Amsal · Proverbs

16:8
Lebih baik memiliki sedikit bersertakan kewajaran daripada pendapatan besar tanpa kewajaran.

Apakah yang akan menjadikan hidupmu lebih baik? Lebih wang? Atau lebih kewajaran? Jawapanmu menyatakan jika kamu berhikmah atau tidak. Jika kamu fikir bahawa lebih wang akan memajukan kehidupanmu, meskipun kamu mengkompromikan apa yang betul untuk mendapatkannya, maka kamu orang yang bebal. Jika kamu rela untuk menerima kurang daripada apa yang kamu ada sekarang, asalkan kamu dapat ada lebih kewajaran, maka kamu berhikmah. Fikir tentang pelajaran ini.

Kehidupan ialah siri pilihan yang berdasarkan keutamaan. Keutamaan yang berhikmah akan membawa kepada pilihan yang berhikmah yang kemudian akan menghasilkan kehidupan yang berjaya. Allah memberi sistem penilaian untuk keutamaan manusia, dan Salomo mengesahkannya dengan eksperimen dan pemerhatian yang menyeluruh. Tetapi hanya sesetengah lelaki dan perempuan hebat menyelaraskan keutamaan-keutamaan mereka kepada keutamaan Allah dan membuat pilihan-pilihan yang berhikmah (Ams 13:7; 28:6).

Bagaimanakah kehidupanmu menjadi lebih baik? Ia dapat menjadi lebih baik dengan beberapa cara. Pertama, kamu boleh menjadi lebih bahagia, lebih berpuas hati, dan penuh dengan damai sejahtera dan sukacita tanpa rasa salah atau malu. Itulah cara yang hebat untuk menjalani hidup. Kedua, Allah akan berkenan dan memberkati kehidupanmu, jika kamu menjalani hidupmu menurut standard-standard kewajaran Allah. Ketiga, kamu akan membangunkan suatu reputasi yang baik dengan manusia dengan cara yang sama. Jadi, pelajarannya adalah mudah, suatu kehidupan yang berjaya tidak disukat dengan apa yang dimilikimu tetapi dengan berapa banyak kamu menjalani kehidupan dengan kewajaran.

Mengapakah hanya sebegitu kecil bilangan orang menjalani kehidupan yang berjaya di hadapan Allah dan manusia? Itu kerana keutamaan-keutamaan dunia adalah bertentangan dengan keutamaan Allah! Dunia menyukat kejayaan dengan pendidikan kolej, kejaya yang berjaya, rumah yang selesa, dan persaraan yang baik, tanpa apa pun pertimbangan bagi kewajaran Allah. Tuhan menyukat kejayaan melaui tahap kesalihan bersertakan kepuasan (1Tim 6:6). Bagaimanakah matlamat-matlamat ini bertentangan? Sepenuh-penuhnya! Sampai tahap kemiskinan mana yang rela ditanggungmu supaya menjadi wajar?

Salomo memiliki lebih wang dan kuasa daripada apa pun yang Bill Gates boleh bayangkan. Dia ada 1,000 isteri. Kitab Pengkhutbah mencatatkan pencariannya bagi tujuan manusia dalam kehidupan. Dia mengakhiri siasatannya dengan kesimpulan bahawa takut akan Allah dan berpegang kepada perintah-perintahNya ialah keseluruhan tugas manusia (Pkh 12:13-14). Dia menulis amsal ini yang di atas, kerana dia mendapati bahawa kekayaan itu sia-sia dan mengeramkan, dan dia tahu bahawa setiap orang akan memberi perhitungan bagi perangainya di bumi.

Kewajaran haruslah menjadi keutamaan yang lebih tinggi daripada pendapatan yang besar. Menyenangkan Allah haruslah lebih penting daripada kekayaan yang besar. Jika itu benar, maka kamu akan membuat keputusan supaya wajar dan bukan supaya kaya. Kamu akan memakai Hari Ahad untuk Tuhan. Kamu akan jujur sepenuh-penuhnya. Kamu akan mengelak orang durjana, tidak kira betapa mesra atau berjaya orang itu. Kamu akan memberi dengan murah hati kepada Tuhan dan orang miskin. Kamu akan menabung, mengelak hutang, dan membenci penajajaminan. Kamu akan memakai lebih masa untuk pengakuan dosa, renungan, doa, dan penyelidikian diri sendiri lebih daripada masa untuk bekerja.

Pertimbangkan Lot dan Abraham. Lot telah memilih dataran-dataran lembah Yordan untuk kelebihan dalam hal kewangan, meskipun Sodom berada di sana (Kej 13:10-13). Dia akhirnya kehilangan segalanya lalu hidup di dalam gua dengan kepiluan percabulan yang teruk sekali (Kej 19:30-38). Abraham mengambil tanah yang lebih miskin, tetapi dia sahabat Allah dan bapa Ieluhur Israel. Walaupun kedua-dua orang itu orang pilihan Allah, Lot telah merosakkan dan membazirkan kehidupannya; Abraham pula menerima kurang supaya menjadi hebat di pandangan Allah. Mana satu orang yang kamu ingin jadi?

Musa menolak kenikmatan dan kekayaan Mesir, supaya dapat berada dengan umat Allah dan mencari kekayaan Kristus (Ibr 11:24-26). Tetapi seorang penguasa muda memalingkan dirinya daripada Anak Allah Sendiri, hanya kerana dia terlalu mengasihi kekayaan (Mat 19:16-26). Musa dikenal dengan namanya sampai kepada hari ini dan dihormati sebagai orang yang hebat, tetapi penguasa yang bebal itu dengan keutamaan yang salah ialah contoh yang namanya pun tidak dikenali supaya dijadikan teladan yang tidak harus kita ikut. Mana satu orang yang kamu ingin jadi?

Jika kamu takut akan Allah dan rindu untuk menyenangkanNya, maka kamu akan dengan membara memilih untuk menjadi Abraham dan Musa melebihi menjadi seperti Lot dan orang bebal yang kaya itu. Tetapi ada lebih banyak di dalam persamaan ini, sebab usaha menyerahkan kehidupan alamiahmu demi Tuhan akan membawa berkat-berkat rohaniah, dan usaha untuk menyelamatkan kehidupan alamiahmu akan membawa kerugian rohaniah (Mat 16:24-26). Tidak pernah seorang pun yang kehilangan pendapatan demi Tuhan tidak diganjari di sini dan di dunia akhirat (Mar 10:28-30).

Bagaimanakah sedikit dengan kewajaran lebih baik daripada pendapatan besar tanpa kewajaran? Berapa banyak jumlah wang pun tidak dapat memberi pampasan untuk hati nurani yang ternoda kesalahan. Berapa banyak jumlah wang pun tidak dapat memberi pampasan bagi kerugian berkat-berkat rohani. Berapa banyak jumlah wang pun tidak dapat membeli fikiran keluargamu semula untuk menjauhi fikiran yang badaniah dan yang materialistik. Berapa banyak jumlah wang pun tidak dapat melepaskan jiwamu daripada sifat perdayaan kekayaan (1Tim 6:6-10). Berapa banyak jumlah wang pun tidak dapat menyelamatkanmu pada Hari Penghakiman.

Siapakah yang kamu lebih suka jadi, orang kaya yang makan mewah setiap hari, sementara memakai kain lenan dan kain ungu, atau pengemis Lazarus, yang berbaring merana kelaparan di pintu gerbangnya dan yang ada banyak kudis yang dijilat anjing-anjing liar? Di sinilah perbandingan yang ekstrim yang membandingkan pendapatan yang sedikit dengan pendapatan yang besar. Tentulah kamu menghargai hakikat tempat abadi mereka di akhirat secukupnya untuk memilih Lazarus. Tetapi dengan iman, harapan, sukacita, dan damai sejahtera oleh Roh, Lazarus juga lebih bahagia di dunia ini.

Nazar kepapaan oleh paderi dan biarawati Rom tidak berkaitan di sini, sebab itu sudah cukup jelas palsu: tiada paderi atau biarawati yang disebut Wasiat Baru – ada hanya pastor dan diaken (1Tim 3:1-13; Flp 1:1). Allah telah dengan kaya memberi kepada kita segalanya untuk dinikmati (1Tim 6:17-19), dan para hamba Allah layak untuk diupah (1Tim 5:17-18; 1Kor 9:3-11). Tiada apa pun yang wajar tentang kemunafikan hidup biara yang mengikuti bohong-bohong keiblisan untuk mengelak makan daging dan melarang perkahwinan (1Tim 4:1-3; Kol 2:18-23).

Kamu sudah membuat pilihan-pilihan pada hari ini, dan akan membuat lebih lagi pilihan. Apakah keutamaan yang menentukan pilihan-pilihan dan keputusan-keputusanmu? Sudahkah kamu terpengaruh dengan sistem penilaian dunia, atau adakah kamu setia kepada sistem penilaian Jehovah dengan segenap hatimu? Amsal yang ada di depanmu ialah hukum yang pasti untuk keutamaan berhikmah. Pastikan bahawa kamu sedang memilih dan menghargai kewajaran melebihi pendapatan, sebab kalau tidak, kesudahanmu akan menjadi seperti Lot, orang muda kaya yang bebal itu, atau orang kaya yang di neraka itu.

Buat pilihan yang lebih baik setiap hari, dan kamu akan ada kehidupan yang lebih baik, sebab kehidupan ialah rantai pilihan-pilihan harian. Lakukanlah apa yang wajar, dan biar Allah menanggung hal pendapatanmu. Jangan mengkompromikan kewajaran supaya dapat maju, sebab pilihan sebegitu untuk mendapat keuntungan langsung tidak akan berjaya untuk jangka masa panjang (Ams 15:27; 20:21; 28:21-22; 11:19). Orang yang demikian sedang membinasakan diri. Jika kamu menghormati Allah, Dia juga boleh menjadikanmu kaya dengan cara yang kamu tidak dapat lihat sekarang (Ams 10:22).

Apakah masa depan kehidupanmu? Kehidupan yang lebih baik seperti orang benar, dengan berkat-berkat Allah bagi segalanya yang kamu buat? Atau kehidupan yang terkutuk seperti orang yang tamak untung, yang kehilangan hati nurani dan damai sejahtera, dan Tuhan mengambil perolehan/hasilnya dan memberi itu kepada orang yang mematuhi perintah-perintahNya? Pilihan itu terpulang kepadamu – kesan-kesannya sudah dicatat Salomo -apakah yang akan dilakukanmu?