Amsal · Proverbs

15:12
Seorang pencemuh tidak mengasihi orang yang mencelanya: dan dia juga tidak akan pergi kepada orang berhikmah.

Responmu terhadap orang yang memperbetulkanmu menyatakan banyak tentang perangaimu. Ke mana kamu pergi untuk mencari nasihat pun mendedahkan perangaimu. Jika kamu membenci teguran, atau jika kamu mengelak orang yang salih dan yang berhikmah ketika memerlukan bantuan atau nasihat, maka kamu seorang pencemuh. Kamu juga boleh menyukat orang lain dengan dua pertimbangan itu.

Orang bebal adalah jahat, dan Salomo memakai banyak amsal untuk menyatakan sikap mereka dan mengutuk mereka. Tetapi para pencemuh lebih teruk. Orang bebal adalah degil dan bodoh, tetapi pencemuh memandang hina pembetulan dan membenci orang yang memperbetulkannya. Seorang pencemuh ialah orang yang paling buruk yang dinyatakan dalam kitab Amsal.

Pelajaran ini ialah dua ciri para pencemuh. Mereka membenci penegur, dan mereka mengelak orang berhikmah. Sikap tidak hormat dan suka mengelak kerap kali ialah tanda-tanda pemberontakan. Para pemberontak benci untuk diajar atau ditegur, maka mereka juga membenci orang yang cuba mengajar dan mencela mereka. Mereka tidak akan pergi kepada para pengajar dengan rela; mereka tidak mahu diberitahu bahawa gagasan-gagasan mereka dan jalan-jalan mereka adalah bebal dan salah.

Orang-orang baik suka orang yang mengajar dan menegur mereka (Ams 9:8; 25:12; 27:5-6,9; Maz 141:5; Yoh 3:21), tetapi orang-orang bebal dan pencemuh membenci orang tersebut (Ams 9:7-8; 12:15; 23:9; 2Taw 18:7; Amo 5:10; Yoh 3:20). Ketika orang membenci atau mengelak pemimpin atau guru yang baik, kamu sudah besar kemungkinan telah menemui seorang pencemuh. Kamu hidup di dalam generasi pencemuh, dan kamu boleh memerhatikannya.

Mengapakah kanak-kanak kadang kala memulaukan diri dan mengelak ibubapa? Mereka tidak mahu dosa-dosa mereka dinyatakan, dan mereka tidak mahu diperbetulkan (Ams 13:1; 15:10). Mengapakah adanya orang yang mengelak perhimpunan gereja atau memulaukan diri mereka di perhimpunan gereja? Mereka merupakan pencemuh yang memikir bahawa diri sendiri lebih unggul berbanding arahan yang diberikan dan orang yang berkumpul di sana.

Ibubapa yang berhikmah menyusul kanak-kanak yang mengelak mereka atau mengelak pembetulan mereka. Mereka juga memperbetulkan air muka atau bahasa gerak-geri yang menunjukkan semangat yang bongkak atau yang muram terhadap kekuasaan, arahan, atau pembetulan (Ams 19:25; 21:11). Kuntum cemuh dalam hati anak haruslah dicabut dengan cepat dan dengan menyeluruh, kecuali kamu ingin neraka di dalam rumahmu dan masa depanmu (Ams 21:24; 22:10; 24:9).

Bukan semua pencemuh mencemuh secara lisan dan secara langsung; kamu harus mengecam para pencemuh yang diam. Pemberontakan yang pasif dan yang berdiam ialah durjana yang setaraf dengan pemberontakan yang aktif dan yang bising, tetapi ia lebih sukar untuk dikesan dan ditangani berbanding pemberontak yang terang-terang pemberontak. Jangan membenarkan iblis peluang pintu masuk ini ke dalam rumah tanggamu, dengan memberi alasan untuk anak yang memulaukan diri, suram, atau berdiam kerana tidak menghadapimu dengan terus-terang.

Mengapakah banyak orang Kristian pada hari ini mahu kenikmatan, aktiviti, dan dongeng? Kerana mereka pencemuh, dan mereka membenci diberitahu apa yang harus dibuat di dalam kehidupan mereka oleh para pengkhutbah Alkitab (2Tim 3:1-7; 4:3-4). Mereka mahu apa yang muluk-muluk untuk memanjakan diri (Yes 30:9-11). Mereka tidak berjalan dalam jalan purbakala (Yer 6:16). Paulus punya nubuat yang memberi amaran kepada Timotius tentang masa yang membahayakan sedang digenapi di hadapan matamu. Adakah kamu sebahagian daripadanya? Atau adakah kamu berjuang menentangnya (Yud 1:3)?

Bagaimana pula dengan dirimu? Adakah kamu mengasihi teguran daripada ibubapa? Kawan? Pasanganmu? Pastormu? Ahli-ahli gerejamu? Jika tidak, mengapa tidak? Orang berhikmah suka teguran, kerana mereka tahu mereka tidak boleh menjadi berhikmah tanpa menghentikan tabiat atau fikiran yang buruk (Ams 9:8-9). Apakah dosa yang sedang kamu sembunyikan? Adakah kamu memiliki roh yang mencemuh dalam amsal ini yang melawan kekuasaan dan pembetulan?

TUHAN akan meremukkan para pencemuh, jadi jangan fikir kamu akan terlepas dengan roh yang durjana terhadap para penasihat (Ams 3:34; 15:10; 19:29; 29:1; Maz 18:26; Yes 29:20-21). Dia telah dengan murah hati dan dengan berbelas kasihan mengutus para penegur ini ke dalam kehidupanmu, dan kamu lebih baik menuruti hikmah Allah yang dibawa mereka kepadamu, sebab kalau tidak, padah yang disebut amaran Puteri Hikmah akan menimpamu (Ams 1:20-33; 8:32-36).

Mengapakah para pemimpin yang konservatif membenci Yesus Kristus dan menuntut supaya Pilatus menyalibkannya? Kerana Yesus menegur kemunafikan mereka, dan mereka menunjukkan bahawa mereka pencemuh yang keiblisan (Yoh 3:19; 7:7). Namun, Petrus dan yang lain tidak dapat dihilangkan meskipun melalui desakan berhikmah Yesus (Yoh 6:66-69). Adakah kamu setia dengan cara yang sama kepada Anak Allah dan teguran-teguranNya?

Orang Yahudi yang mengasihi pembetulanNya dan teguranNya telah dipecahkan untuk bertaubat oleh Putera kehidupan yang mulia, tetapi orang yang dihakimiNya kerana pemberontakan dan cemuhan mereka dikisar sampai menjadi serbuk (Mat 21:44; Mal 4:1-3). Betapa besar perbezaan kedua-dua orang tersebut! Rebahlah di hadapanNya pada hari ini dalam penundukan yang rendah hati.