Amsal · Proverbs

14:19
Orang jahat menunduk di hadapan orang baik; dan orang durjana di pintu-pintu gerbang orang benar.

Orang baik sampai ke garis penamat dahulu. Pendosa menamat terakhir. Orang benar diberi ganjaran, kerap kali di dunia ini, dan selalu di akhirat. Allah tidak ketinggalan dalam apa pun, dan Dia memberi ganjaran kepada manusia bagi perbuatan-perbuatan mereka. Dia menghormati dan menggalakkan orang baik, dan Dia merendahkan dan membinasakan orang jahat. Dia menyanjungi orang benar, supaya orang durjana harus datang kepadanya untuk nasihat, bantuan, belas kasihan, atau doa.

Pelajaran ini bukan penundukkan literal, walaupun itu memang berlaku sekali sekala. Pelajarannya adalah supaya Allah membuat perbezaan di dalam kehidupan manusia berdasarkan cara mereka hidup. Dia juga akan menyanjungi dan menaikkan pangkat orang baik, dan Dia akan meremuk dan merendahkan orang durjana, supaya mereka direndahkan kepada keadaan merayu atau beriri hati kepada aset-aset dan kehidupan orang benar. Orang baik sampai garis penamat dahulu!

Tetapi Alkitab mengajar bahawa tiada yang baik, seorangpun tidak (Maz 14:1-3; Mat 19:17; Rom 3:12). Ya, ia memang mengajar itu, tetapi ia juga mengajar amsal ini, maka kamu harus membahagikan firman kebenaran dengan betul (2Tim 2:15). Tidak seorang pun baik secara batiniah sebab semua orang rosak secara semula jadi. Walau bagaimanapun, oleh rahmat Allah dalam hal penjanaan semula, sesetengah orang diberi sifat yang baru, dan oleh sifat yang baru itu mereka boleh berbuat lebih baik (Efe 2:1-10; 4:24; Ibr 13:16; Yak 4:17).

Tanggapilah pelajarannya. Manusia kerap kali membuat hujahan bahawa menjadi baik tidak berbaloi, sebab orang jahat nampaknya berjaya (Mal 3:14-15). Fikiran ini adalah berbahaya dan salah (Ams 24:19-20; Maz 37:1-40; 73:1-28). Hikmah memandang melebihi keadaan-keadaan sementara dan menyukat kejayaan oleh peraturan luas dan hasil-hasil yang kekal. Pandangan ini menunjukkan orang baik selalu tamat dahulu. Jangan khuatir tentang rakan sebaya lebih maju kerana berdosa. Dia mungkin berada di depan pintumu tidak lama lagi.

Kamu mungkin berkata, apa pula tentang Kain dan Habel? Orang baik perlu menunduk di hadapan orang jahat untuk merayu bagi nyawanya. Hai pembaca, pertimbangkan. Habel naik ke syurga. Kehidupan Kain sukar. Alkitab dan sejarah memandang hina Kain dan menghormati Habel. Kain akan menunduk di hadapan Habel pada Hari Penghakiman sebelum dilemparkan ke dalam lautan api. Dan apa yang sama boleh dikatakan orang kaya dan Lazarus (Luk 16:20). Hikmah tidak menghakimi melalui penampilan sementara.

Ada ganjaran bagi orang benar, kerap kali di dunia ini, dan selalu di akhirat (Maz 58:1-11; 49:14; Mal 4:1-3; 1Kor 6:2). Amsal ini bukanlah peraturan sejagat sekarang, tetapi ia pasti demikian kelak. Namun, ia kerap kali digenapi secara literal dalam kehidupan ini. Jangan sesekali gusar akan kemakmuran orang jahat, sebab Allah boleh dan akan menterbalikkan hal-hal sekarang dan/atau nanti. Matanya nampak kejahatan dan kebaikan, dan Dia menunjukkan DiriNya kuat bagi pihak orang baik (Ams 15:3; 2Taw 16:9).

Haman fikir dia berada di jalan laju kerjaya politik di Kerajaan Parsi, tetapi dia tidak lama kemudian menunduk – dan kemudian bergantung – di hadapan Mordekai dan Ester. Eli bukan ayah yang baik, maka keturunannya Abyatar akhirnya menunduk dan merayu daripada Zadok yang benar. Yusuf ada waktunya ketika kedua-dua Mesir dan saudara-saudaranya yang durjana menunduk di hadapannya dalam ketakutan. Sisera menunduk di kaki Yael. Ketiga-tiga kawan Ayub kena merayu kepadanya untuk berdoa untuk pengampunan mereka.

Daud yang muda tidak dipedulikan dan diperolok-olok oleh abang-abangnya, tetapi mereka direndahkan kepada para penguasa di bawah kerajaan Daud. Raja Saul pula menunduk di hadapan Daud juga. Firaun mengakhiri kehidupannya dengan membayar Musa untuk meninggalkan Mesir lalu merayu untuk nafas di Laut Merah. Para pesaing Daniel dibaham singa yang dirancangkan mereka untuk Daniel. Penjaga penjara di Filipi menunduk di hadapan Paulus dan Silas, dan para penguasa kota dengan lemah-lembut merayu kepada mereka supaya meninggalkan kota.

Hai pembaca, belajarlah hikmah di sini. Jangan gusar akan kejayaan nyata akan orang durjana di sekitarmu. Allah akan pasti merendahkan mereka di hadapan kakimu pada Hari Penghakiman, tetapi Dia juga akan melakukannya sekarang juga. Jagalah hatimu dengan segala ketekunan, mengingati bahawa adanya ganjaran bagi kewajaran (Mal 3:16-18). Jika keadaan-keadaan nampaknya bercanggah kepada peraturan ini, ia hanya untuk tujuan-tujuan lain, dan ia hanya untuk jangka masa yang singkat.

Jika kamu menghormati Allah dengan nyawamu, Dia akan menghormatimu (1Sam 2:30). Percayalah itu! Allah akan mengganjarimu menuruti jalan yang kamu pakai (Maz 18:19-27). Kenaikan pangkat datangnya daripada Tuhan, dan ia akhirnya datang kepada orang benar (Maz 76:6-10). Jangan khuatir tentang tangga kerjaya. Allah mampu untuk membawamu melepasi orang yang mengatasimu, jika kamu hidup dengan benar di hadapanNya.

Tuhan Yesus Kristus menghiburkan para percayawan bukan Yahudi di Asia dengan pengetahuan bahawa Dia akan menjadikan orang Yahudi menunduk di hadapan mereka dan mengenal bahawa Dia benar-benar mengasihi orang bukan Yahudi tersebut (Wah 3:9). Tetapi lebih besar daripada itu, setiap lutut akan bertelut di hadapan Tuhan Yesus Kristus, malahan semua musuhNya dan orang yang mengkufuriNya dengan perkataan dan dengan perbuatan setiap hari (Flp 2:9-11). Rendahkanlah dirimu di hadapanNya, bertaubat akan dosa-dosamu, dan rayulah untuk belas kasihan pada hari ini juga (Mat 21:44).