Amsal · Proverbs

15:16
Lebih baik sedikit bersertakan takut akan TUHAN daripada banyak harta bersertakan masalah.

Perbetulkanlah keutamaan-keutamaanmu. Jalanilah hidup yang hebat. Tanggapilah maksud dan nilai amsal yang luar biasa ini. Raja yang paling berhikmah dan yang paling kaya memberi pandangan kepada hal memaksimakan kehidupanmu.

Salomo telah banyak bereksperimen dengan segalanya yang mungkin dalam kehidupan, membandingkan segala sesuatu dan hasil-hasilnya untuk kamu, supaya kamu boleh mengelak kerumitan dan kepedihan kehidupan yang tersalah arah. Salomo yang paling layak untuk berbuat demikian, kerana Allah telah memberinya hikma, kekayaan, kuasa, dan damai sejahtera yang paling besar.

Dia menyelami dirinya dalam segala kemajuan daripada pengetahuan kepada kenikmatan, daripada pembinaan kepada kemeriahan. Dia memiliki 1000 isteri, zoo sendiri, orkestra dan koir sendiri. Dia mengumpulkan kekayaan dan hartanah sehingga dia menjadi orang yang paling kaya di seluruh dunia. Dia cuba segalanya – dia menelaah kesan-kesan dan hasilnya dengan kepandaian dan dengan kebebalan. Penaakulannya akan kehidupan tidak ternilai.

Apakah yang disimpulkan Salomo selepas menguji segala jalan untuk kebahagiaan dan tujuan hidup manusia? Bacalah kesimpulannya: “Biar kita mendengar kesimpulan seluruh hal itu: Takut akan Allah, dan peganglah perintah-perintahNya: sebab inilah keseluruhan tugas manusia” (Pkh 12:13). Seharusnya tiada soalan-soalan dalam mindamu. Inilah apa yang paling penting untuk ditemuimu dan dipegangmu.

Apakah yang lebih baik – menjadi miskin dengan takut akan TUHAN, atau menjadi kaya tanpa takut itu? Jawapannya mudah. Dan pengarang pemahaman itu merupakan raja yang kaya. Takut akan TUHAN ialah kunci kepada kehidupanmu: ia merupakan ganjaran yang paling besar, dan ia akan menyelamatkanmu daripada masalah. Baik aset mahupun pendapatan tidak dapat membawa kepuasan, sukacita, dan berkat Allah yang dibawa takut akan TUHAN.

Apakah takut akan TUHAN? Ia kesungguhan untuk menyegani dan menyayangi Allah Sang Pencipta yang mengisi jiwa dengan keyakinan dan kenikmatan yang memuaskan. Ia membawa kepada kebencian dosa dan suatu keinginan kuat untuk kekudusan. Ia menimbulkan sikap yang takzim untuk membaca nas-nas kitabNya dan keinginan yang sungguh-sungguh untuk belajar lagi. Ia memimpin kepada kehidupan kesalihan dan kasih dengan buah roh yang tidak mampu dihasilkan dunia.

Takut akan Allah menghasilkan kehidupan salih dalam kebenaran dan hikmah. Maklum akan perbezaan itu dengan “masalah”. Takut akan Allah akan membawa damai sejahtera dan sukacita, keyakinan dan kepuasan, dan segala berkat syurga (Ams 10:22; Maz 112:1-3; 115:13; 128:1-6; 147:11; 145:19). Terjamin! Mengapakah kamu ingin apa pun lagi? Jangan biar dunia memperdayakanmu dengan kesia-siaan mereka yang berbohong.

Pertimbangkan hanya dua contoh berkat hasil takut akan TUHAN Jehovah. Pertama, ia merupakan dasar hikmah dan pengetahuan (Ams 1:7; 9:10). Oleh sebab itu, kamu akan menjadi lebih berhikmah daripada rakan-rakan atau guru-guru. Kedua, Allah selalu menyelami bumi untuk mencari orang yang takut akan Dia, supaya Dia dapat menunjukkan kekuatanNya dengan memberkati mereka (2Taw 16:9; Maz 112:1-3; 25:12-14).

Kekayaan dan kemakmuran sendiri ialah kesia-siaan dan kegemasan roh, seperti yang diakui Salomo dengan sungguh teliti. Tetapi ia sungguh lebih demikian dengan masalah yang berpunca daripada sikap tidak takut akan Tuhan (Ams 10:22; 12:21; 19:23). Kemiskinan pun merupakan kemungkinan yang baik, jika kamu takut akan Tuhan. Jika segalanya ini benar, dan ia memang benar, maka sikap penuh berhati-hati harus ada dalam hal mencari jodoh dan menjalani hidup dengan orang yang takut akan TUHAN (Ams 31:30).

Apa gunanya banyak wang yang kamu ada di bank, jika kamu sudah mengenal Allah Yang Maha Hidup dan AnakNya Yesus Kristus? Ia tidak penting apa yang kamu makan atau pakai, atau di mana kamu hidup. Takut akan TUHAN ialah anugerah dari syurga dalam jiwamu, sebab dunia tidak memilikinya (Rom 3:18). Allah dengan belas kasihan telah memilih untuk mengambilmu sebagai anak angkatNya dari antara banyak orang di dunia yang membenciNya dan yang menderhakaiNya.

Beribu-ribu orang martir, walaupun dibakar di tiang dengan perlahan dan dengan sakit sekali oleh musuh-musuh mereka, ada harapan dan damai sejahtera yang besar, sebab hati mereka dipenuhi dengan takut akan TUHAN. Mereka tidak akan tunduk kepada sesiapa pun, bersetuju dengan mana-mana pun ajaran sesat, atau menipu Juruselamat mereka atau nas-nas kitabNya daripada satu gram kemuliaan pun. Tiada aset atau pendapatan yang dapat membekalkan kelegaan yang dinikmati mereka.

Kebanyakan orang memikir, dan banyak orang Kristian bersetuju dengan bebal, bahawa keuntungan ialah kesalihan – kemajuan pastilah membuktikan berkat-berkat Allah dalam kehidupanmu (1Tim 6:3-5). Tetapi mereka sungguh salah, sebab Salomo mengajar bahawa Allah memberkati orang bebal dengan kemakmuran supaya menghakimi mereka (Ams 1:32). Ada peraturan lebih baik yang diperlukanmu: “Kesalihan bersertakan kepuasan ialah keuntungan besar” (1Tim 6:6).

Salomo telah menulis peraturan-peraturan yang serupa dengan amsal ini: “Lebih baik memiliki sedikit bersertakan kewajaran daripada pendapatan besar tanpa kewajaran” (Ams 16:8). “Lebih baik orang miskin yang menjalani hidup dengan kejujurannya, daripada dia yang babil dalam jalan-jalannya, walaupun dia kaya” (Ams 28:6). “Sedikit yang dimiliki orang benar lebih baik daripada kekayaan banyak orang durjana” (Maz 37:16).

Pencarian harta karun yang paling besar dalam kehidupan bukanlah untuk menjadi seorang jutawan, tetapi sebaliknya untuk mencari dan memperoleh hikmah, yang merupakan kemampuan untuk mengenal dan untuk melakukan apa yang betul dalam apa pun situasi. Dengan hikmah kamu boleh menyenangkan kedua-dua Allah dan manusia, dan kehidupanmu akan diberkati secara alamiah dan secara rohaniah. Di manakah hikmah ditemui? Bacalah Ayub punya penjelasan yang menarik minat dan yang panjang (Ayb 28:1-18).

Kamu baru diajar peraturan kehidupan oleh manusia yang paling berhikmah dan yang paling kaya. Kamu tidak mampu membayar upah sejam pun untuk nasihatnya, jika dia masih hidup dan sedang menjual nasihatnya. Tetapi dia menulis kepadamu dengan percuma. Apakah yang akan kamu buat? Akankah kamu menghanguskan diri dalam kerjaya untuk mengejar kekayaan? Atau akankah kamu mencari takut akan Tuhan melalui firmanNya dan para pengkhutbahNya untuk memaksimakan kehidupanmu?