Amsal · Proverbs

13:7
Ada yang menjadikan dirinya kaya, tetapi tidak mempunyai apa pun: ada yang menjadikan dirinya miskin, tetapi mempunyai kekayaan besar.

Orang miskin boleh menjadi kaya dalam hal selain daripada wang. Musa telah menggantikan kekayaan dan kenikmatan untuk penderitaan dan keaiban (Ibr 11:24-26). Mengapa? Ganjaran Allah lebih baik daripada harta berharga Mesir. Dia memilih umat miskin Allah daripada memilih keluarga kaya Firaun. Dia mengenal hikmah amsal ini.

Pertimbangkan Musa (Kis 7:20-23). Dia sungguh dikurniakan bakat dan keistimewaan sejak waktu lahir. Dia belajar segala hikmah orang Mesir, dan dia kuat dalam pertuturan dan perlakuan di Mesir. Dia mempunyai segala peluang rumahtangga rajani bangsa yang paling besar di bumi. Tetapi pada umur empat puluh tahun, dia membuat suatu pilihan yang penting dalam kehidupan. Dia memilih kerajaan Allah daripada memilih dunia.

Adakah dia rugi? Langsung tidak! Dia meluangkan 80 tahun untuk berjalan dengan Allah, mendengar AKU ADALAH BAHAWA AKU ADALAH daripada semak yang membakar, nampak bahagian belakang Allah, bercakap dengan Allah bersemuka, dan memimpin umatNya ke luar Mesir. KekayaanNya di sini dan di kekekalan jauh melampaui bangkai Firaun yang padat diisi air di Laut Merah, bangsa Firaun yang binasa dan perbendaharaan Mesir yang sudah dikosongkan!

Apakah pilihan yang mahal yang telah kamu buat untuk mengikut Yesus Kristus? Tiada? Maka kamu bukan muridNya (Luk 14:25-33). Jika kamu belum menghitung kosnya dan membayarnya, kamu bukan muridNya. Jika kamu tidak rela untuk menghitung dan membayar harganya, maka kamu tidak mengenal Tuhan!

Amsal ini menjelaskan tentang dua orang. Kata nama “orang” dan kata ganti nama “dia”harus difaham dua kali di dalam nas ini. Kiasan yang dipanggil sebagai elipsis menanggalkan kata-kata itu untuk kesusasteraan yang indah dan yang berkuasa. Dengan perkataan-perkataan tersebut diselitkan semula ke tempat yang wajar, nas ini akan berbunyi demikian:

Ada orang yang menjadikan dirinya kaya, tetapi dia tidak mempunyai apa pun:

ada orang yang menjadikan dirinya miskin, tetapi dia mempunyai kekayaan yang besar.

Orang yang pertama memilih untuk menjadi kaya, tetapi sebenarnya tidak mempunyai apa pun yang bernilai. Orang yang kedua memilih untuk menjadi miskin, tetapi ada kekayaan yang sejati. Pelajarannya ialah perbezaan di antara kekayaan duniawi dengan kekayaan syurgawi. Orang pertama memilih kekayaan duniawi; dan orang kedua memilih kekayaan syurgawi. Orang pertama kalah, dan orang kedua menang. Kekayaan syurgawi ialah kekayaan sejati. Apakah yang akan kamu pilih, hai pembaca yang dikasihi?

Apakah itu kekayaan syurgawi? Yesus memanggilnya “kekayaan sejati” (Luk 16:11). Kekayaan sejati ialah hadirat Allah, buah Roh di dalam jiwamu, hikmah dan kebenaran oleh wahyu, dan hidup yang kekal. Adakah hal-hal ini membawa apa pun erti kepadamu? Adakah ia hal-hal yang paling penting kepadamu? Syaitan tidak mahu supaya kamu tahu akan itu, apatah lagi untuk mengalaminya dan mengasihinya.

Pertimbangkan sesetengah daripada perbandingan-perbandingan yang ada dalam kitab Amsal, iaitu kitab yang Solomo mengajar anak lelakinya bahawa sesetengah hal lebih baik daripada hal-hal yang lain. Dia menunjukkan anak lelakinya kekayaan sejati!

Hikmah lebih baik daripada wang (Ams 3:14; 8:11,19; 16:16). Sedikit dengan takut akan Tuhan lebih baik daripada harta mewah dengan masalah (Ams 15:16). Hidangan sayur bersertakan kasih lebih baik daripada rusuk yang paling segar bersertakan kebencian (Ams 15:17). Sedikit dengan kewajaran lebih baik daripada hasil besar dengan kesalahan (Ams 16:8). Kerendahan hati dengan orang yang rendah hati lebih baik daripada kekayaan bersama orang yang angkuh (Ams 16:19). Satu biskut tawar dengan ketenteraman lebih baik daripada daging mewah dengan persengketaan (Ams 17:1). Tanggapilah perbandingan-perbandingan ini.

Pertimbangkan perbandingan yang lain. Kemuliaan yang berkelimpahan dan yang bernilai kekekalan jauh melebihi penderitaan yang singkat dan yang ringan di sini (2Kor 4:17). Kenikmatan kehidupan ini boleh dengan mudah dilihat, didengar, dan dipertimbangkan, tetapi Allah telah menyediakan hal-hal yang melampaui deria-deriamu (1Kor 2:9).

Daud, dengan kekayaan dan kenikmatan yang rajani, memikir bahawa menjadi penjaga pintu di rumah Allah untuk sehari adalah lebih baik daripada hidup bertahun-tahun lamanya dengan orang yang kaya dan yang terkenal (Maz 84:10). Adakah dia gila? Atau sungguh berhikmah? Dia puas hati dengan satu perkara bagi kehidupannya – kerajaan Allah (Maz 27:4).

Paulus, yang kepopularannya semakin meningkat di Yerusalem, meninggalkan segalanya untuk mengikut Yesus Kristus (Flp 3:4-11). Walaupun dia menderita dengan teruk kerana memilih Kristus (2Kor 11:22-28), dia yakin dimahkotai di syurga (2Tim 4:7-8). Dia tidak sabar-sabar untuk ke sana!

Hai pembaca, kamu harus memilih satu! Kamu tidak boleh ada kedua-dua kekayaan duniawi dan kekayaan syurgawi. Yesus berkata, “Tiada sesiapa yang dapat melayan dua tuan” (Mat 6:24). Kamu tidak boleh menjadi sahabat dunia dan sahabat Allah (Yak 4:4). Jika kamu mengasihi dunia, kamu tidak akan mengasihi Allah (1Yoh 2:15).

Tiada seorang pun yang telah meninggalkan hal-hal kehidupan ini dan tidak menerima lebih hal-hal kehidupan tersebut di sini, dan dia akan menerima kehidupan yang abadi di syurga (Mar 10:28-31). Allah Yang Maha Kuasa telah menjanjikan segala apa pun dicari-cari orang lain, jika kamu mengutamakan kerajaanNya dan kewajaranNya dahulu (Mat 6:33).

Silakan! Pilihlah kekayaan duniawi! Solomo menjelaskan tentang orang yang menumpukan perhatiannya kepada kekayaan dan mendapatkannya (Pkh 5:10-17). Dia tidak puas; perbelanjaan pun bertambah secepat pendapatannya, jadi, dia hanya dapat memandang kepada pendapatan, dan tidak dapat menikmatinya; dia khuatir akan itu selalu; dia cuba untuk mengekalnya, tetapi masih kehilangannya; dia akhirnya tiada apa-apa untuk diberi kepada anak lelakinya; dia memasuki kubur seperti yang dia sampai ke bumi, telanjang; sebenarnya, dia telah berjerih lelah untuk peroleh angin; dan seluruh kehidupannya ialah kegelapan, kesedihan, dan kemarahan. Tahukah kamu Pengkhutbah memanggil itu apa? Kesakitan!

Jika kamu cuba menyelamatkan kehidupanmu yang duniawi, kamu akan kehilangannya bersama kehidupan rohanimu (Mat 16:24-25). Jika kamu kehilangan kehidupan duniawimu, kamu akan memperoleh kedua-duanya. Pilihannya mudah sahaja. Tetapi daging itu lemah. Dunia sangat menggoda. Dan Syaitan tidak mahu kamu untuk memilih kekayaan sejati.

Apakah yang telah kamu tinggalkan untuk memperoleh kekayaan sejati? Adakah kamu meninggalkan kenikmatan dan kesenangan malam Sabtu untuk bersedia untuk perhimpunan Hari Ahad? Adakah kamu meninggalkan hiburan televisyen untuk menahan matamu daripada dosa? Adakah kamu meninggalkan kawan yang mencuri jiwamu daripada kewajaran? Adakah kamu meninggalkan ahli-ahli keluarga yang menentang imanmu? Akankah kamu meletak jawatan yang banyak peluangnya supaya dapat menjadi Kristian yang lebih baik?

Tuhan Yesus meninggalkan kekayaan kemuliaan untuk menjadi miskin di dunia ini. Mengapakah dia berbuat demikian? Kerana BapaNya menyuruh Dia berbuat itu, dan Dia nampak ganjaran yang besar yang sedang menantikanNya di syurga (Maz 16:8-11; Yes 53:12; Luk 24:26; Flp 2:9-11; Ibr 12:2). Ada hari yang akan datang ketika semua pengorbanan dalam kehidupan ini akan dibayar secara abadi. Percayalah itu! Amin.

Lampiran Bagi Murid-Murid Alkitab

Adakah ini tafsiran yang betul? Para pengulas/pengkomentar memberi tafsiran orang miskin yang berpura-pura kekayaan untuk kepopularan dan orang kaya yang berpura-pura kemiskinan untuk memperdayakan orang. Teks ini tidak mengutuk mana-mana satu pihak tersebut pun, dan oleh itu, para pengulas mengutuk kedua-duanya. Mereka menyatakan bahawa yang pertama itu salah kerana keangkuhan, dan yang kedua salah kerana tidak bersyukur. Kemudian mereka memakai itu untuk pelajaran rohani. Sesetengah orang berpura-pura kerohanian tetapi sudah mati; dan sesetengah orang berpura-pura kemiskinan tetapi adalah kaya. Mereka mengutuk yang pertama dan mengkritik yang kedua.

Kita tidak boleh mengembara ke dalam tafsiran mereka. Pertama, teks ini baik memuji mahupun mengutuk pun tidak, jadi kita ditinggalkan tanpa suatu pelajaran. Kedua, tafsiran mereka tidak membekalkan apa pun hikmah. Ketiga, tafsiran mereka tiada saksi nas-nas lain dalam Alkitab. Keempat, Amsal terus-menerus membandingkan kekayaan barangan dengan hikmah. Kelima, Alkitab berulang-ulang mengajar pelajaran yang sudah diulaskan di atas.

Kita percaya bahawa amsal ini mengajar membuat keutamaan yang betul, iaitu salah satu pelajaran utama seluruh kitab, yang adalah pemakaian hikmah. Sesetengah orang menaruh seluruh penekanan mereka kepada kewangan dan kejayaan kerjaya, tetapi tiada apa pun bagi jiwa-jiwa mereka. Mereka ada jiwa yang kurus, dipenuhi dengan kerisauan akal, perkahwinan yang tiada kasih, dan tidak boleh mengambil apa pun itu bersama mereka. Padahal, mereka membinasakan jiwa mereka sendiri. Tetapi orang lain akan mengorbankan kenaikan pangkat dan keuntungan duniawi untuk menyanjungi damai sejahtera, kasih, dan kewajaran dalam urusan-urusan mereka. Mereka memilih kemiskinan berbanding itu untuk mendapat kekayaan sejati ketenteraman, sukacita, dan kewajaran. Orang yang mana satu lebih kaya?

Orang berhikmah mengelak kekayaan (Ams 30:7-9). Mereka tahu kejayaan sejati ialah kesalihan dan bukan keuntungan (1Tim 6:6). Mereka takut akan keadaan memperoleh keinginan diri namun memiliki jiwa yang kurus (Maz 106:15). Mereka berusaha untuk mengelak nafsu-nafsu kekayaan yang bebal dan yang melukakan (1Tim 6:7-10). Mereka tahu Yesus Kristus ialah harta yang paling besar (Maz 73:25-26; Yes 66:1-2; Mat 6:19-21; 19:24; 1Tim 6:17-19; 2Tim 4:10; Wah 3:17-18). Mereka tahu bahawa orang kaya kurang dapat memasuki kerajaan syurga (Luk 18:24). Ada barang yang lebih bernilai dan berharga daripada kekayaan kewangan, dan orang berhikmah menjadikan itu matlamatnya, meskipun itu bermakna dia kena korbankan kekayaan yang dunia sayangi.