Amsal · Proverbs

14:18
Orang pandir mewarisi kebebalan: tetapi orang berhemat dimahkotakan pengetahuan.

Orang miskin menjadi lebih miskin, dan orang kaya menjadi lebih kaya, dari segi hikmah. Jika kamu memilih pendekatan kehidupan yang bebal atau yang degil, maka Allah akan memastikan kamu mendapat apa yang kamu layak terima – kebebalan. Jika sebaliknya kamu berhikmah dan berhemat, maka Allah akan memberimu lebih banyak pengetahuan.

Orang berhemat tahu apa untuk dibuat dalam kebanyakan situasi. Mereka berhati-hati, berjaga-jaga, dan cermat. Mereka mengambil kesempatan akan peluang-peluang kehidupan, dan mereka mengelak jalan-jalan perangkap. Mereka berjaya dan dihormati dalam kehidupan. Mereka mengelak kegagalan, kepedihan, dan masalah yang harus diharungi orang bebal yang sama ada terlepas peluang atau merosakkan peluang lalu jatuh ke dalam banyak jerat yang menyakiti dirinya.

Pelajarannya mudah. Puteri Hikmah akan menghormati orang demikian dengan menambahkan kepadanya lebih pengetahuan. Dengan memilih takut akan allah dan menjaga perintah-perintahNya, seseorang boleh memperoleh mahkota pengetahuan – dia akan diberkati untuk mengenal apa tindakan dan hal-hal yang lebih baik daripada yang lain. Tetapi jika seseorang enggan menjadi berhemat dan berhikmah – dengan menolak Allah dan FirmanNya, maka dia akan menerima kebebalan yang disusuli kepedihan dan masalah sebagai bahagiannya untuk sepanjang hayat kehidupannya.

Apakah maksudnya orang yang pandir? Dia enggan takut akan Allah dan merendahkan dirinya untuk mentaati Alkitab. Dia bergantung kepada kepandaian, perasaan, tabiat, pendapat popular, tradisi, atau pendidikan duniawi untuk memandu dirinya. Allah Yang Maha Besar akan berfirman bahawa orang itu tidak mengenal apa-apa pun (Ams 9:13; Yes 8:20; 1Kor 1:19-20; 3:19-20; 1Tim 6:3-5, 20-21; 2Tim 3:6-7). Kepandiran ialah pilihan, dan banyak orang melakukannya setiap hari – mereka mengasihi kebebalan dan memilih untuk menolak hikmah Allah (Ams 1:22,32).

Bagaimanakah kebebalan diwarisi orang pandir? Dengan membuat pilihan di luar takut akan Tuhan dan hikmah Alkitab, dia melepaskan kebenaran dan berakhir dengan kepedihan disfungsi seorang bebal. Oleh sebab pandangan dunia yang humanistik [kemanusiaan] dan yang alamiah, dia jahil akan kekekalan, kenyataan, kebenaran, dan hikmah. Dia merosakkan kehidupannya di bumi oleh kebodohan dan kedegilan.

Apakah orang yang berhemat? Dia takut akan Allah dan menyanjungi setiap ketetapan Alkitab sebagai betul, dan dia membenci setiap jalan yang palsu (Ams 1:7; 9:10; Maz 119:128). Dia menolak mana-mana syarat untuk kebenaran kecuali Alkitab. Dia jauh lebih unggul daripada orang pandir. Ketika dikemukakan maklumat baru, orang pandir percaya akan itu; tetapi orang berhemat berhati-hati dan pesimistik [cenderung melihat keburukan sesuatu], sebab dia melihat segala kemungkinan dan kesan-kesan yang tidak dilihat orang pandir (Ams 14:15; 22:3; 27:12).

Bagaimanakah orang berhemat dimahkotakan pengetahuan? Dengan menjadi berhati-hati, kritikal, dan pesimistik akan apa pun maklumat di luar Alkitab, dia menyerahkan segala maklumat untuk diuji dengan tegas sekali – Adakah Allah meluluskannya? Mekanisme ini memelihara dirinya daripada perdayaan, penipuan, bohong, penipuan, dan jerat; ia menyanjungi kewajaran, kebenaran, dan hikmah. Dia tahu apa untuk dibuat di dalam apa pun situasi. Dia ada pengetahuan besar yang tidak ditemui orang pandir (2Tim 3:6-7).

Bolehkah seseorang pandir menjadi orang yang berhemat? Ya! Itulah sebabnya Salomo menulis Amsal (Ams 1:4). Ya! Itulah sebabnya Allah mengilhamkan Alkitab (Maz 19:7; 119:130). Hikmah dipersembahkan di seluruh kitab Amsal dan Alkitab, tetapi kebanyakan orang tidak mengingininya (Ams 8:5; 9:4). Mereka lebih suka mendengar nafsu kebinatangan mereka dan tawaran-tawaran kenikmatan bebal (Ams 9:13-18). Mereka mengikuti para penggoda yang berbohong, sama ada pelacur, kawan, pendidik, atau pelayan (Ams 7:6-27).

Orang pandir mewarisi kebebalan keagamaan, sebab dia tidak dapat mengesan bohong guru-guru palsu, kerana dia telah menolak satu-satunya tahap piawai yang tidak akan silap yang dipakai untuk menguji dirinya (Rom 16:17-18; 1Yoh 4:1-6). Tetapi orang berhemat membuktikan segalanya (Kis 17:11; 1Tes 5:21). Dan dia kerap kali berdoa supaya Allah menyatakan lebih pengetahuan kepadanya (Maz 119:18; Flp 1:9-11; Yak 1:5). Dia yakin sepenuh-penuhnya bahawa nas-nas kitab cukup bagi segala yang harus diketahuinya (2Tim 3:16-17).

Kamu akan membuat banyak pilihan pada hari ini – sama ada berasaskan hatimu dan mindamu yang pandir, atau berasaskan hati dan minda Allah yang tidak terhingga yang dinyatakan Alkitab. Kamu akan sama ada mewarisi kebebalan hasil pilihanmu, ataupun kamu akan diberkati dan dihormati dengan pengetahuan. Inilah pilihanmu; kesan-kesannya akan pasti menyusul; dan kamu akan merasakannya untuk kekekalan.

Yesus mengajar bahawa ada empat cara untuk respon kepada khutbah atau Alkitab – kamu boleh pilih untuk membalas secara acuh tak acuh, dan si iblis akan merampas segalanya yang berguna. Kamu boleh pilih untuk dikecewakan oleh sedikit kesusahan, dan kamu tidak akan menghasilkan apa pun. Kamu boleh pilih untuk mengalihkan perhatian kepada tarikan-tarikan dunia, dan kamu tidak akan menghasilkan apa pun. Atau kamu boleh bersiap, tertumpu, mengulangkaji, dan memakai apa yang kamu belajar daripada alkitab dan menghasilkan banyak buah dalam kehidupanmu.

Dia merumuskan empat respon ini dan kesan-kesannya kepada para rasulnya dengan cara ini, “Ambil pedulilah bagaimana kalian mendengar: sebab sesiapa yang mempunyai, kepadanya akan diberi; dan sesiapa yang tidak mempunyai, daripadanya akan diambil apa pun yang dianggap ada padanya.” (Luk 8:18). Orang miskin menjadi lebih miskin, dan orang kaya menjadi lebih kaya, dari segi hikmah. Apakah yang akan kamu buat dengan firman Allah yang tertulis dan dengan subjeknya yang paling besar iaitu Yesus Kristus pada hari ini juga?