Amsal · Proverbs

13:5
Orang benar benci berbohong: tetapi orang durjana memualkan, dan beroleh malu.

Kemuliaan dan kejayaanmu bergantung kepada kejujuran dan kebenaran. Orang baik membenci perbuatan berbohong. Dia membenci untuk membesar-besar cerita dan memberi gambaran yang salah. Tiada bayaran atau insentif yang dapat menjadikannya untuk berbohong. Kebenaran ialah nilai mulia yang jarang; Allah dan manusia akan menaikkan pangkat dan mengganjari orang yang setia dan yang jujur.

Orang durjana berbohong dan memfitnah dengan mudah sahaja. Mereka keji, jijik, dan meluatkan; merekameloyakan, seperti yang dinyatakan perkataan memualkan. Mereka mencerminkan allah mereka, yang telah berbohong dari semula. Mereka akan mendapat malu, sebab TUHAN akan mendedahkan dan menghukum mereka.

Masa depanmu bergantung kepada kebenaran, tidak kira apa pun yang dikatakan orang lain, yang dibuat orang lain, atau yang nampaknya mereka terlepas dengan bebas (Ams 12:19). Kejujuran menentukan sama ada kamu kekejian kepada Allah atau kesukaanNya – dan ini akan menjadi suatu perbezaan yang luar biasa dalam kehidupanmu (Ams 12:22).

Jika kamu nampak suatu peluang untuk memajukan diri dengan berbohong, ia suatu ilusi yang sia-sia, dan kamu sedang bermain dengan maut (Ams 21:6; 19:9). Orang yang setia tidak akan berbohong (Ams 14:5), dan dia akan menerima ganjaran orang yang setia (Ams 28:20). Orang miskin yang jujur lebih baik daripada pembohong yang kaya (Ams 19:22).

Integriti ialah hal yang ajaib. Allah akan memberkati orang yang ada integriti, dan manusia akan menaikkan pangkatnya, sebab orang dapat percaya kepadanya dalam apa pun situasi atau dalam apa pun keadaan. Orang demikian tidak perlu main kata, sebab dia hanya berurus dengan kebenaran; dia tidak perlu berbohong semula untuk mentutupi bohong yang dahulu.

Allah membenci lidah yang berbohong (Ams 6:16-19), dan demikian juga Daud (Maz 119:163). Daud dengan tegas melemparkan semua pembohong dan pemfitnah ke luar rumahnya (Maz 101:4-8). Kamu patut membuat pendirian yang teguh terhadap perbuatan bohong seperti yang telah dilakukannya, jika kamu ingin menjadi sepertinya (Ams 12:19).

Kamu telah menwarisi sikap berbohong daripada Adam, dan kamu harus menanggalkannya (Kol 3:9; Efe 4:25). Di Israel, Allah memerintahkan umatNya supaya jangan berbohong (Ima 19:11), dan berbohong masih menentang doktrin yang sihat (1Tim 1:10). Pembohong tiada di syurga; mereka semua berada di Lautan Api (Wah 21:8,27).

Ibubapa harus mengajar kanak-kanak bahawa berbohong, membesar-besarkan cerita, menyalahgambarkan cerita, memfitnah, atau menuduh palsu ialah dosa-dosa yang teruk sekali. Dosa-dosa yang lain dapat ditutupi dengan pertaubatan, pampasan, dan pembaharuan semula, tetapi berbohong adalah sifat yang lain. Ia membinasakan kepercayaan, dan itu memang wajar. Setiap peristiwa dalam kehidupan anak yang melibatkan bohong harus diurus dengan jelas, dengan serius, dan dengan keras.

Orang durjana adalah keji, meluatkan, menjelekkan, amat dibenci, dan sungguh mengejutkan, seperti yang dinyatakan perkataan memualkan. Ketika kamu mual terhadap sesuatu, kamu membencinya (Zak 11:8). Allah dan orang benar berasa mual dan membenci orang durjana bagi bohong-bohong mereka dan sikap cabul mereka yang tidak mengendahkan kebenaran.

Bohong ialah gejala Kristian badaniah zaman kini. Itu ternyata ketika orang akan menjadi pemecah damai, penuduh palsu, pengkhianat, diperdayakan, memperdayakan, dan suka dongeng melebihi kebenaran (2Tim 3:1-4:4). Ia keaiban bagi orang yang tuntut diri sendiri pengikut Kristus dengan memakai sebelah mulut mereka dan yang sebelah lain pula berbohong.

Orang-orang kudus Allah membenci kemunafikan bohong agama yang palsu (1Tim 4:1-3); mereka kira semua orang pembohong, dan percaya hanya kepada Allah kebenaran (Rom 3:4; Kis 17:11; 1Tes 5:21). Mereka membenci pelacur besar dan anak-anak perempuannya, yang melacurkan agama Kristian dengan bohong (Wah 17:1-6).

Tetapi para pembohong durjana akan didedahkan. Allah akan mendedahkan jabat tangan mereka yang palsu dan kata-kata mereka yang sia-sia (Maz 144:8,11). Allah suka menyatakan para pendosa bagi penghakiman dan untuk memuliakan orang-orang kudusNya (Mal 3:17-18). Dia telah membunuh Ananias dan Safira di hadapan sidang gereja kerana berbohong (Kis 5:1-11).

Yesus Kristus ialah kebenaran (Yoh 14:6), firman kebenaran (Yak 1:18), saksi yang setia (Wah 1:5), yang benar (Wah 3:7), saksi yang setia dan yang benar (Wah 3:14), dan dipanggil Yang Setia dan Yang Benar (Wah 19:11). Jika kamu ciptaan baru di dalamNya, kamu juga akan membenci bohong dan mengasihi kebenaran.