dosa, masalah, dan akhirnya kebinasaan dengan kata-kata bohong mereka. Tetapi seorang yang benar, dengan hikmah dan pengetahuan Allah dan dengan firmanNya, tidak akan disesatkan oleh para pemborak yang jahat ini. Dia akan melihat niat hati mereka. Syukur kepada Allah untuk kebenaran yang menyelamatkan.
Apakah itu orang munafik? Dia merupakan orang yang bermuka dua untuk menyembunyikan hati dan niatnya yang jahat. Mereka mengampu, berpura-pura, dan berbohong. Mereka merupakan serigala dalam pakaian domba (Mat 7:15). Mereka merupakan kubur orang mati yang telah disamar dengan cat putih (Mat 23:27).
Bagaimanakah dia memakai mulutnya? Dia memperdaya dan menyesatkan orang pandir dengan perbuatan baik dan ucapan-ucapan yang muluk (Rom 16:18). Dia mengampu orang supaya mereka kurang berjaga dan akan mendengarnya. Mereka mungkin juga memakai pakaian agama di khalayak ramai untuk kelihatan kudus atau berakhlak mulia (Mt 23:5; 1Tim 4:1-3).
Bagaimanakah dia membinasakan orang lain? Dia membawa mereka untuk berdosa dengan berpura-pura untuk ada niat yang baik. Dia memakai agama untuk menjadikan orang memikir dia baik (Mat 6:2,5,16; 23:14,25,27). Dia bercakap tentang mengasihi Tuhan tetapi hidup untuk hanya dirinya sendiri, dan itu menghakis iman orang yang memerhatikannya.
Apakah maksudnya orang yang benar? Dia seorang yang salih, yang selalu melakukan apa yang betul. Dia jujur, ikhlas, dan sejati. Dia bertentangan dengan pembohong yang munafik (Ams 20:7). Gaya hidupnya konsisten, maka apa yang kamu lihat di luar adalah seiras dengan hidupnya ketika bersendirian dan berada di rumah (Maz 101:2).
Bagaimanakah orang benar terlepas? Orang benar terlepas daripada bahaya orang munafik dengan mengenal kebenaran, yang memberinya hikmah dan pemahaman untuk menolak idea-idea orang munafik. Dia berupaya untuk mengesan kesesatan atau bohong orang munafik dan mengetepikan pura-puranya yang bongkak itu.
Apakah pengetahuan yang dapat menyelamatkan orang benar? Pengetahuan akan Allah dan firmanNya menyelamatkan orang benar daripada kerja jahat orang munafik. Dengan mengenal kehendak Allah daripada Alkitab, mereka dengan mudah dapat lihat melantasi cakap degar dan cakap besar orang munafik. Carilah pengetahuan Alkitab pada hari ini, wahai pembaca.
Yesus kerap kali menghadapi orang munafik. Orang Farisi, kaum yang paling konservatif dalam agama Yahudi, ialah orang munafik yang paling besar dalam Alkitab, kerana mendakwa diri sebagai kaum yang paling setia kepada Allah sementara menyembunyikan agenda mereka yang cabul. Mereka akhirnya membunuh Yesus Kristus.
Alkitab memberi amaran bahawa akan ada banyak orang munafik yang datang (2Kor 2:17; 4:2; 11:13-15; Kol 2:4; 2Tes 2:10; 1Tim 4:1-3; 6:3-5; 2Pet 2:3,18-19; Yud 1:16). Sebenarnya, kamu mungkin hidup pada zaman yang paling munafik sekarang, kerana Paulus telah bernubuat tentang masa yang membahayakan yang berlangsung pada akhir zaman, ketika manusia akan hanya ada bentuk agama tetapi tanpa kuasa agama (2Tim 3:5; 4:3-4).
Hai pembaca, adakah kamu cukup berpengetahuan dan berhikmah untuk mengesan dan mengalahkan orang munafik? Adakah kamu sebegitu teguh dalam firman Allah sehingga kamu dapat lihat melantasi pura-pura yang memperdayakan, kata-kata yang baik, dan ucapan-ucapan yang muluk (Rom 16:17-18)? Kegiatan mempelajari Alkitab dan menjalani hidup dalam Roh akan menyelamatkanmu. Kamu akan tahu jalan yang betul untuk hidup dan tidak akan disesatkan oleh sesiapa pun.