Amsal · Proverbs

12:5
Fikiran orang benar adalah wajar: tetapi pertimbangan orang durjana ialah pendayaan.

Apa yang difikirkanmu? Fikiranmu membuktikan akhlakmu yang sebenar. Orang lain mungkin tidak tahu akan fikiranmu, tetapi Allah tahu (Ibr 4:12), dan Dia akan mengendalikanmu dengan sewajarnya. Adakah kamu wajar atau durjana di dalam fikiranmu? Memikir tentang kebebalan pun ialah dosa (Ams 24:9).

Perbezaan di antara orang benar dengan orang durjana sangat besar – dengan kesan-kesan besar bagi kehidupan ini dan kehidupan akhirat (Ams 3:33; 10:7;11:31; 12:21; 14:11; 15:8,29; 24:19-20; Maz 58:1-11; 112:1-10; Mat 25:31-46). Kamu tergolong dalam salah satu daripada dua golongan tersebut: kamu membuat pilihan itu setiap hari.

Dari manakah munculnya perbezaan ini? Dari dalam fikiran dan pertimbangan hati! Salomo dalam amsal ini telah membuat suatu pemerhatian yang sederhana, tetapi inilah kesempatan istimewa bagimu untuk mempelajari pelajarannya. Kewajaran atau kedurjanaan bermula di dalam fikiran, dan kamu patut menguasai semua itu.

Jagalah hatimu dengan segala ketekunan, sebab dari situlah terpancar isu-isu kehidupan (Ams 4:23). “Orang yang baik daripada perbendaharaan baik hatinya mengeluarkan apa yang baik; dan orang yang jahat daripada perbendaharaan jahat hatinya mengeluarkan apa yang jahat” (Luk 6:45).

Hati ialah sumber emosi, tetapi ia juga sumber dorongan dan pilihan, sebab kamu memilih apa yang diinginimu dan apa yang dicintaimu. Maka, kamu harus memerintah dan mengajar hatimu untuk mengasihi apa yang betul dan untuk membenci apa yang jahat (Ams 8:13; Maz 119:128).

Tetapi ada masalah – masalah yang teruk! Oleh sebab kedurjanaan yang diwarisimu daripada Adam, yakni bapa leluhur kepada semua manusia, hatimu rosak dan babil (Ams 20:9). Sudah tertulis, “Hati penuh perdayaan melebihi segala sesuatu, dan ia sungguh-sungguh durjana: siapakah yang dapat mengenalnya?” (Yer 17:9).

Satu-satunya harapan yang kamu ada ialah belas kasihan Allah dalam Yesus Kristus, Yang memberi hati baru kepada orang pilihanNya dan menulis hukum-hukumNya di dalam minda mereka (Yer 31:33; Ibr 8:10; 10:26). Tanpa ciptaan baru ini, hatimu berperang menentang Allah (Ams 28:26; Gen 6:5; Mar 7:20-23).

Fikiran kebebalan ialah dosa (Ams 24:9), dan ia membawa kepada dosa (Yak 1:13-16). Orang durjana kerap kali memikir tentang dosa, tanpa fikiran Allah (Maz 10:4; 36:4; Mik 2:1). Mereka berkhayal akan perzinaan (Ams 6:25); mereka mencemuh pembetulan (Ams 26:16); mereka menciptakan kejahatan (Ams 6:18).

Orang benar merenung akan hukum Allah dan akan apa yang betul (Maz 1:1-3; 119:97). Mereka setia melakukan apa yang betul di pandangan Allah. Ketika mereka jatuh dan berdosa, mereka mengakui kebebalan mereka, bertaubat akan kedurjanaan mereka, dan mengejar Allah sekali lagi (1Yoh 1:9; Rom 7:14-23).

Adakah kamu membenci fikiran jahat dunia, gagasan palsu, dan pendapat-pendapat yang salah? Adakah kamu mempercayai firman Allah dan mengasihi kebenaran dan hikmah yang ditemui di dalamnya? Allah membenci fikiran dunia (Maz 94:11; Ams 15:26; Rom 1:19-27). Daud berkata, “Aku benci fikiran yang sia-sia: tetapi aku mengasihi hukummu” (Maz 119:113). Dia juga berkata, “Maka aku menyanjungi segala ketetapanmu akan segalanya sebagai betul; dan aku benci setiap jalan palsu” (Maz 119:128).

Apakah yang harus dilakukanmu? Akuilah fikiran-fikiran yang berdosa (Maz 51:10)! Rayulah kepada Allah untuk menyelami fikiran-fikiranmu (Maz 19:14; 139:23-24). Tanyalah Dia untuk mencondongkan hatimu kepada apa yang baik (Maz 86:11; 119:36; 141:4). Isikan mindamu dengan firmanNya, khutbah yang baik, dan muzik (Luk 4:4; Kis 17:11; Kol 3:16). Pilihlah untuk membaharui segala fikiranmu (Rom 12:1-2; Efe 4:22-24).

Apakah lagi yang harus dilakukanmu? Ingat bahawa fikiran dan nasihat dunia adalah rosak dan durjana. Dunia berbohong kepadamu setiap hari. Semakin kamu mendengar atau menontonnya, semakin banyak bohong yang dipercayaimu. Jika kamu suka gagasan-gagasan mereka, kamu diperdayakan. Input-input yang diizinkanmu setiap hari untuk memasuki telinga dan matamu akan membawamu sama ada kepada fikiran kebenaran dan hikmah ataupun kepada bohong dan kebebalan.

Dunia memikir bahawa tidak menghormati ibubapa adalah baik, berkendak [seks luar nikah] hanyalah seks bersahaja, pengguguran kandungan ialah hak perempuan, bercakap bebal adalah lucu, kemabukan adalah bergaya, kesatuan pekerja diperlukan untuk menentang majikan, rambut pendek dan skirt pendek perempuan adalah cantik, menghadiri gereja hanya pada waktu yang memudahkan diri, perkahwinan sejenis dibenarkan, dan banyak lagi gagasan-gagasan lain yang tidak waras dan yang durjana.

Pergaulan jahat merosakkan adab yang baik (1Kor 15:33). Jika kamu mengaitkan diri dengan fikiran-fikiran orang duniawi, mereka akan merosakkanmu untuk memikir tentang kebebalan dan kebohongan mereka. Jika kamu mengaitkan diri dengan orang Kristian yang salih, mereka akan menginsafkanmu untuk memikir tentang hikmah dan kebenaran. Input-input kepada hatimu dan mindamu adalah sungguh penting, maka kamu harus berhati-hati menjaga hal memilih kawan, hiburan, muzik, melayari Internet, televisyen, kawan-kawan Facebook, gereja, dan sebagainya.

Carilah gereja yang pastornya menggenapi tugas Alkitabiahnya – mengkhutbahkan firman Allah tanpa meminta maaf atau berkompromi untuk merobohkan gagasan-gagasanmu yang salah dan menawan segala fikiranmu untuk mentaati Kristus (2Tim 4:2-4; 2Kor 10:4-6). Gereja yang sebegitu tidak popular atau kurang bertumbuh dalam bilangan pada masa yang membahayakan zaman akhir ini, tetapi gereja Nuh adalah kecil (8 anggota) dan hanya segelintir orang yang menunggu di Yerusalem untuk Hari Pentakosta (120).

Fikiran-fikiran yang terbaik adalah renungan yang diilhamkan Allah dalam Alkitab untuk pembelajaran hikmah dan kebenaran, seperti amsal-amsal Raja Salomo. Jika kamu membaca Alkitab setiap hari dengan keinginan untuk merenungi hikmah dan kebenaran, dan jika kamu dapat menghafal sesetengah daripada ayat-ayatnya, maka kamu dapat memenuhi fikiranmu dengan hal-hal yang ajaib untuk direnungi tidak kira apa keadaan atau situasimu (Maz 1:1-3; 19:7-11; 119:11; Yer 15:16). Jadikanlah hari ini hari yang fikiranmu berada dalam keadaan yang paling baik!