Amsal · Proverbs

12:4
Perempuan yang berakhlak mulia ialah mahkota bagi suaminya: tetapi dia yang membuat malu seumpama kereputan dalam tulang suaminya.

Betapa bernilainya amsal ini! Seorang perempuan yang berakhlak mulia ialah perempuan yang mulia, berbudi baik, tekun, dan mengasihi. Dia dengan setia memuliakan dan menyenangkan suaminya. Dia bersyukur dan bersukacita dalam kebaikan Allah kepadanya melaluinya. Tetapi seorang perempuan jelek memalukan suaminya dan membunuhnya dengan perlahan dari dalam melalui sikap mementingkan diri, kedegilan, kebebalan, atau ketidaksetiaan.

Perkataan mahkota di sini ialah metafora yang mudah difaham. Mahkota memuliakan seseorang. Raja memakai mahkota bagi kemuliaan jawatannya, dan olahragawan dimahkotakan dengan kemuliaan kerana pencapaian sukan. Isteri yang hebat memuliakan suaminya dengan kesenangan dan penyanjungan, dan dia juga memahkotai kekuasaan suami melalui penundukkannya sendiri dan mengajar anak-anaknya untuk berbuat demikian juga. Mahkota ialah barang kemas yang mewah, dan seorang perempuan yang berakhlak mulia ialah mahkota kepada suaminya!

Kerosakan dalam tulangnya ialah suatu kiasan simile yang mudah difaham, suatu perbandingan yang dikenalpasti dengan perkataan “seumpama”. Tulang ialah sokongan kepada anatomimu, dan kereputan di dalam tulangmu ialah masalah yang boleh mematikan tubuhmu. Tanya sesiapapun yang sedang menderita penyakit leukemia peringkat terakhir. Seorang isteri yang jelek menyebabkan dukacita teruk kepada minda lelaki dan kesengsaraan kepada jiwa lelaki. Di depan orang ramai dia malu untuk berkahwin dengannya, dan di waktu bersendirian dia sungguh terluka di dalam hatinya. Itu sengsara yang sungguh pedih. Seorang perempuan kurang memahami itu, sebab perempuan diciptakan untuk lelaki, dan bukan lelaki untuk perempuan (1Kor 11:9).

Hai perempuan Kristian, rendahkanlah dirimu di hadapan amsal ini dan amarannya. Lupakan apa yang kamu fikir tentang dirimu sendiri. Lupakan apa yang diajar ibumu kepadamu. Malah juga, lupakan apa yang diajar suamimu kepadamu. Pujiannya bukan sukatan benar. Itu belum cukup baik. Seseorang lelaki yang rasa terperangkap dalam perkahwinan yang ketiadaan mahkota emas mungkin memikir atau menyatakan bahawa mahkota duri adalah baik. Itu terutamanya pada saat yang lemah, ketika suami memerlukan sesuatu, atau perestuan lelaki diinginkan isteri.

Suamimu besar kemungkinan tidak memberitahumu kebenaran. Jika kamu menyoalnya, dia mungkin masih tidak akan bercakap benar. Pertimbangkan baik-baik. Ia sukar bagi seorang suami untuk mengkritik seorang isteri dengan cukup mendalam, terutamanya dalam hal yang sebegitu intim dan peribadi seperti perkahwinan dan kewanitaanmu. Lelaki juga takut akan kesan-kesan gangguan keamanan di rumah; mereka benci keperluan untuk menjelaskan apa yang cukup nyata, sekali lagi; dan/atau mereka mungkin tidak percaya itu akan berhasil baik. Dia besar kemungkinan tidak senang hati berbeza daripada sangkaanmu bahawa dia senang hati denganmu.

Berhentilah memperdayakan diri sendiri dengan memikir dirimu orang yang berakhlak mulia. Orang lain lebih tahu. Akhlak mulia sungguh objektif dan dapat dilihat. Sikapmu yang menganggap diri sendiri benar dan pendapat-pendapatmu yang bongkak sungguh memperdayakan. Jika kamu fikir kecaman ini terlalu kasar, cuba kamu fikir tentang tiga perkara. Seorang perempuan jelek ialah salah satu kutuk yang paling besar dalam kehidupan (Ams 30:21-23). Penyakit tulang ialah hal penting yang cukup layak usahanya untuk mendapatkan perhatianmu. Dan untuk menyelamatkan nyawa lelaki melibatkan usaha-usaha yang terdesak, terutamanya untuk menghentikan pembunuhan yang sebegitu seksa. Seorang isteri yang buruk lebih pahit daripada kematian, menurut Salomo yang berpengalaman itu (Pkh 7:26).

Akhlak dan perangai yang menjadikan seseorang perempuan berakhlak mulia adalah nyata kepada orang lain seperti kenyataan wajahnya. Seorang perempuan yang benar-benar berbudi baik dihormati setinggi-tingginya oleh semua orang pada setiap waktu (Ams 11:16). Tetapi bau busuk perempuan jelek tidak dapat disembunyikan, tidak kira apa pun yang difikirkannya tentang dirinya (Ams 27:15-16). Kebanyakan orang hanya melihat babi yang berbulu dan yang berbau busuk, ketika diberitahu bahawa ia ada cincin emas pada jonggornya itu (Ams 11:22). Rendahkan dirimu! Biar Salomo mengajarmu pelajaran.

Anak-anakmu pun tahu. Mereka sudah menaakulimu sejak berumur kecil ketika menyaksikan cara kamu berinteraksi dengan suamimu. Mereka tahu jika ayah mereka bahagia dan berpuas hati dengan isteri yang ajaib, atau jika ayah sedang mereput kerana pengabaian, kesunyian, atau kegeraman. Kamu akan sendiri kehilangan kedua-dua anak lelaki dan anak perempuan, sebab mereka akan membencimu kerana melukakan ayah mereka dan perkahwinan mereka sendiri jauh kurang daripada apa yang diingini mereka.

Apakah yang sebenarnya memalukan seorang lelaki dan mereputkannya dari dalam sampai luar? Suatu roh yang tidak hormat dan yang angkuh, kekerapan seks yang kurang, rumah yang kotor atau yang tidak teratur, terlalu banyak bercakap, kurang seks yang kreatif, terlalu banyak kembali ke rumah ibu dan ayah, kanak-kanak diabaikan dari segi jasmani atau dari segi emosi, kemalasan, bersikap negatif dan suka mengadu, kurang seks agresif, meleter, kurang kesetiaan, kurang sopan santun di khalayak ramai, suatu roh yang suka mengkritik, kurang menghormati, tubuh yang tidak langsing, tidak menunduk, menjalani seks secara kolot, tidak cukup berkomunikasi, suka menganggap diri sendiri benar, kurang keceriaan yang senyum, suka memperbetulkan hal-hal yang tidak penting, terlalu memanjakan budak, selalu mengingat kesalahan suami, teruja untuk keluar bersendirian, melenting ketika diperbetulkan, tidak disukai orang lain, dan sikap “Aku baik sahaja dalam keadaan aku ini”.

Semua tersebut sudah jelas-jelas dikecam dan diperbetulkan di dalam Alkitab. Seorang perempuan yang berakhlak mulia takut akan Tuhan melebihi apa pun yang lain. Dia harap untuk mencapai lebih daripada segala yang diajar Alkitab sebagai tahap piawai perempuan yang hebat. Lihatlah ulasan Amsal 31:30. Dia tahu petikan-petikan Alkitab yang disampaikan Allah baginya. Dia menyanjungi petikan-petikan tersebut, dan mentaatinya. Sesetengah petikan itu ialah Kejadian 3:16; 1 Korintus 7:1-5; 11:9; Efesus 5:22-24,33; Titus 2:3-5; 1 Petrus 3:1-6. Tiada apa lagi yang penting kepadanya tetapi supaya dia menyenangkan Allah dan menyenangkan suaminya setiap hari.

Seorang perempuan yang berakhlak mulia tahu bahawa Allah telah mengilhamkan Amsal 31:10-31 dan Kidung Agung kepada dirinya. Dia tidak peduli tentang apa pun pendapat atau perjuangan, tidak kira apa pun sumbernya. Dia ingin menjadi teman suaminya yang ceria dan yang mengasihi, penyokongnya yang paling setia, tempat pengaduannya yang paling setia, sahabatnya yang paling bersungguh-sungguh, pembantunya yang paling tidak mengenal penat lelah, kekasihnya yang paling hebat di dunia, dewi dalam penjagaan rumah dan rumah tangga, ratu pelayanan tetamu dan adab sosial, dan ibu yang sempurna bagi anak-anaknya, seperti yang dibentangkan dua petikan yang menyeluruh tersebut.

Hai isteri, ada hanya satu jalan untuk menjadi perempuan sedemikian. Akuilah dosa-dosamu kepada Allah dan kepada suamimu; hapuskanlah segala kepahitan dan sikap suka menganggap diri sendiri benar; buang gagasan dan tabiat kamu sendiri; percayalah kepada Firman Allah tanpa menyoal; dan lakukan segalanya dengan ceria seperti yang tertulis di dalam Alkitab bagi perempuan, tanpa apa pun kompromi. Kamu dan suamimu akan menjadi jauh lebih bahagia kerana itu; anak-anakmu akan lebih bahagia; dan TUHAN di syurga akan mengganjarimu.

Hai lelaki Kristian, ada harapan. Firman Allah dapat merawat kereputan dalam tulangmu, jika kamu dapat membantu isterimu percaya dan mentaatinya. Allah telah menciptakan perempuan untukmu, dan Dia telah menulis panduan perkahwinan yang sempurna bagimu untuk memiliki suatu mahkota emas tulen. Isteri harus berada di gereja yang mengkhutbahkan seluruh nasihat Allah secara praktikal dan secara berkuasa. Dan kamu harus berbuat apa yang dapat kamu buat untuk memimpin, menggalak, dan mengarah untuk mentaati Alkitab. Jika isteri tidak takut dan tidak mengasihi Allah seperti Sara yang kepunyaan Abraham mengasihi Allah, maka kamu berada dalam keadaan sesak yang cukup serius.

Jika kamu telah berkahwin dengan perempuan yang berakhlak mulia, seperti yang disukat firman Allah, maka kamu sudah diberkati dengan sungguh besar, sebab perempuan sedemikian ialah berkat ilahi dari syurga (Ams 14:1; 18:22; 19:14; 1Kor 11:7,11). Beri syukur kepada Allah kerana Dia telah menyelamatkanmu daripada maut yang perlahan dan yang pedih. Pakailah seketika untuk berdoa bagi kawan-kawanmu yang telah mengahwini perempuan yang angkuh, mementingkan diri sendiri, dan yang degil. Apakah yang dapat kamu buat pada hari ini untuk memastikan bahawa isterimu tahu betapa banyak kamu menghargainya dan mengasihinya?

Hai lelaki muda, fikir tentang tulang yang sedang reput. Itulah apa yang akan dideritakanmu, jika kamu kahwin dengan melulu atau dengan bebal. Lihatlah ulasan Amsal 31:30. Kekal bujang lebih indah daripada berkahwin dengan perempuan yang sederhana di generasi yang angkuh dan yang memberontak ini (Ams 19:13; 21:9,19; 27:15-16). Perempuan yang berakhlak mulia sungguh jarang, ya, sungguh-sungguh jarang. Kamu perlu percaya kepada Tuhan, mencari jauh-jauh dan luas-luas, meneliti dan menguji akhlak calon jodoh, dan menaruh percaya kepada orang yang berhikmah untuk bantu mencari dan menguji bagimu.

Seorang perempuan yang berakhlak mulia juga dikenal sebagai mahkota kepada Tuhannya. Dia seorang Kristian dahulu dan seorang isteri yang baik kemudian. Dia ada perhubungan yang peribadi dengan Kristus yang tidak terbandingkan. Dia mencegah seteru-seteru injil daripada menghina atau mengkufuri firman Allah (1Tim 5:14; Tit 2:5). Tetapi kasihnya untuk Kristus ialah kemunafikan yang kosong sahaja, jika dia tidak mengasihi suaminya seperti yang diajar Yesus Kristus di dalam FirmanNya. Biar setiap pembaca menjadi pengantin perempuan yang memahkotai Tuhannya!