13:4
Jiwa si lamban mengingini, dan tidak memiliki apa pun: tetapi jiwa orang tekun akan digemukkan.
Kerja keras berkesan! Tetapi si lamban tidak akan melakukannya! Dia membenci kerja keras dan ketekunan. Ia pedih baginya. Dia suka tidur; dia ingin bercuti. Orang yang tekun, yang kerja keras setiap hari, menikmati kemakmuran dan kelimpahan yang si lamban dambakan dan tidak memiliki.
Orang malas ingin barang. Mereka beriri hati dan membenci aset orang yang bekerja. Mereka ada banyak alasan mengapa orang lain ada lebih daripada mereka (Ams 20:4; 22:13; 26:16). Mereka tidak akan mengerah tenaga sendiri untuk memperoleh barang. Sebaliknya, mereka merengek tentang diskriminasi, nasib, pilih kasih, dsb.
Mereka banyak mendambakan barang, tetapi mereka tidak mampu menggerakkan punggung mereka yang malas itu untuk mendapatkan barang itu (Ams 6:6-11). Menguraikan tangan terlipat untuk menaruh makanan dalam mulut pun mereka tidak mahu (Ams 19:24; 26:15). Kerja menggeramkan mereka, dan mereka tidak dapat memikirkan jalan yang mudah ini untuk maju (Pkh 10:15). Ketika kejayaan jatuh pada pangkuan mereka, mereka tidak dapat membawa itu ke bank (Ams 12:27).
Mereka memerlukan rumah yang lebih besar, tetapi mereka menolak tawaran OT (overtime/kerja lebih masa). Mereka ingin kereta yang lebih cantik, tetapi ia lebih seronok untuk main bola keranjang daripada mengambil kerja sampingan itu. Mereka ingin perkahwinan yang lebih baik, tetapi mereka terlalu letih untuk melabur di dalam pasangannya. Mereka mual akan anak yang memberontak dalam generasi ini, tetapi mereka tiada tenaga untuk melatih anak mereka pada malam ini. Mereka mahu lebih mengenal Alkitab, tetapi fikiran tiga puluh minit pembelajaran adalah terlampau banyak bagi minda mereka.
Si lamban ialah orang yang malas. Si lamban tidur lewat, suka memakai butang “snooze”, lambat bangun, ada angin sampai tengah hari, mengadu tentang kerjanya, berpakaian tidak kemas, lambat untuk temujanji atau mesyuarat, bergerak dengan perlahan, berdiri tidak tegak, kerap kali tidak bergerak dengan tangannya dalam kocek atau terlipat tangan, lebih suka bercakap daripada bekerja, kerap berehat, mengadu tentang tugas-tugas yang sukar, berdiri merenung-renung kecuali dipaksa untuk bertindak, tidak meminta untuk tugas yang kemudian, mencari jalan pintas, bertolak awal dari kerja, bergurau senda tentang orang yang rajin, dan selalu berborak tentang percutiannya dahulu atau percutiannya yang akan datang.
Orang yang tekun adalah bertentangan. Dia suka kerja keras dan kekal dalam tugasnya sampai habis. Dia pergi tidur awal, bangun awal, senyum pada waktu pagi, teruja tentang tugasnya, berpakaian kemas, sampai awal untuk temujanji/mesyuarat, berjalan cepat, berdiri tegak, tidak pernah melahu [tidak bergiat], membenci borak-borak kosong, selalu minta untuk tugas yang kemudian, melakukan setiap tugas dengan wajar, lambat berhenti kerja, memperolok-olok si lamban, memuji orang rajin, minta untuk kerja overtime, dan menganggap percutian sebagai kejahatan yang perlu.
Ketekunan berkesan. Orang yang tekun bangkit daripada paya orang yang gagal untuk menjadi orang yang pertama di kelasnya (Ams 22:29). Dia yang menjadi penguasa (Ams 12:24). Dia yang menjadi kaya (Ams 10:4). Dia yang ada banyak harta milik (Ams 12:24). Allah dan manusia mengganjari orang yang bekerja keras; di generasi pekerja keras, perbezaan ini akan lebih nyata dan ganjaran-ganjaran yang membezakan dua pihak itu akan lebih besar.
Bagaimanakah mungkin si lamban dirawat? Laparkan mereka! Keinginan bekerja bertambah menurut kadar pengecutan perutnya. Solomo tahu itu (Ams 16:26). Bantuan kewangan hanya baik ketika bencana semula jadi menjadikannya benar, kerana para si lamban haruslah dihukum (Ams 20:4; 2Tes 3:10). Kebajikan menghasilkan si lamban; ia tidak merawat atau membantu mereka, sebab ia mengganjari orang yang membenci kerja.
Bagaimanakaha mungkin si lamban dirawat? Jauhkan mereka daripada “peluang emas berniaga”! Si lamban bermimpi dan bercakap tentang dongeng daripada membajak – bermimpi menjauhkan mereka daripada kerja yang sebenar. Tetapi berkebun, suatu kerja yang mengotorkan dan yang menjemukan seperti kerja yang lain, ialah tepat-tepatnya cara untuk memperoleh banyak (Ams 12:11; 14:23; 28:19). Setiap saat yang diluangkan untuk mendengar “suatu cadangan niaga yang hebat” membazirkan masa yang berharga dan mengekalkan orang tidak berhasil. Pergi ke ladang dan membajak; kamu akan jauh lebih maju daripada orang yang bermimpi dan mendengar tentang gagasan-gagasan perniagaan.
Amaran sedemikian tentang kekukangan bukan sahaja daripada doktrin Wasiat Lama. Rasul Paulus telah menulis, “Tidak kekukangan dalam pekerjaan” (Rom 12:11). Dia juga mengajar bahawa bekerja keras dengan tanganmu sendiri dalam kerja yang cukup baik akan membekalkan segalanya yang kamu perlu (1Tes 4:11-12; Efe 4:28). Dan dia mengajar seperti Solomo bahawa kebuluran ialah rawatan yang paling elok bagi si lamban (2Tes 3:10).
Kerja keras ada ganjarannya. Mungkinkah ini kata-kata orang bebal? Hanya orang bebal memikir demikian. Kata-kata itu adalah daripada gesaan Solomo, “Apa pun yang ditemui tanganmu untuk buat, perbuatlah itu dengan sekuat tenagamu; sebab tiada pekerjaan, atau pertimbangan, atau pengetahuan, atau hikmah, di dalam kubur, tempat yang kamu tujui itu” (Pkh 9:10). Salah satu perkara yang buruk tentang kematian ialah kamu kena berhenti bekerja.
Ketekunan adalah bagi setiap segi kehidupanmu. Pasangan yang tekun, yang bekerja keras untuk mematuhi perintah-perintah kahwin Allah, akan ada perkahwinan yang makmur. Ibubapa yang tekun, yang bekerja keras bagi didikan anak, akan ada anak yang bahagia dan yang berhikmah. Orang Kristian yang dengan tekun menghasilkan buah rohani akan ada kepastian yang penuh bagi hidup yang kekal (2Pet 1:5-11).
Para hamba Allah harus bekerja keras. Ia suatu keaiban ketika pelayanan dianggap sebagai suatu bidang kerja yang tidak berasaskan keuntungan. Para pelayan Yesus Kristus, seperti rasul Paulus, harus lebih rajin bekerja melebihi mana-mana pun bidang kerja yang lain (2Tim 2:3-4; 1Tim 4:13-16). Sebahagian punca kebuluran firman Allah yang semasa ini adalah disebabkan oleh lembu jantan yang malas (Amo 8:11-12; 2Tim 2:15).
Kamu ada peluang yang besar pada hari ini. Kerja lebih keras daripada sesiapa pun di tempat kerjamu. Adakah kamu seorang suri rumah? Kerja lebih keras daripada mana-mana suri rumah yang kamu tahu. Kamu akan memperoleh segalanya yang kamu perlu; kamu akan berbahagia dan berpuas hati dalam usaha itu; dan kamu akan menjadi suatu teladan Kristian dalam generasi yang malas dan yang lamban ini.
Paulus bekerja lebih keras daripada para rasul yang lain, dan dia tahu itu benar (1Kor 15:10). Tuhan yang berbahagia ada masa yang sedikit sahaja untuk kenikmatan (Mar 6:31). Tuhan akan mengganjarimu (dan demkian juga manusia), dan kamu akan menghiasi doktrin Allah Juruselamatmu dengan indah (1Tim 6:1; Tit 2:9-10).