Amsal · Proverbs

16:28
Orang rewel menabur persengketaan: dan seorang pembisik mencerai-beraikan kawan yang rapat.

Henti! Berhenti bercakap buruk dan negatif tentang orang lain. Jika kamu tidak dapat sebut apa pun yang baik, maka jangan sebut apa pun. Hanya orang yang degil dan cabul bergosip dan mengumpat. Kamu harus membenci apa pun fikiran memrogol dan membunuh – tetapi memfitnah dan membawa mulut ialah kedua-duanya. Daripada merosakkan tubuh orang, ia merosakkan nama baik (reputasi) orang, dan ia merosakkan sukacitanya, damainya, dan perhubungan dengan kawan-kawannya. Berhentilah!

Bergosip membinasakan keluarga, gereja, perniagaan dan sahabat. Orang babil adalah jahat, jelek, dan tidak munasabah. Dia suka menyebabkan perpecahan dengan menyebarkan desas desus, sindiran, rahsia atau dusta tentang orang lain. Jika kamu benci orang sedemikian, kamu juga ditemani orang yang baik, yakni Allah kerana Dia membenci mereka (Ams 6:16-19). Dia mencela para pemborak jahat ini di dalam kedua-dua wasiat (Ams 10:18; 11:13; 18:8; 20:19; 26:20-26; Maz 50:20-22; 101:5; Ima 19:16; Rom 1:29-30; 2Kor 12:20).

Apa yang orang sebut sebagai gosip, Alkitab menyebut sebagai, mengumpat, kecurigaan yang jahat, membawa mulut, dan membisik. Istilah-istilah yang serupa ini menjelaskan dosa menyebarkan rahsia tentang orang lain supaya meresahkan, menghina, memisahkan, melukakan, atau menjejaskan mereka. Memfitnah ialah perbuatan menyebarkan maklumat palsu supaya merosakkan nama baik orang. Kedua-dua dosa itu menyebabkan persengketaan dan masalah, dan ia memisahkan kawan rapat dengan mendedahkan fakta peribadi, dosa yang telah diampuni, atau betul-betul dusta tentang sahabat.

Jangan sesekali pun memakai perkataan untuk membinasakan orang lain kecuali betul-betul diperlukan (1Kor 1:11). Jika kamu tahu dosa orang lain, sembunyikannya daripada orang lain (Ams 11:13). Tutupinya daripada mendedahkannya, supaya menyanjungi kasih (Ams 17:9). Jika kamu ada masalah dengan orang lain, maka tutup mata terhadap pelanggaran itu atau kendalikan masalah itu dengan dia sahaja (Ams 10:12; 19:11; 25:9-10; Mat 18:15). Jika kamu tidak takut atau benci gosip, ingat bahawa Allah menganggap kata-kata yang memburukkan orang sebagai perbuatan membunuh (Mat 5:21-22).

Jika kamu mendapati orang sedang memburukan nama orang lain, hentikan dosa itu dengan jawapan yang marah (Ams 25:23). Kamu akan berbuat apa pun untuk menghentikan perbuatan merogol atau membunuh, dan jenayah ini berkaitan dengannya, jadi bertindak dengan tegas terhadap kedurjanaan mulut juga. Jangan sesekalipun membiarkan pengumpat, pembawa mulut, atau pembisik terlepas dengan perbuatan jenayah mereka di kehadiranmu.Jika kamu betul-betul mengesan orang kejam sedemikian, singkirkannya, kerana dia hanya akan membawa masalah kepada kehidupanmu (Ams 26:20-28).

Berhati-hati dengan media-media sosial. Berhati-hati dengan perbuatan menyampaikan sms, tweet, mesej, blog, mengirim emel semula, dan memberi komen / ulasan. Tidak pernah ada peluang yang sebegitu mudah untuk melanggari amsal ini daripada peluang teknologi zaman kini untuk menyebarkan kata-katamu kepada seorang atau banyak orang. Dosa kerap kali berlaku oleh apa yang orang hantar ulang alik melalui telefon bimbit pintar atau komputer mereka. Ciptaan pintar yang moden ini memang memudahkan kehidupan, tetapi kerap kali merupakan alat bagi dosa-dosa mulut.

Orang salih tidak memburukkan orang lain dengan kata-kata yang menceraikan orang (Maz 15:3). Walaupun perilaku seseorang nampak curiga, orang salih percaya dan berharap segala yang baik tentang orang itu supaya mengelakkan fikiran yang buruk tentang mereka (1Kor 13:4-7). Inilah cara yang paling salih, yang paling damai, dan yang paling berjaya untuk hidup. Dengan pilihan menjadi seorang pendamai, kamu merupakan anak Allah yang benar (Mat 5:9; Yak 3:17-18). Sucikanlah hatimu, dan biar ia menghasilkan kata-kata yang baik setiap kali untuk memenangi keredaan raja pun (Ams 22:11; Kol 4:6).