Amsal · Proverbs

12:3
Orang tidak akan dimantapkan oleh kedurjanaan: tetapi akar orang benar tidak akan tergoyah.

Kehidupan penuh dengan perubahan. Hanya sedikit yang kekal dan stabil. Perubahan boleh menimbulkan gangguan dan juga ketakutan. Tetapi orang salih ada akar yang sungguh dalam untuk menjamin salasilah keluarganya untuk masa depan. Kehidupan yang durjana adalah popular, tetapi ia tidak akan tahan lama, kerana Allah akan membinasakan orang demikian dan keluarga mereka.

Pelajarannya mudah: orang salih dan keluarga mereka akan lebih bertahan daripada orang durjana dan keluarga mereka. Ia mungkin tidak nampak sedemikian untuk seketika, tetapi tidak lama lagi ia menjadi kenyataan. Allah dan Salomo memberimu satu peraturan yang sebenar seperti graviti, dan mereka mengulangi itu untuk penekanan (Ams 2:21-22; 10:25,30; 12:19; 24:3).

Setiap lelaki, perempuan, dan keluarga ingin untuk berdiam selamat dan berjaya. Mereka mahu kekal terjamin dan makmur sampai ke masa depan. Mereka mahu berganda dan maju sampai ke masa depan. Tetapi kedurjanaan apa jenis pun, yang terus-menerus, akan menyebabkan seseorang atau keluarga untuk reput dan lenyap. Hanya kesalihan dapat mengekalkan dan memantapkan seseorang atau sebuah keluarga dengan selamanya.

Salomo nampak itu sendiri. Raja pertama Israel ialah Saul dari suku Benyamin. Walaupun merupakan orang yang mempunyai perawakan besar di kalangan manusia, dengan sokongan rakyat negara, dan berjaya dalam peperangan, Allah telah mengoyak kerajaan daripada dia kerana kederhakaan dan memberinya kepada Daud dari Yehuda. Saul dan keluarganya, malah Yonatan yang keputeraan itu, lenyap untuk selamanya. Bagaimana pula dengan keluarga Daud? AnakNya Yesus duduk di takhta Daud pada hari ini, 3000 tahun selepas Daud mati! Tanggapilah amsal ini dan bersukacita di dalamnya.

Apakah nasib masa depan untuk kamu dan keluargamu? Jika adanya dosa dalam mana-mana pun satu pihak, Tuhan akan mencabut dari akar satu atau kedua-duanya lalu membinasakannya. Tuhan yang benar memberkati dan mengganjari kewajaran, tetapi Dia akan menjadi rewel dan dahsyat kepada orang yang rewel (Maz 18:20-26). Pilihannya terpulang kepadamu, dan setiap hari pun ialah pilihanmu. Apakah masa depanmu? Pilihanmu pada hari ini akan mengenalpastikannya.

Abraham dan Lot membuat pilihan. Lot memilih kesempatan kewangan mengatasi kekudusan dengan memasang khemahnya menghala ke Sodom. Abraham memilih damai sejahtera dan apa-apa yang tertinggal. Tetapi apa yang terjadi? Lot kehilangan segalanya dan berakhir di dalam gua bersama dua anak perempuannya yang cabul dan yang hamil; Abraham akhirnya menjadi bapa leluhur yang kaya kepada Israel dan Yesus Kristus. Betapa besar perbezaannya!

Eli merupakan imam besar Israel. Keluarganya sudah mungkin menjadi imam untuk selamanya. Tetapi dia tidak mahu menghentikan anak-anak lelakinya yang jahat babil. Apakah yang dinyatakan Tuhan? “Sebab aku telah memberitahunya bahawa aku akan menghakimi seisi rumahnya untuk selamanya bagi kedurjanaan yang diketahuinya; kerana anak-anak lelakinya menjadikan diri mereka sendiri keji, dan dia tidak menahan mereka” (1Sam 3:13; 2:27-36; 3:1-18). Jika kamu bukan ayah yang giat bertindak dan yang tegas untuk memerintahkan keluargamu dan untuk menguatkuasakan kesalihan, kamu menuju kejatuhan.

Daud ialah anak terabai yang ke-lapan, tetapi Tuhan mencabut keluar akar Raja Saul dan sebaliknya memantapkan Daud dan anak-anaknya sebagai dinasti diraja di Israel. Anaknya duduk di atas takhta alam semesta pada hari ini. Allah berkata kepada Daud, “Dan isi rumahmu dan kerajaanmu akan dimantapkan selamanya di hadapanmu: takhtamu akan dimantapkan selamanya” (2Sam 7:16).

Daud telah menulis, “Aku pernah melihat orang durjana dengan kuasa yang besar, sedang kala meluaskan dirinya seperti pokok hijau yang besar. Namun dia meninggal, dan, lihatlah, dia lesap: ya, aku mencarinya, tetapi dia tidak dapat ditemui.” (Maz 37:35-36). Aleksander Agung memikir dirinya tidak boleh dikalahkan, tetapi dia mati pada umur 32; dalam tempoh hanya beberapa tahun setiap ahli keluarganya dan keturunannya mati. Allah mencabut keluar akarnya dari bumi. Joseph Kennedy membayangkan suatu dinasti politik yang kuat bagi keluarganya. Di manakah itu pada hari ini?

Orang durjana membuat perancangan harta milik, tetapi Allah akan membinasakan mereka. Orang benar nampaknya lemah, tetapi Allah akan mengekalkan rumahnya dan benihnya untuk selamanya. Adakah kamu percaya akan hukum kehidupan ini? “Dia pasti tidak akan goyah selamanya: orang benar akan berada dalam peringatan yang abadi. Dia tidak akan takut kepada khabar buruk: hatinya sudah kukuh, untuk percaya kepada TUHAN. Hatinya sudah dimantapkan, dia tidak akan takut, sehingga dia melihat keinginannya ke atas musuh-musuhnya” (Maz 112:6-8).