12:9
Dia yang dipandang hina, dan mempunyai hamba, lebih baik daripada dia yang menghormati diri, dan kekurangan roti.
Kata-kata yang aneh ini mengajar hikmah – kamu punya gaya penampilan kurang bernilai. Di dunia yang gila akan gaya penampilan melebihi keunggulan, tanggapan melebihi kenyataan, pura-pura melebihi akhlak, dan perkataan melebihi perlaksanaan, amsal ini sungguh relevan. Pertimbangan tentang apa yang orang lain fikir ialah keangkuhan kehidupan. Hidup dengan salih dan dengan selesa ialah hikmah dan kejayaan (Pkh 9:8-10; 1Tim 6:6).
Di sini ada dua orang. Yang pertama dipandang hina oleh dunia, sebab dia tidak menonjolkan diri dengan pertunjukkan yang dunia ini anggap bernilai. Dia jenis orang yang sederhana, dan yang bekerja keras, yang lebih suka damai sejahtera dan ketenteraman di rumah berbanding apa pun parti atau kepopularan yang duniawi. Melalui kerja keras dia telah mencapai kadar sederhana keselesaan dan kejayaan – dia ada hamba sebagai teman dan sebagai pekerja.
Orang yang kedua pula adalah popular dan suka menonjolkan diri, selalu mencari perkenan dan perhatian dunia. Dia berada di kalangan orang popular di pekan atau bandar dan menampilkan dirinya sebagai orang yang menarik dan yang berjaya sebanyak semungkin. Tetapi semua gaya penampilannya ialah pertunjukkan, sebab dia sebenarnya muflis, terutamanya sesudah hutangnya dibayar! Dengan memikir bahawa kerja terlalu rendah untuk darjatnya, dia hidup khususnya untuk gaya penampilan diri.
Orang yang sederhana dan yang jujur adalah lebih baik daripada orang bebal yang suka berlagak. Salomo nampak orang yang lebih suka hidup untuk gaya penampilan di khalayak ramai daripada bekerja untuk mendapatkan ganjaran kesenangan dan jaminan perlindungan di rumah. Dia nampak orang yang kononnya berjaya, direndahkan oleh Allah kerana tidak dapat melepaskan gaya hidup mereka dan tidak mendapatkan sesuatu pekerjaan. Dia memberi amaran terhadap kesukaan kepada gaya penampilan diri dan menggalakkan kepuasan dengan kejayaan kehidupan yang sederhana.
Lebih banyak orang pada zaman kini hidup untuk gaya penampilan diri melebihi mana-mana zaman yang lain. Media-media massa kekal menyanjungi gaya penampilan; tekanan rakan sebaya sungguh berkuasa; kemudahan mendapat pinjaman kredit memungkinkan gaya hidup yang melebihi kemampuanmu; dan undang-undang kemuflisan yang tidak betul membenarkan orang yang berpura-pura ini untuk bermula semula ketika para pemiutang datang untuk menuntut aset-asetnya. Ini godaan yang sungguh kuat yang harus diajar dan diwaspadakan oleh ibubapa dan pastor.
Kejayaan sejati ialah perbuatan bekerja keras, menikmati kenikmatan di rumah, dan menjalani kehidupan dengan kepuasan dan kesalihan (Pkh 9:8-10; 1Tes 4:11-12; 1Tim 6:6-10). Harta milik dengan kasih, damai sejahtera, dan kewajaran adalah lebih baik daripada kekayaan dengan masalah (Ams 15:16-17; 17:1). Orang berhikmah tidak mempedulikan apa yang difikirkan dunia; mereka tidak akan memakai hutang yang bebal untuk membeli barangan elok yang melebihi kemampuan mereka. Mereka memilih kedudukan yang lebih rendah di khalayak orang ramai (Ams 25:6-7).
Penceraian yang kerap, kebergantungan kepada dadah, dan kehidupan yang disfungsi menunjukkan kesia-siaan “gaya hidup orang yang kaya dan yang terkenal”. Bohong gaya penampilan diri tidak berbaloi; ia membinasakan orang (1Yoh 2:15-17). Mengasihi wang ada pengaruh yang sungguh berkuasa, terutamanya ketika ia hanya untuk apa yang sekadar bayangan. Banyak orang, terutamanya orang muda, membazirkan dan melukakan kehidupan mereka kerana risau akan apa yang orang lain fikir tentang mereka, meskipun ia kosong dari segi nilai sejati.
Apa yang Allah fikir tentangmu jauh lebih penting daripada apa yang difikirkan dunia. Orang kaya yang hidup mewah itu akhirnya dibuang ke neraka, tetapi Lazarus, si pengemis itu, yang dahulu berada di pintu gerbang orang kaya itu, berada di syurga. Yesus yang dahulu dipandang hina dan ditolak orang, sekarang duduk di tangan kanan Allah dengan sukacita dan kenikmatan yang kekal (Maz 16:11).