15:13
Hati yang girang menjadikan air muka riang: tetapi oleh dukacita hati, roh dipatahkan.
Wajahmu menunjukkan hatimu. Jika kamu gembira dalam hati, ia akan nyata pada luaran. Jika kamu sedih dalam hati, ia juga akan nyata pada luaran. Orang lain akan tahu hatimu dengan apa yang mereka dapat lihat dari wajahmu. Pelajaran-pelajaran di sini adalah untuk memilih suatu hati yang ceria bagi dirimu sendiri dan untuk membantu orang lain mendapatkan suatu hati ceria juga.
Wajah yang ceria dan tubuh yang bertenaga ialah hal-hal yang ajaib. Ciri-ciri wajah yang bersinar, mata yang menari dan yang bahagia, senyuman yang kerap dan yang menyukakan hati, dan pergerakan yang sejahtera yang mencantikkan wanita dan memperkasakan lelaki. Ciri-ciri yang menarik ini adalah mudah dan murah untuk diperoleh – pilihlah untuk bergembira.
Tetapi muka yang sedih dan tubuh yang seperti diheret ialah hal-hal yang teruk. Ciri-ciri wajah yang suram, mata yang semacam ingin mati, berkerut dahi, dan pergerakan yang perlahan dan yang membongkok menjadikan rosak gambar kedua-dua perempuan dan lelaki. Penampilan luaran demikian menunjukkan hati yang dipatahkan, sebab roh sukacita dan tenaga sudah dilukakan.
Senyuman ialah air muka yang paling baik! Jiwa yang bersukacita memperkasakan wajahmu lebih daripada apa pun yang lain. Wajah yang berseri ialah sesuatu yang ajaib, dan ia hasil daripada hati yang sejahtera dan yang puas. Tetapi hati yang susah menjadikan wajahmu suram, ia menyerap ciri-ciri wajahmu dan tenaga dan nyawa tubuhmu. Orang yang berhikmah menjaga hati mereka, dan mereka belajar untuk menanggapi hati orang lain.
Perempuan membelanjakan banyak masa, wang, dan usaha untuk menjadi menarik. Namun senyuman yang menyukakan dan yang ikhlas melebihi apa pun gaya rambut, makeup, atau perhiasan. Gadis atau wanita boleh menaikkan nilainya dari 5 kepada 9 hanya dengan senyuman! Mata yang ceria, wajah yang tenang, senyuman yang menyenangkan, dan gaya yang tenang adalah lebih menarik daripada pakaian mewah dan rupa muka yang sempurna. Dan suatu senyuman yang baik hati dan yang gembira adalah sepuluh kali lebih baik daripada wajah yang jemu, muka marah, berkedut dahi, atau pandangan bongkak.
Perawakanmu adalah terutamanya pada wajah mukamu, tetapi ia juga melibatkan kelakuan dan adabmu. Ia wajahmu dan bahasa tubuhmu yang bergabung. Ketika kamu gembira dan bersukacita, wajahmu mencerminkan keadaan batiniahmu itu. Dan ketika jiwamu penuh beban dengan ketakutan, kerugian, kesesakan, atau kekhuatiran, wajahmu dan tubuhmu akan menyatakannya juga (1Sam 1:10,18).
Ketika kamu gembira dan teruja, sama ada dipengaruhi keadaan atau kerana ikhtiar, kamu ada lebih tenaga, cahaya, dan kehidupan. Dan wadah yang menyegarkan ini adalah kerap kali mudah berjangkit kepada orang di kelilingimu. Dengan cara yang sama, ketika kamu sedih dan kecewa, kamu ada kurang tenaga, kuasa, atau ikhtiar. Dan penampilan yang murung ini juga menyeret orang lain yang di kelilingmu ke bawah.
Apakah pelajarannya? Orang berhikmah akan memerintah rohnya supaya mengekalkannya daripada dipatahkan (Ams 25:28). Jika dia rasa sedih tentang apa pun, dia tidak akan membenarkan itu untuk membinasakannya (2Kor 4:9). Dia akan mengingat amaran untuk menangis tanpa tangisan itu mempengaruhinya dengan teruk (1Kor 7:30). Dia akan memilih hati yang girang bagi pendekatannya kepada kehidupan kerana itu membawa pesta terus-menerus (Ams 15:15).
Kebahagiaan ialah pilihan. Kepuasan ialah pilihan. Kasih ialah pilihan. Harapan ialah pilihan. Kesyukuran ialah pilihan. Perangai adalah lebih penting daripada apa pun keadaan. Menguasai rohmu menunjukkan kehebatan (Ams 16:32), dan dengan berbuat demikian kamu dapat mengekalkan suatu hati yang girang untuk wajah yang ceria. Walaupun disiplin diri sudah tidak lagi diajar, kamu harus belajar itu.
Apakah pelajarannya? Orang berhikmah akan menimbang dan akan menanggapi jiwa orang lain dengan wajah luaran mereka. Kawan-kawan sejati dilahirkan untuk masa kesusahan, dan mereka akan bersiap sedia membantu pada masa dukacita atau masa keperluan (Ams 17:17). Ia tugas orang Kristian untuk menimbangbila-bila seseorang ahli gereja yang lain mungkin sedang berduka (Rom 12:15; 1Kor 12:26; 1Tes 5:14; Ibr 10:23-25).
Orang berhikmah belajar untuk cam titisan air mata yang ada pada badut. Walaupun mungkin adanya senyuman luaran dan tenaga fizikal, mereka mempertimbangkan orang lain dengan cukup teliti untuk menyukat roh mereka dengan lebih baik daripada hanya sekilas pandang. Ini memakan masa, tenaga emosi, pengalaman, dan sikap mengambil berat – tanda-tanda kasih sejati. Adakah kamu kenal jika sesiapa pada hari ini ada hati kesusahan yang dapat kamu sembuhkan?
Hanya ada satu doktor hati yang sejati di alam semesta. Adakah kamu mengenalNya? Orang lain tahu sangat sedikit, dan mereka hanya berurus dengan jantung dalam dadamu. Doktor lain ini ada kuasa untuk dengan mudah memenuhimu dengan kasih, sukacita, damai sejahtera, harapan, dan segala jenis ciri-ciri ajaib yang lain untuk melapangkan hatimu dan mencergaskan tenaga pada wajahmu. Adakah kamu mengenal Dia?
Bagaimanakah kamu dapat hati yang girang? Ia merupakan pilihan! Allah syurgawi yang murah hati mengharapkan kamu bersukacita bagi apa yang telah Dia buat bagimu (Kis 14:17; Maz 4:7; Flp 4:4). Jika kamu mengenalNya, bagaimanakah mungkin kamu tidak menjadi puas hati dan teruja (Maz 73:25-26; Yer 9:23-24; Ibr 13:5-6)?
Dengan hatimu berada dalam keadaan yang betul, keutamaan-keutamaan Solomo memang masuk akal (Ams 15:16-17). Dengan adanya hidup kekal sebagai pemberian Allah dan dengan adanya syurga menanti-nantikanmu, apakah yang mungkin dapat menjadikanmu murung? Dan dengan perawakan yang ceria, kamu memberi bukti visual akan keunggulan agama Kristian. Senyumlah!