Amsal · Proverbs

14:20
Orang miskin dibenci oleh jirannya sendiri: tetapi orang kaya ada banyak kawan.

Wang berbohong! Wang mencemarkan! Amsal ini mewakili pemerhatian Solomo yang sedih akan sikap manusia yang mementingkan diri sendiri: manusia mesra kerana apa yang mereka dapat daripada orang lain. Jiran-jiran orang miskin membencinya, kerana dia tidak berguna kepada mereka untuk kemajuan. Tetapi orang kaya, tidak kira apa pun akhlaknya atau perangainya, ada lebih banyak kawan daripada orang miskin.

Wang berbohong! Benda mewah orang kaya, rakan-rakan mereka di kedudukan yang tinggi-tinggi, sopan santun mereka yang menimbulkan rasa hormat, dan kemampuan mereka untuk membantu ialah ilusi yang berbahaya. Hal-hal demikian tidak memberitahumu apa pun tentang hati dan jiwa yang di belakang mata yang angkuh dan yang di bawah pakaian yang mewah. Banyak orang kaya adalah angkuh dan tidak mulia atau langsung tidak berakhlak mulia (Ams 18:23; 1Sam 25:10). Ibarat kecantikan perempuan tidak membuktikan akhlak, demikian juga kekayaan seorang lelaki (Ams 11:22; 31:30).

Wang merosak! Manusia patut mengasihi jiran-jiran mereka yang akan membenci mereka bagi alasan yang mudah bahawa mereka miskin. Manusia yang patut membenci para penindas yang angkuh akan menyembah-nyembah orang kaya dengan harapan mereka dapat makan sisa-sisia yang jatuh dari mejanya. Jika orang kaya tanya untuk pertolongan, para pengampu ini akan melompat pada kesempatan itu dan kerap kali menutupi mata mereka bagi kompromi atau kejahatan yang terlibat dalam memberi pertolongan itu (Ams 17:23). Solomo memberi amaran dengan panjang lebar tentang bahaya ini (Ams 23:1-8).

Penyukatan seseorang ialah akhlaknya dan perangainya, tetapi bukan kekayaannya. Nabal kaya, tetapi dia orang bebal (1Sam 25:2-11). Rut ialah balu yang miskin, tetapi dia merupakan perempuan yang berakhlak mulia (Rut 3:11). Daripada menghargai gaji orang atau apa yang dimiliki orang, seseorang yang berhikmah akan menyelidiki sembahyangnya akan Allah dan perangai moralnya. Sukatan benar bagi seseorang ialah sikap takut akan Allah yang berdikari, kasih akan Kristus dan orang lain, dan pengejaran kebenaran, hikmah dan kewajaran.

Apakah pelajaran-pelajarannya? Amsal ini tidak mengajar apa yang harus terjadi, tetapi sebaliknya apa yang kebiasaan. Salah satu pelajaran ialah bahawa kepopularan tidak membuktikan apa-apa (Ams 19:4,6). Satu lagi pelajaran ialah amaran terhadap menyukat berdasarkan aset, daripada menyukat berdasarkan akhlak (Ams 19:7). Satu lagi pelajaran untuk ingat ialah kawan sejati tidak berubah hati ketika keadaan-keadaan berubah (Ams 17:17). Dan pelajaran yang lebih lanjut adalah untuk berjaga-jaga terhadap layanan yang memilih kasih terhadap orang kaya dan sikap memandang bulu (Yak 2:1-10).

Tetapi ada pelajaran-pelajaran yang lain. Allah memilih orang pilihannya untuk keselamatan terutamanya daripada orang miskin dunia ini (1Kor 1:26-29; Yak 2:5). Oleh sebab itu, walaupun kemiskinan menandakan kerendahan pangkat di masyarakat, ia tidak sesekali menyebut tahap pendiriannya dengan Allah. Ia lebih baik untuk menjadi pengemis Lazarus yang dijilat anjing daripada menjadi orang kaya yang hidup dengan kemewahan (Luk 16:19-31).

Tidak kira betapa rapatnya kawan-kawan, atau betapa banyak di antara mereka yang menolak kamu, Allah tidak akan pernah meninggalkanmu, tidak kira betapa miskin (Maz 73:25-26; Ibr 13:5-6). Dia telah menaruh kasihnya kepadamu ketika kamu musuh yang membenciNya, dan Dia tidak akan mengalih kasihNya bagi apa-apa pun perubahan kehidupan yang remeh-temeh bagiNya (Rom 5:6-11). Dia telah menjadi miskin untuk menjadikanmu kaya (2Kor 8:9).