12:18
Ada yang berucap seperti penikaman pedang: tetapi lidah orang berhikmah ialah kesihatan.
Di sinilah amsal yang berharga dan yang berkuasa, yang menjelaskan bagaimana kamu dapat menjadi bahaya yang besar atau faedah yang hebat bagi orang lain. Pertuturanmu boleh menyebabkan masalah ataukebaikan, atau menyebabkan kepedihan atau manfaat, melebihi mana-mana pun bahagian dirimu. Orang berhikmah belajar untuk menguasai lidah dan perkataan sendiri supaya hanya membantu orang lain.
Sesudah kamu mengakhiri suatu perbualan, adakah orang lain berdarah atau bertumbuh? Adakah orang lain suka berbual denganmu, kerana ia menyenangkan dan menguntungkan? Atau mereka mengelak dirimu, kerana mereka takut kata-kata yang kasar dan yang memedihkan? Adakah orang lain meninggalkan kamu berdarah? Adakah sesetengah daripada mereka menggalakkanmu dan membantumu? Perkataan seseorang menyatakan hatinya (Ams 10:20; Mat 12:34-37). Orang berhikmah mengajar mulut mereka sendiri (Ams 16:23), dan mereka mengelak pedang-pedang orang lain (Ams 9:7-8; 16:27; 21:19; 23:9).
Mati dan hidup berada di dalam kuasa lidah (Ams 18:21). Kamu boleh menghiris hati orang dengan kata-katamu, seperti tikaman pedang, atau kamu boleh menyembuh dan menyuburkannya dengan kata-kata yang berbudi dan yang membantu. Yang mana satu menjadi kehandalanmu? Yang mana satu menjadi perangaimu yang dikenal orang? Yang mana satu kamu mahu untuk pertuturanmu? Bilangan sahabat erat denganmusememangnya menyatakan jenis pertuturanmu (Ams 18:24).
Lidahmu ialah kejahatan yang tidak terkawal; ia dunia kedurjanaan; ia menodai seluruh tubuh; ia menyalakan perkitaran naluri dengan api; ia dinyalakan dengan api neraka; ia penuh dengan racun yang mematikan. Binatang liar pun dapat dijinakkan dan dilatih, tetapi lidah tidak dapat dijinakkan. Jika ia dapat dijinakkan, maka kamu akan menjadi sempurna. Allah tidak mempedulikan sikap menghargai diri sendiri yang moden dan dia membidas lidahmu (Yak 3:1-12).
Ada dua jenis orang dan pertuturan. Sesetengah orang hanya mengenal kata-kata kasar, sementara sesetengah orang lain secara am atau selalunya berbudi baik. Pertuturan yang menghiris hati dan yang tidak berbudi mendedahkan hati yang pahit dan yang suka membenci. Perkataan yang berlemah lembut dan yang berbudi akan mendedahkan hati yang bahagia dan yang mengasihi. Pertuturan boleh membinasakan, atau ia boleh membawa kesihatan. Tiada pilihan yang lain. Perkataanmu mengenalpastikan identitimu.
Orang Kristian harus selalu bertutur dengan berbudi baik, dimasinkan menyeluruh dengan pembetulan yang berbudi dan cadangan-cadangan yang berhikmah (Kol 4:6). Campuran kebudian dan arahan ini ialah cara kita berbicara untuk menyenangkan Allah. Kritikan yang mengigit, kekasaran, dan sindiran yang di luar keseimbangan ini adalah salah (Efe 4:31-32). Kamu haurs berbicara kepada orang lain dengan cara kamu mahu Allah untuk berbicara kepada dirimu.
Pertuturanmu haruslah menjadi pokok kehidupan kepada orang lain (Ams 15:4), dan ia harus dihargai bagi kemanisannya dan kesihatannya (Ams 16:24) dan keindahannya (Ams 25:11). Jika kamu kurang ada sahabat dan ahli-ahli keluarga yang mencarimu untuk perbualan, maka kamu perlu menyelidiki pertuturanmu. Peraturan ini tidak berdusta. Jika kamu ada kurang kawan karib, maka kamu tentulah orang yang mudah menyinggung orang lain.
Mengumpat, memfitnah, membisik, dan membawa mulut, yang menyebabkan luka pedih yang mendalam, tidak harus menjadi sebahagian pertuturanmu, sementara itu mensahihkan suatu roh yang tidak setia (Ams 18:8; 26:22). Jika kamu membidas orang lain kepada seseorang, maka seseorang itu akan dengan selamat menganggap bahawa dirimu akan membidas dirinya kepada orang lain. Mulailah menyebut hal-hal yang baik, berbudi, dan yang berterima kasih tentang orang lain, dan kamu akan mendapati bahawa adanya orang-orang lain yang mahu menjadi kawanmu.
Yesus berkata pertuturan kasar mungkin jadi pembunuhan (Mat 5:21-22). Kemarahan dan memanggil orang nama buruk tanpa sebab-sebab yang sah untuk tujuan yang kudus ialah pelanggaran terhadap perintah yang keenam. Soalan-soalan yang bebal dan yang tidak terpelajar, perbahasan, tohmahan, mencerca, dan menjawab semula, semuanya ialah dosa (2Tim 2:23; Rom 1:29; 1Pet 3:9; Titus 2:9). Allah Yang Maha Kudus di syurga mengharapkan manusia untuk selalu berbicara dengan hormat kepada majikan dan dengan hormat kepada isteri-isteri mereka (1Tim 6:1-2; 1Pet 3:7).
Pertuturan yang baik adalah pada waktu yang wajar (Ams 15:23). Dengan kata-kata yang berbudi dan yang dapat diterima (Ams 10:32; 15:1; 25:11). Pertuturan demikian menyebabkan kenikmatan sehingga orang mahu mencium penutur itu pada bebirnya, dan para raja mahu dia sebagai sahabat yang karib (Ams 24:26; 16:13; 22:11). Bertimbang rasalah ketika bercakap (Yak 1:19), carilah perkataan yang baik (Ams 15:28), dan tuturlah perkataan itu dengan berhati-hati (Ams 17:27-28). Untuk mengehadkan risikomu, jadilah lebih tangkas mendengar dan lebih perlahan berucap untuk mengurangkan perkataanmu (Ams 10:19).
Tuhan Yesus Kristus dapat secara lisan membinasakan orang Farisi dan orang bebala yang lain pada zamanNya dengan lidahNya yang terpelajar (Mat 7:28-29; 21:27; 22:46), dan sekali sekala ia wajar untuk Dia membungkamkan mulut mereka supaya dapat mengajar orang yang pandir (Ams 21:11; 26:5). Tetapi Dia secara am memilih pertuturan yang berbudi baik yang mengagumkan para pendengarNya (Maz 45:2; Luk 4:22; Tit 2:8). Jika kamu mahu menjadi berhikmah, dan bukan sebaliknya memakai gelang tangan WWJD [akronim untuk Apakah Yang Akan Dibuat Yesus], bertuturlah pada hari ini juga seperti yang telah Tuhan bertutur.