16:29
Orang ganas menggoda jirannya, dan memimpinnya ke jalan yang tidak baik.
Adakah kamu memahami keganasan? Perkataan “keganasan”? Konsep keganasan? Ada lebih maksud kepadanya daripada apa yang ditonton gambar wayang yang ganas.
Manusia suka menggolong dan memberi pangkat kepada dosa untuk memperbenarkan diri mereka sendiri, dan ini termasuk perkataan dan konsep keganasan. Relakah kamu membenarkan Allah dan Salomo mengajar kamu hikmah di sini?
Konteks amsal ini telah mengutuk orang yang tidak salih kerana mengorek kejahatan tentang orang lain dan mengongsikannya (Ams 16:27), orang yang rewel kerana menabur persengketaan, dan seorang pembisik kerana mencerai-beraikan kawan karib (Ams 16:28). Amsal yang sedang dikaji kita ini mengutuk orang ganas.
Keganasan sudah tentu boleh bermaksud pemakaian daya fizikal untuk menyebabkan kesakitan badaniah, untuk membinasakan harta benda, atau untuk bercampur tangan dengan kebebasan peribadi. Walau bagaimanapun, keganasan juga mungkin bermaksud kesakitan yang lain kepada orang, seperti merosakkan moral mereka dan memimpin mereka untuk membuat sesuatu yang salah.
Kedua-dua jenis keganasan adalah salah, Orang yang mampu berbuat mana-mana dua jenis keganasan itu harus dielakkan. Kaedah-kaedah orang-orang demikian patut diterangkan, dikenalpastikan, dan dikutuk. Orang yang mencari jalan melukakan orang lain dengan cara apa pun adalah durjana dan patut jelas-jelas ditandai sebagai orang yang berbahaya.
Orang ganas tidak berpuas hati untuk kekal ganas bersendiri – mereka mahu menggoda yang lain untuk menyertai mereka di dalam penyalahgunaan dan penglukaan kepada orang lain sama ada secara badaniah ataupun secara moral (Ams 1:10-19). Mereka memakai pelbagai jenis undangan dan perbenaran untuk meyakinkan orang yang mudah terpengaruh untuk menyertai mereka di dalam dosa-dosa mereka.
Hasilnya ialah “jalan yang tidak baik”. Inilah kiasan dalam pertuturan yang dipanggil sebagai meiosis atau litotes: sengaja kurang menyatakan sesuatu (Ams 17:26; 18:5). Secara literal, orang ganas dapat membawa orang kepada kebebalan dan kedurjanaan, suatu hasil yang lebih teruk daripada semata-mata “tidak baik”. Allah telah melemaskan bumi dengan Banjir kerana mencemarkan jalanNya di bumi ini (Kej 6:11-13).
Pertimbangkan suatu contoh. Orang yang semata-mata dipanggil perancang keluarga memberi nasihat kepada perempuan supaya menggugurkan anak. Ini merupakan orang yang ganas dalam maksud menyakiti secara badaniah – mereka mahu menumpahkan darah orang yang tidak bersalah, maka mereka menggoda perempuan bebal dengan bohong yang awal-awal dirancang supaya membantu membunuh bayi mereka.
Bagaimana pula dengan lelaki muda yang memakai, “Aku cintamu”, untuk merampas keperawanan seorang perempuan? Adakah lelaki itu berbuat ganas kepada perempuan itu? Dia telah menurunkan nilai perempuan itu, dan perempuan itu langsung tidak akan mendapatkan keperawanannya semula (Ula 21:14; 22:24,29). Dia telah melakukan itu dengan godaan, dan dia memimpin perempuan itu ke dalam perzinaan – salah satu lagi jalan yang tidak
Alkitab berbicara tentang keganasan perkahwinan ketika hukum-hukum penceraian dipakai untuk membuang pasangan berwaad supaya dapat memikat orang lain (Mal 2:16). Allah membenci penyalahgunaan hukum penceraian untuk keluar daripada perkahwinan yang betul atau untuk masuk ke dalam suatu perkahwinan lain – Dia memanggilNya pengkhianatan nikah (Mal 2:10-16).
Alktiab berbicara tentang keganasan kepada hukum Allah (Zep 3:4). Guru palsu yang menyalahgunakan nas-nas kitab adalah tepat-tepat sepadan dengan amsal ini (Mal 2:7-8). Sudah tentulah, mereka memakai kata-kata godaan untuk memangsakan orang yang mudah terpengaruh, terutamanya perempuan (Rom 16:17-18; 2Tim 3:6-7). Paulus takut bahawa gereja-gereja Efesus dan korintus akan jatuh ke dalam godaan mereka (Kis 20:28-31; 2Kor 11:1-4).
Biarlah keluasan amsal ini menjadikanmu takzim – para penasihat kesihatan seksual, orang yang berdating dengan lelaki yang paling cool, penasihat perkahwinan yang mencadangkan perpisahan, dan pastor-pastor popular yang mengajar doktrin palsu. Dapatkah kamu mengenalpastikan mereka? Sudahkah kamu menandai mereka? Adakah kamu menolak dan mengelak hal-hal ini dan para penggoda yang lain (2Tim 3:13; Gal 1:6-9)? Pernahkah kamu melakukan apa pun dosa keganasannya?
Daripada jalan-jalan penggoda apa pun yang jahat, carilah jalan-jalan purba dan jalan baik, di mana kamu dapat menyenangkan Allah dan mendapat isitirahat bagi jiwamu (Yer 6:16). Bagaimanakah kamu dapat mencari jalan-jalan sedemikian? Di dalam firman tertulis Allah, Alkitab, yang patut kamu pakai untuk menghakimi segalanya yang didengarmu, tidak kira betapa menggoda bunyinya (Maz 119:128; Yes 8:20).
Biar perkataan-perkataan Yesus Kristus mengekalkanmu di jalan yang betul, dengan langsung tidak menyukat dengan kepopularan, “Masuklah, kalian, melalui pintu yang suntuk: sebab lebarnya pintu itu dan luasnya jalan itu yang memimpin kepada kebinasaan, dan ada banyak yang masuk melaluinya. Sebab suntuknya pintu itu dan sempitnya jalan itu yang memimpin kepada kehidupan, dan hanya segelintir yang menemuinya” (Mat 7:13-14).