12:16
Murka orang bebal diketahui pada ketika itu juga: tetapi orang berhemat menutupi malu.
Malu! Kamu marah apa? Mengapa kamu tidak senang hati? Apakah yang sebegitu buruk? Mengapakah kamu sebegitu tidak mengawal perasaan? Kebaikan Allah bertahan untuk selama-lamanya (Maz 52:1)! Kamu ada sepuluh kali ganda hal untuk bergembira dan bersyukur daripada apa untuk bermuram dan marah!
Sikap lekas marah menandakan orang bebal, sementara orang berhemat mengelak malu murka dengan menguasai roh mereka. Jadilah lekas untuk mendengar, mengampuni, dan melayani; tetapi jadilah lambat untuk berbicara dan untuk murka (Yak 1:19). Ia bayi dan budak yang tidak terdidik yang menjerit untuk sedikit dan kurang sebab; jangan membuktikan dirimu tidak matang kepada orang lain dengan tidak mampu mengawal dan menguasai emosimu.
Murka ialah kemarahan yang membara dan yang ganas; keamatan rasa jengkel atau benci; amarah yang mendalam. Orang berhikmah, yang mentaati Alkitab, menguasai roh mereka supaya menjauhi perasaan-perasaan demikian terhadap orang lain, kecuali sebabnya adalah berakhlak mulia dan memperbenarkan (Ams 14:17,29). “Dia yang lambat marah lebih baik daripada orang gagah; dan dia yang menguasai rohnya lebih baik daripada dia yang menakhluki kota” (Ams 16:32).
Kemarahan dan murka ialah perasaan-perasaan yang berkuasa, dan ia menjadikan manusia bertutur dan berbuat apa yang mereka tidak akan buat kalau sebaliknya. Oleh sebab itu, itu harus dikuasai, dan dikuasai dengan sangat rapi. Musa dengan marah memukul batu sebalik daripada berbicara kepadanya, dan Tuhan menghentikannya daripada memasuki Kanaan (Bil 20:7-13). Kemarahan menggerakkan Saul untuk cuba membunuh anak lelakinya sendiri yang setia (1Sam 20:30-34).
Bukan semua kemarahan adalah salah, seperti Yesus hanya mengutuk kemarahan yang “tanpa apa sebab” (Mat 5:21-22). Sudah tentulah, Alkitab versi moden, yang mengikut agama Kristian yang keperempuanan, sudah memadamkan kata-kata ini supaya mengutuk segala kemarahan. Dengan berbuat demikian mereka telah mendakwa Allah, Yesus Kristus, para nabi, para rasul, dan para orang kudus sebagai pendosa!
Paulus dengan lebih lanjut menjelaskan isi yang penting ini, sementara dia menjelaskan, “Kalian apabila marah, jangan berdosa” (Efe 4:26). Ketika kemarahan timbul, kamu tidak boleh biar ia menyebabkanmu untuk berdosa; dan kemarahan tidak harus dibenarkan untuk membarah dalam fikiran lalu beroleh menjadi kepahitan. Hal-hal memprovokasi harus diurus dengan kewajaran dan dibawa untuk berakhir dengan lekas.
Orang bebal lekas menjadi marah, tanpa sebab yang wajar, dan mereka biar kemarahan mereka mendidih. Ia cukup diketahui – ia dengan lekas nampak di wajah mereka dan cukup jelas dalam ucapan mereka. Mereka membuktikan diri mereka bebal dengan tidak mengawal perasaan-perasaan mereka. Orang berhikmah menguasai roh-roh mereka dan mengawal reaksi mereka kepada apa pun situasi. Orang bebal bertindak balas tanpa berfikir; orang berhikmah berfikir sebelum bertindak. Orang bebal dikawal oleh kemarahan mereka; orang berhikmah mengawal kemarahan mereka.
Di sinilah pelajaran yang penting akan amsal ini. Orang berhemat akan memikir dahulu dan mengelak malu bagi kemarahan yang bergegas yang menyebabkannya bertindak dengan bebal (Pkh 7:9). Tujuan Amsal adalah untuk mengajarmu hikmah untuk kejayaan dalam kehidupan – dan kamu tidak akan pernah menjadi berjaya, jika kamu tidak belajar untuk menguasai dan mengawal perasaan-perasaanmu, terutama murka, kemarahan, dan iri hati (Ams 27:4).
Perbezaan di antara orang yang menguasai emosi mereka dengan orang yang tidak berbuat demikiansungguh besar. Solomo menghormati perbezaan itu dengan menyanjungi orang yang mengawal dirinya sendiri seperti orang yang gagah perkasa dan yang tentera penakluk (Asm 16:32). Dia juga memberi amaran bahawa orang marah rentan kepada apa pun kesusahan dan akan dengan mudah dibinasakan dalam usaha-usaha mereka (Ams 25:28).
Satu lagi pelajaran, walaupun tidak diajar di sini secara langsung, ialah orang yang berhikmah mengelak orang marah, supaya jangan dia mendapat jerat kepada jiwanya (Ams 22:24-25). Jika kamu menghubungkaitkan diri dengan orang yang tidak menguasai roh dan angin mereka, kamu akan dipengaruhi tabiat-tabiat yang cabul mereka (Ams 13:20; 1Kor 15:33). Jika kamu dahulu ada kawalan diri dan ketenangan, kamu akan kehilangan itu, dan kamu akan mula gagal dalam kehidupan.
Hai pembaca, kuasailah rohmu; dan jangan biar ia menguasaimu. “Sebab murka manusia tidak mengerjakan kewajaran Allah” (Yak 1:20). Ia tidak mungkin untuk menjadi anak Allah yang patut kamu jadi, jika kamu membiarkan kemarahan terpancar dari hatimu dan membawamu malu. Di sini tiada kemuliaan dalam kemarahan dan persengketaan, tidak kira betapa dagingmu, dunia, atau Syaitan berbohong kepadamu (Yak 3:14-16).
Olahragawan antarabangsa mengawal dan menguasai segala keinginan dan perasaan mereka dalam cita-cita mereka yang bertekun menjadi pemenang di dalam kejohanan (1Kor 9:24-25). Ia dipanggil penguasaan diri. Mereka tahu untuk menjadi yang paling baik mewajibkanmu untuk menyangkal perasaan untuk makan, tidur, mengubahkan jadual bersenam, atau mengambil cuti. Jika kamu mahu menang mahkota Yesus Kristus yang tidak fana, maka kamu juga harus menyangkal dirimu (1Kor 9:26-27).