11:10
Ketika ia berlangsung baik bagi orang benar, kota bersukacita: dan ketika orang durjana binasa, adanya sorak-sorai.
Pemerhatian dan hikmah Raja Solomo menyatakan bahawa kota-kota dan negara-negara lebih suka dasar undang-undang yang memanfaatkan orang salih lebih daripada yang memanfaatkan orang durjana. Kekecualian kepada peraturan am ini tidak penting. Sokongan untuk pemimpin dan dasar undang-undang yang salih akan menyebabkan sukacita, dan ketika para pemimpin durjana, dasar undang-undang durjana, atau orang durjana mati, ada juga alasan yang cukup baik untuk beraya.
Ada dua cara untuk memajukan semangat suatu pertubuhan politik: sama ada memihak kepada perjuangan kewajaran dengan membantu dan melindungi orang baik, atau menghukum jalan kedurjanaan dengan mendedahkan dan membinasakan orang jahat. Sesiapa pun yang berkuasa harus ingat kedua-dua peraturan tersebut untuk menggubal dan menguatkuasakan dasar undang-undang yang membantu orang benar dan yang melukakan orang durjana.
Haruskah orang baik merayakan pembinasaan orang durjana? Patutkah mereka bersukacita akan kenaikan pangkat orang benar? Ya, dan ya! Perbezaan antara orang benar dan orang durjana sungguh besar, dan rakyat pun dengan sedikit nilai murni atau agama boleh menghargai perbezaan itu. Tetapi umat Allah tahu perbezaannya dengan lebih baik dan beraya dengan sewajarnya.
Rakyat sesuatu negara menghargai penguasa yang baik hati, setia, dan yang berhikmah; mereka berdukacita mendapat penguasa yang bebal, menindas, dan yang mementingkan diri sendiri (Ams 29:2). Mesir bersukacita untuk adanya Yusuf, dan Babel bersukacita ketika adanya Daniel. Susan, ibu kota Parsi, berdukacita ketika Haman yang durjana itu dinaikkan pangkat, tetapi mereka bersukacita ketika Mordekai menggantikannya (Est 4:15; 8:15). Israel merayakan berkat-berkat besar mereka ketika adanya Daud dan Solomo sebagai raja (2Sam 6:14-19; 1Raj 4:20-25).
Ketika Raja Asa memulakan suatu kebangkitan rohani di Yehuda, banyak rakyat Israel meninggalkan rumah mereka dan berpindah ke Yehuda supaya berada di bawah raja yang baik itu (2Taw 15:8-19). Ia sama ketika Raja Hizkia yang baik itu bertakhta (2Taw 30:21-27). Maka, rakyat yang berhikmah akan berdoa bagi para pemimpin mereka, sebab dalam kemakmuran para penguasa yang baik, rakyat akan memperoleh berkat mereka sendiri (Yer 29:4-7; 1Tim 2:1-2).
Pembalasan itu hak Tuhan; Dia akan membalas (Rom 12:19). Kedua-dua pembinasaan dan kenaikan pangkat datangnya daripada Tuhan (Maz 75:6-7; Yes 13:6). Orang yang takut akan Allah syurgawi tahu bahawa tiada peristiwa kebetulan atau tindakan alam semula jadi. Mereka tahu bahawa Dia memakai putting beliung dan badai, dan Dia memakai ombak dan tsunami (Nah 1:3).
Ketika bencana dan malapetaka melanda musuh-musuh Allah, umat Allah bersukacita. Israel menari di Laut Merah, ketika mayat-mayat Firaun dan angkatannya terhanyut ke persisiran pantai (Kel 14:30-31; 15:1-21). Pemazmur menulis tentang peristiwa yang bahagia melihat anak-anak kecil Babel dihempas ke atas batu (Maz 137:8-9). Dan para rasul dan para nabi Allah juga bersukacita atas pembinasaan Babel yang rohani (Wah 18:6,20).
Orang yang salih membezakan di antara musuh-musuh peribadi dan musuh-musuh Allah. Kamu tiada hak untuk bersukacita ketika musuh peribadi berada dalam masalah (Ams 24:17-18; Ayb 31:29-30; Maz 35:11-14). Sebaliknya, kamu harus berdoa bagi dia yang berbuat apa yang kamu dapat buat baginya (Mat 5:43-48; Rom 12:17-21). Kamu hanya boleh anggap benar kebencian ketika ia membenci musuh-musuh Allah (Maz 52:6-7; 139:22-23).
Mungkinkah adanya sebab untuk bersukacita bagi mana-mana penguasa pada zaman kini? Jangan fikir kamu punya daerah atau negara! Yesus Kristus selepas kebangkitanNya dan kenaikanNya ke syurga telah dinaikkan pangkat mengatasi semua malaikat, iblis, dan manusia di seluruh alam semesta bagi manfaat gerejaNya (Efe 1:20-23). Orang di dalam kerajaan Allah ada penguasa yang paling besar sebagai Juruselamat dan Sahabat. Rayakan! Bersorak-sorai!