Amsal · Proverbs

13:6
Kewajaran menjaga orang yang jujur dalam jalannya: tetapi kedurjanaan menumpas si pendosa.

Jadilah pasti bahawa dosamu akan memperlihatkanmu! Musa pertama-tama mengkhutbahkan amaran ini, tetapi Solomo mengulanginya di sini dalam amsal ini (Bil 32:23). Kamu tidak boleh terlepas daripada kesan-kesan dosa. Ia pasti akan dapat mengejarmu dan membinasakanmu. Para pendosa sudah tentu akan dijatuhkan. Mereka tidak akan berjaya. Mereka akan menderita. Mereka fikir diri mereka sendiri betul, tetapi mereka sedang menuju kepada maut (Ams 14:12; 16:25). Tetapi kewajaran akan memastikan orang yang salih tidak dibinasakan oleh kebebalan pendosa.

Kewajaran adalah untuk melakukan apa yang wajar dan yang menyenangkan di mata Allah (Ula 6:25; Maz 45:7). Ia tidak berkaitan dengan tabiat-tabiatmu, citarasamu, atau tradisimu. Allah tidak kisah akan fikiran SUHAKAM, Persatuan Haiwan Malaysia, atau PIBG bagi apa pun subjek (Yes 8:20; 1Tim 4:7). Orang yang baik adalah jujur dalam jalannya – dia mengembara dalam kehidupan melakukan apa yang betul. Tuhan menghormati kewajarannya dengan menjaganya daripada masalah dan kebinasaan yang Dia timpa ke atas para pendosa.

Kedurjanaan adalah untuk menolak Allah dan menuruti jalanmu sendiri. Pilihan yang bebal ini akan memedihkanmu dalam tiga cara – (1) Kehidupan yang disfungsi sekarang, (2) Penghakiman Allah sekarang, dan kemudian (3) seksaan di akhirat. Takut akan Allah dan peganglah perintah-perintahNya (Pkh 12:13-14). Solomo memberi amaran bahawa gaya hidup yang berdosa membawa pembinasaan (Ams 3:33; 11:3-6,19; 12:7; 13:20; 14:11,34).

Lot jadi masuk ke syurga. Dia orang yang benar (2Pet 2:7-8). Tetapi kompromi duniawi banyak merugikannya di bumi ini. Kehidupannya penuh dengan kepiluan dan kesakitan. Dia kehilangan segalanya. Disfungsi keluarganya sungguh tragis dan buruk. Persahabatannya dengan Sodom merosakkan keluarganya. Dosanya menunggangbalikkan kehidupannya, sementara kewajaran menjaga Abraham dengan sungguh selamat dan makmur.

Yusuf dan Daud berdua telah digoda oleh perzinaan. Yusuf memilih kewajaran, jadi Tuhan menyanjunginya di Mesir. Tetapi Daud memilih kedurjanaan, jadi Tuhan membangkitkan musuh-musuh terhadapnya (2Sam 12:10-11). Dia berkahwin dengan Batsyeba dan memperanakkan Solomo, tetapi Allah menghukumnya bagi sepanjang kehidupannya. Kamu akan menuai apa yang telah kamu tabur (Ams 15:9; Maz 34:12-16).

Orang kaya hidup dengan sewenang-wenangnya dan dengan mewah – sementara bermain-main dengan dosa. Seorang pengemis yang fakir miskin menderita di pintu gerbangnya, dan harap untuk hanya sedikit daripada makanan dan kelegaan orang kaya itu. Dosa akhirnya menumpas orang kaya, lalu dia bangun di neraka dalam sekelip mata selepas mati. Tetapi para malaikat Allah membawa pengemis yang benar itu ke syurga untuk selama-lamanya (Luk 16:19-31).

Hai pembaca, akankah kamu membuat pilihan-pilihan selepas habis membaca ulasan ini. Akankah kamu memilih kewajaran atau kedurjanaan? Adakah kamu berkompromi dalam mana-mana pun segi kehidupanmu? Adakah kamu menikmati dunia? Masa depanmu adalah gelap tanpa harapan, jika kamu memilih kedurjanaan. Jadilah pasti bahawa dosamu akan memperlihatkanmu. Masa depanmu adalah cerah dan gemilang, jika kamu memilih kewajaran.