Amsal · Proverbs

14:17
Dia yang lekas marah berurus secara bebal: dan orang dengan rancangan durjana dibenci.

Ada dua jenis emosi marah yang jahat, dan ia dikendalikan dengan cara berbeza. Kemarahan yang melulu, melalui pelepasan geram yang bertindak tanpa berbudi bicara atau tanpa berfikir, adalah bebal dan menyatakan seseorang tidak menguasai rohnya. Walau bagaimanapun, ada jenis kemarahan yang lain, niat jahat iri hati yang terpendam sungguh mendalam dan rasa balas dendam yang merancang untuk melukakan orang lain. Allah dan manusia membenci raksasa yang durjana ini.

Sebelum memakai amsal ini, ingat bahawa bukan semua kemarahan berdosa. Allah marah dengan orang durjana setiap hari (Maz 7:11), dan Dia marah terhadap Musa (Kel 4:14). Musa marah dengan cukup adil terhadap Israel yang bersembahyang kepada anak lembu emas (Kel 32:19). Dan Yesus marah terhadap kekejaman orang Yahudi yang gila agama (Mar 3:5). Kemarahan yang disalurkan dengan sesuai bagi perjuangan yang benar adalah baik dan kudus. Apa pun kemarahan lain haruslah bebas daripada dosa dan diakhiri dengan lekas (Efe 4:26).

Amsal ini ada dua jenis dosa yang dipertimbangkan. Amsal-amsal Solomo kerap kali ada dua klausa yang membandingkan dua perkara. Dalam kes ini, dua klausa itu berkait dengan kata penghubung setara “dan”, yang menandakan bahawa dua perkara itu ada sifat yang sama, dan bukan perbezaan yang bertentangan. Dosa sedang dibandingkan dengan dosa, bukan dosa dibandingkan dengan kewajaran.

Dengan membandingkan “lekas marah” dan “rancangan durjana”, kita nampak dua jenis dosa yang berbeza. Salah satu ialah kemarahan yang mengikut gerak hati – yang satu lagi ialah jenis yang merancang durjana untuk jangka masa panjang. Dengan membandingkan “kebebalan” dan “kebencian”, kita nampak kadar kedurjanaan yang berbeza dan hasil-hasilnya. Salah satu dosa lebih bebal daripada berniat jahat – yang satu lagi lebih berniat jahat, iaitu kejahatan yang dirancang terlebih dahulu, daripada bebal.

Sesetengah orang pandai melepaskan geram (mereka tidak menguasai diri sendiri, dan itu berdosa). Mereka ialah bayi dalam tubuh dewasa. Mereka tidak pernah membesar atau belajar mendisiplinkan diri sendiri. Mereka lemah dan tidak dapat menguasai roh mereka. Mereka biasanya ada ibubapa dengan kesalahan yang sama. Ketika diprovokasi, kerap kali kerana hal yang bukan-bukan, mereka dengan lekas kehilangan kawalan fikiran, emosi, kata-kata, atau perilaku. Akhirnya, ledakan keberangan memalukan mereka sebagai orang bebal dan menghilangkan kawan-kawan mereka (Ams 12:16; 22:24; 25:8; 29:22).

Orang lain ada hati yang hitam yang membenci orang lain dan dengan rahsia memendamkan niat jahat untuk lama-lama. Mereka menutupi kebencian mereka dengan senyuman yang palsu, kata-kata yang palsu, dan budi baik yang berbohong (Ams 26:24-26). Ini bukan dosa kecil, sebab ia seperti perbuatan membunuh yang terancang berbanding kepada pembunuhan yang tidak sengaja. Allah dan manusia membenci kemarahan yang sebegitu berniat jahat, yang dipupuk dan dipendam para raksasa ini untuk lama-lama, sementara membuat rancangan untuk membalas dendam (Ams 6:16-19).

Mana-mana jenis kemarahan yang tidak munasabah ialah dosa (Mat 5:22). Tetapi sementara kelemahan merupakan suatu perkara; kerelaan ialah perkara yang lain! Kemarahan yang melulu adalah hina; niat jahat yang terhitung adalah sungguh keji! Salah satu orang tidak boleh dipercayai dan mengancam damai sejahtera; yang satu lagi haruslah dielak dan ditahan seperti iblis sendiri (Yoh 8:44). Musa dan Harun telah kehilangan Kanaan kerana kemarahan bebal (Bil 20:10-12), tetapi Allah Yang Maha Besar menggantung mati Haman dan sepuluh anak lelakinya kerana strategi jangka-masa panjangnya untuk menghapuskan bangsa Yahudi (Est 3:5-15; 7:9; 9:13-14).

Apakah pelajarannya? Kuasailah rohmu – kedua-dua kemarahan singkat dan kemarahan panjang. Mengapakah orang lain memprovokasimu? Kamu telah memprovokasi Allah syurgawi dengan kesalahan-kesalahan yang tidak terhingga, dan kamu akan terus melakukan demikian. Jika Dia pernah memalingkan kemarahannya atau kebenciannya bagi dosa terhadapmu, ia akan menghanguskan kehidupanmu dan melemparkanmu ke neraka. Ampunilah jiranmu. Ampunilah musuhmu. Kamu tidak layak untuk kemarahan yang mempertahankan diri sendiri. Biar mereka sebaliknya menipumu (Mat 5:38-48; 1Kor 6:7).

Orang hebat menguasai roh [semangat] mereka; roh mereka tidak menguasai mereka, dan mereka lambat untuk menjadi marah (Ams 14:29; 15:18; 16:32; Yak 1:19-20). Ini merupakan jenis orang yang mulia (Ams 19:11). Tindak laku orang lain tidak menggerakkan hati mereka. Tiada kehormatan, kelelakian, atau kekuatan untuk menghilang kawalan diri atau menghilang ketenangan, tidak kira apa pun yang difikir orang yang mementingkan diri. Orang yang menghilang kawalan diri, yang babil dan yang dikuasai kemarahan, ialah orang yang lemah, yang hidupnya kegagalan (Ams 25:28; Pkh 7:9).

Mungkinkah adanya lebih pelajaran untuk dipupuk? Pertimbangkan tindak laku orang lain dengan berhikmah. Sesetengah melepaskan geram dengan serta-merta bagi hal yang bukan-bukan, tetapi kerosakannya kerap kali kurang; mereka cepat kembali kepada keadaan biasa semula, dan mereka boleh ditunjukkan kebebalan kesalahan mereka. Kamu mungkin harus memperbetulkan mereka semula pada masa depan, tetapi mereka boleh dipulihkan semula. Orang lain yang tidak melepaskan geram secepat sedemikian mungkin memendamkan kebencian yang lebih mendalam yang membawa kepada rancangan-rancangan yang durjana (Ams 12:2; 24:8; Rom 1:30).

Ia lebih mudah untuk mengenalpasti dan memperbetulkan anak yang lekas meledak dengan kemarahan daripada orang yang dengan pasif memberontak dan memendamkan perkara itu dalam hati, iaitu tempat yang ia dapat mengeras dan membentuk kepada kebencian jangka masa panjang. Kanak-kanak tiada hak untuk berdiam ketika disoal, untuk memulaukan diri daripada keluarga, atau untuk ada angin. Ibubapa yang membenarkan atau tidak mempedulikan tanda-tanda ini akan tidak lama menghadapi raksasa tanpa apa pun pedulian bagi keluarga.

Hikmah ialah daya penghakiman yang betul, yang tidak boleh membenarkan kemarahan untuk mengaburkan penglihatan, mengacau jiwa, memudarkan minda, menyalakan emosi, atau mengeraskan hati. Bencilah kemarahan dalam dirimu sendiri dan bukan orang lain. Simpanlah kemarahan bagi kes yang jarang ketika Allah atau kebenaran diserang, dan bukan ketika kamu mungkin kehilangan sedikit wang atau nama baik. Jagalah rohmu dengan cukup teliti; jangan peduli akan apa yang orang lain buat terhadapmu; Allah di syurga akan merancang pembalasan yang sempurna!