Amsal · Proverbs

14:21
Dia yang memandang hina jirannya berdosa: tetapi dia yang berbelas kasihan terhadap orang miskin berbahagia.

Cara yang kamu berhubung dengan orang lain memberi kesan kepada tiga pihak – Allah syurgawi, orang di kelilingmu, dan dirimu sendiri. Kalau kamu kejam, kasar, mementingkan diri sendiri, atau ganas terhadap orang lain, kamu berdosa terhadap Allah, kamu menyakiti orang yang memerlukan bantuan, dan kamu akan menjadi murung. Jika kamu lemah-lembut, murah hati, memberi, dan bersikap suka melindungi orang lain, kamu memuliakan Allah syurga, menaruh sukacita dalam hati orang lain, dan sendiri menemui kebahagiaan. Itulah peraturan amsal ini.

Perintah pertama adalah untuk mengasihi Sang Pencipta, Allah Alkitab – Jehovah – dengan segenap hatimu, segenap mindamu, segenap jiwamu, dan segenap kekuatanmu (Ula 6:4-5; Mat 22:36-38). Perintah kedua adalah untuk mengasihi jiranmu sebanyak seperti kamu mengasihi dirimu sendiri (Ima 19:18; Mat 22:39). Ketika kamu mengasihi jiranmu, kamu juga mengasihi Allah, kerana Dia telah menciptakan jiranmu dan membawanya melintasi jalanmu ketika dia memerlukan bantuanmu (Ams 14:31; 19:17; 1Yoh 4:20).

Allah akan memberkatimu, jika kamu berhati-hati, mengampuni, jujur, mengasihi, dan sabar terhadap jiran-jiranmu (Maz 41:1-3; 112:9; Luk 6:27-38). Allah akan menghakimi dan menghukummu, jika kamu suka menyakiti, berniat jahat, suka menguasai, tegas, atau suka membalas dendam terhadap mereka (Ula 15:7-11; Yes 58:7-11). Agama Kristian menimbulkan dorongan yang paling tinggi untuk mengasihi orang yang ditemuimu, kerana perbezaan di antara kehidupan yang bahagia diberkati dengan kehidupan yang murung disesak ialah hasilnya yang tentu.

Di dalam dunia yang kedambaan, yang tamak, dan yang mementingkan diri sendiri, ia sukar untuk percaya atau membayang bahawa mengasihi orang lain boleh membawamu kebahagiaan. Tetapi itulah apa yang diajar amsal ini! Dan kedua-dua Yesus Kristus dan Paulus mengesahkan fakta ini: “Aku telah menunjukkan kepadamu segalanya, bagaimana dengan berjerih lelah sedemikian kalian patut menyokong yang lemah, dan ingatlah kata-kata Tuhan Yesus, bagaimana dia berkata, Ia lebih diberkati untuk memberi daripada menerima” (Kis 20:35). Percayalah peraturan ini, atau hidup dan matilah dengan murung.

Ketika seorang peguam menanya Yesus takrif jiran (para peguam selalu nak cari takrif untuk mengelak tanggungjawab), Tuhan menjawab cerita dengan orang Samaria yang Baik, yang mengisahkan seorang Samaria yang berbaik budi dan membantu seorang Yahudi walaupun sungguh menyusahkan diri dan banyak berbelanja (Luk 10:25-37). Walaupun orang Yahudi dan orang Samaria membenci sesama diri, orang yang mulia ini menunjukkan kemurahan ketika orang Yahudi itu punya bangsa sendiri pun tidak menunjukkan kemurahan demikian.

Pelajaran Salomo yang utama di sini ialah bagaimana kamu memandang dan melayani jiranmu yang miskin – orang yang tidak boleh memberi manfaat kepadamu. Ia sifat manusia yang berdosa untuk menghina orang miskin dan tidak mempedulikan keperluan mereka – menuduh mereka kerana kurang bernasib baik, yang mungkin atau tidak mungkin benar. Orang yang membantu seorang jiran yang memang miskin akan diberkati Allah dan manusia dan di dalam jiwanya sendiri.

Barang apa yang dimilikimu, ia diberi kepadamu oleh Allah; apa pun perbezaan di antaramu dengan orang lain ialah pilihanNya (1Kor 4:7). Oleh sebab itu, ia hati yang busuk dan yang cabul untuk memegahkan diri terhadap orang lain. Allah telah menciptakan kedua-dua orang kaya dan orang miskin (Ams 22:2), dan layananmu terhadap orang miskin mencerminkan perhubunganmu dengan Allah (Ams 14:31). Ia hikmah untuk menghormati Allah dengan membantu orang yang betul-betul miskin.

Kebahagiaan hasil membantu orang lain akan diteruskan sampai ke Hari Penghakiman, di mana orang yang telah berbudi baik kepada orang yang paling rendah di kalangan anak-anak Allah akan dengan besar-besar diganjari (Mat 25:31-46; Luk 14:12-14). Kamu boleh mengumpul suatu dasar yang baik bagi Hari itu dengan memberi kepada orang yang keperluan (1Tim 6:17-19).