Amsal · Proverbs

15:17
Lebih baik suatu hidangan sayur yang ada kasih, daripada lembu terkandang disertai benci.

Hanya sayur sebagai santapan utama? Jika kasih menyatupadukan hati di meja, maka ia dapat dijadikan seperti kenduri. Tetapi jika ada hadir kebencian, daging batang pinang yang berkualiti tinggi pun akan menghampakan. Beberapa keping sayur yang dinikmati bersampingan kasih lebih menyenangkan daripada suatu jamuan daging yang bersampingan rasa geram. Peraturan ini juga benar bagi sekeping roti yang kering, jika bersertakan ketenteraman daripada bersertakan persengketaan (Ams 17:1).

Sang Pengkhutbah, iaitu Raja Salomo, mengajar hikmah melalui perbandingan. Dengan membandingkan kebaikan satu perkara melebihi perkara yang lain, dia mengajar keutamaan yang bijak. Di dalam kes ini, kamu patut menghargai kasih lebih daripada makanan atau barang-barang. Menekankan kasih dan ketenteraman lebih penting daripada mencari suatu restoran yang enak dan memakai lebih wang. Orang miskin pun dapat berbahagia.

Berapa banyak hikmah ada padamu? Pengetahuan, pemahaman, dan budi bicara yang baik dapat menilai dan mengaturkan keutamaan tujuan-tujuan dan usaha-usaha harian supaya membahagiakan kehidupanmu dan jiwa-jiwa di sekeliling dirimu. Fikiran duniawi yang berbunyi, “maju-dengan-cara-apapun” atau fikiran duniawi yang berbunyi, “aku-lebih-suka-kekayaan” akan membinasakan diri. Berapa banyak orang yang kononnya sudah berjaya itu menderita kemurungan? Di sinilah ubatnya. Belajarnya pada hari ini juga.

Jika amsal ini ditulis oleh orang miskin yang kerap kali bersarapan sayur sahaja, pelajaran di sini mungkin dianggap remeh sahaja. Tetapi amsal ini telah ditulis oleh raja yang paling kaya pada zamannya. Dia dapat memilih apa pun sarapan yang mungkin ada setiap kali dia duduk untuk bersantap – lembu terkandang yang diberi makan biji-bijian dan dijadikan kurang bergerak supaya lebih kemarmaran dan cukup sedap rasanya. Salomo menikmati santapan setiap hari yang seorang yang miskin tidak mungkin bayangkan. Namun begitu, dia lebih menyanjungi kasih dan ketenteraman.

Pernahkah kamu memiliki jamuan bersertakan kepahitan, kebencian, perbalahan atau rasa geram? Ingatkah kamu ketegangannya? Ingat betapa tertekan dirimu? Dan bagaimana ia merosakkan apa yang patut menjadi suatu hal yang menyenangkan? Kamu mungkin terlupa apa yang dimakan kerana teringat-ingat suasana yang menyakitkan itu.

Pernahkah kamu makan yang enak sekali dengan hanya beberapa hidangan sederhana, sebab kamu mengasihi orang yang menyertaimu, dan yang berada bersamamu? Satu hidangan salad atau snek cukup memuaskan, hanya kerana suasana itu. Kamu mungkin terlupa apa yang dimakan kerana teringat-ingat kemanisan persekutuan teman-teman itu.

Banyak keluarga ada jamuan bersertakan perbalahan dan ketegangan. Ia menjadi tabiat namun mereka langsung tidak sedar akan kesilapan mereka itu. Perbalahan menjadi tradisi keluarga. Perbualan menjadi negatif dan kritik; anak-anak mungkin mengeluarkan kata-kata pedas untuk menyakitkan sesama diri; dan sesetengah mereka senyap-senyap muram di dalam keradangan yang terpendam. Tiada seorang pun yang ingin berada di sana. Hal-hal ini sama sekali tidak patut ada di rumahtangga yang Kristian.

Sikap iri hati yang pahit dan perbalahan adalah dari neraka (Yak 3:14-16), dan damai sejahtera dan kelemah-lembutan adalah dari syurga (Yak3:17-18). Jangan memperdayakan diri sendiri untuk memikir sebaliknya. Bencilah persengketaan dan perbalahan. Ia tugas dan kelebihan bagi para percayawan supaya mengejar kasih dan damai sejahtera, dan sebagai hasil, mereka dapat menikmati peristiwa-peristiwa yang lebih menyenangkan dan memuaskan berbanding dengan apa yang dapat direkakan dan dilaksanakan orangkaya dengan memakai barang-barang dunia.

Masyarakat-masyarakat moden yang tamak menekankan barang-barang dunia sebagai sukatan kejayaan. Tetapi Salomo mengajar di sini di dalam kata-kata yang singkat bahawa hidup yang bahagia tidak bergantung kepada apa yang kamu miliki, tetapi kasih yang kamu kongsikan. Kesalihan bersertakan kepuasan ialah untung yang besar (1Tim 6:6), tetapi hikmah yang diilhamkan syurga ini terlalu hebatuntuk difahami orang dunia yang berpelajaran.

Banyak orang menilai suatu jamuan dengan status restoran, berapa banyak hidangan, atau betapa kreatif dan mahal hidangan utama. Tetapi apa yang patut dianggap lebih penting ialah persekutuan dan perhubungan-perhubungan antara tetamu-tetamu. Maka, apa di dalam menu pun tidak penting. Pelajaran hidup ini tidak patut sesekalipun dikompromikan. Dan oleh itu, kekecewaan hidangan atau bil yang mahal tidak mungkin memberi kesan kepada kenangan jamuan itu sebab sebaliknya, ia berdasarkan persekutuan yang mengasihi.

Berapa banyak jamuan yang telah dirosakkan oleh perempuan yang suka berbalah (Ams 12:4; 19:13; 21:9,19; 27:15-16)? Apakah yang diingati anak-anak mereka? Berapa kerap kali anak mereka ingin melawat dan berjamuan bersama seorang mak yang suka menguasai, mengkritik, dan jelek sekali? Kasihanilah suami itu yang tidak dapat meninggalkan dia dan berpindah keluar seperti anak-anak, tetapi kena menahan derita setiap hari kerana isterinya.

Memandangkan bahawa perempuan yang biasanya menyiapkan jamuan, dan memandangkan suatu jamuan yang baik walaupun memakai bahan-bahan yang sederhana banyak memakai usaha untuk merancang, membeli, menyedia, dan mencuci, maka lelakilah yang patut menentukan bahawa anggota-anggota keluarganya mengasihi satu sama lain dan ada damai sejahtera. Suami! Bapa! Kamu patut memperbetulkan apa yang salah, sembuhkan luka, damaikan persengketaan, peliharalah kedamaian, dan sanjungilah kasih. Usaha bekerjasama ini patut dijadikan tradisi keluarga dan pasukan pelayan-pelayan ini patut disegani.

Saudara-saudara yang bersatu-padu sangat berharga (Maz 133:1-3), tetapi apabila ia dinikmati bersampingan makanan, ia memang sangat istimewa, tak kira apa pun yang dihidangkan. Ia persekutuan jenis syurgawi. Carilah sukacita dan kesatuan hari Pentakosta dengan persekutuan yang manis di rumah demi rumah (Kis 2:46). Ikatan di dalam Yesus Kristus dan kebenaran injil jauh melebihi perhubungan-perhubungan lain.

Apakah yang patut kamu buat pada hari ini untuk memperbetulkan dan menyempurnakan perhubungan di dalam rumahmu? Dengan kasih dari semua arah, apa yang dihidangkan itu menjadi sungguh tidak berkenaan. Adakah kamu menyinggung orang lain? Adakah orang lain menyinggung kamu? Adakah kamu menyimpan dendam? Penyelesaiannya memang mudah, oleh rahmat Tuhan Yesus (Ams 19:11; Mat 5:23-24; 18:15-16; Efe 4:31-32; Kol 3:12-15).

Siapkan suatu hidangan yang senang dikenangi dirimu dan orang yang kamu kasihi, tanpa berbelanja besar atau berusaha banyak. Galakkan damai sejahtera dan kesatuan, dan giatkan kasih terhadap satu sama lain – tak kira apapun yang kamu makan. Hasilnya akan menjadi salap kepada setiap jiwa yang hadir dan kesenangan sukacita yang terpendam pada setiap hati.