Amsal · Proverbs

16:7
Apabila jalan-jalan seseorang menyenangkan TUHAN, dia menjadikan musuh-musuhnya pun berdamai dengannya.

Adakah kamu tahu bagaimana untuk mendamaikan musuh-musuh? Solomo mengajar suatu pelajaran yang bernilai oleh amsal ini. Kamu boleh menenangkan, meyenangkan, dan melegakan para musuh dengan pengetahuan ini. Akankah kamu menganggap ini sebagai hikmah yang berilham? Berurus dengan para musuh ialah bahagian kehidupan yang penting dalam kehidupan, dan bagi tujuan kamu memaksimakan kejayaanmu, kamu memerlukan pelajaran ini. Bawalah kuasa yang luar biasa untuk mempertahankanmu.

Allah akan memberkati perhubungan-perhubunganmu yang paling sukar, jika kamu hidup dengan benar dan dengan berhikmah. Hidup salih termasuk melayani orang dengan betul, yang secara am membawa kesan damai sejahtera yang semula jadi. Tetapi amsal ini mengajar lebih daripada itu. TUHAN sendiri akan menenangkan musuh dan melindungimu daripada jenis musuh yang ganas kerana ketaatanmu. Ada dua berkat untuk menjalani kehidupan yang berhikmah – kamu bertumbuh dalam keredaan dengan kedua-dua Allah dan manusia (Ams 3:3-4; Luk 2:52).

Ini merupakan peraturan am dengan kekecualian. Yesus Kristus selalu menyenangkan Allah, namun orang Yahudi dengan tidak adil membenciNya dan memakai orang Rom untuk menyalibkanNya. Tujuan Jehovah yang lebih tinggi untuk melukakan Yesus supaya menyelamatkan orang pilihan menggantikan amsal di sini. Orang kudus telah dianiaya dan para matir dibunuh untuk kemuliaan Allah yang lebih besar dan bagi keuntungan jiwa kedua-dua pihak itu. Tetapi jika segala apa pun yang lain adalah setara, maka amsal ini benar – kewajaran akan membawa damai sejahtera dan perlindungan.

Jalan seseorang menyenangkan TUHAN, ketika dia hidup dengan iman (Ibr 11:6). Hidup dengan iman ada dua aksiom yang asas – Allah wujud, dan Alalh mengganjari ketaatan yang tekun. Ia dipakai dalam kehidupan harian secara sungguh-sungguh percaya dan mengikuti Alkitab dalam setiap hal, iaitu hidup dengan mematuhi perintah-perintah Allah dan peraturan-peraturan hikmah (Maz 34:12-16; 111:10; Pkh 12:13). Bahayamu yang paling besar ialah murka Allah, dan bukan kemarahan musuhmu. Senangkan Dia untuk mengelak kedua-dua itu!

Musuh ialah orang yang membencimu. Ia mungkin tidak teruk seperti seorang ahli keluarga yang beriri hati denganmu. Ia mungkin ekstrim seperti seorang yang gila yang berniat untuk membunuhmu. Bangsa-bangsa ada bangsa yang lain sebagai musuh. Dalam setiap kes dan pada setiap waktu – Allah mengawal hati semua orang, termasuk musuh-musuhmu (Ams 21:1). Dia dapat melepaskan atau menahan murka mereka (Yos 11:20; Maz 76:10). Iblis pun kena merayu kepada Allah untuk menyentuh Ayub atau babi (Ayb 1:9-12; Mar 8:31). Ada makhluk yang diciptakan yang jauh lebih besar daripada mana-mana manusia yang sedang melayanimu (Maz 34:7; Ibr 1:14). Taruhlah kepercayaanmu kepadaNya.

Pertimbangkan beberapa contoh. Allah mengubahkan Laban daripada seorang musuh yang mengejar kepada bapa mentua yang saling bersetujuan (Kej 31:22-55), dan Dia meleburkan hati Esau yang ingin bunuh Yakob kerana Yakob percaya dalam Tuhan (Kej 27:41; 33:1-4). Tiada mana satu musuh yang mengingini harta milik Israel, ketika Israel bersembahyang tiga kali setahun (Kel 34:23-24). Allah membenarkan Solomo untuk ada pemerintahan yang sungguh besar dengan damai sejahtera, supaya dia dapat mengejar kajian filsafatnya (1Raj 4: 21-25; Pkh 1:12-18).

Yusuf ada damai dengan tuannya, pemenjaranya, dan Firaun (Kej 39:1-6,19-23; 41:38-45). Orang Filistin pun belajar untuk mengasihi Daud, ketika Daud bersembunyi daripada Saul (1Sam 21:10-15; 27:5-7; 29:1-11). Daniel dimakmurkan di bawah kedua-dua kerajaan Babel dan kerajaan Parsi (Dan 1:21; 6:28). Ester dan Mordekai telah dinaikkan pangkat kepada pangkat yang paling tinggi di Parsi (Est 2:15-18; 10:1-3). Dan orang Rom membenarkan Paulus untuk menyewa rumah dan ada kebebasan berkhutbah (Kis 28:30-31).

Ketika Allah berpihak kepada umatnya, siapakah yang mungkin menentang mereka (Rom 8:31)? Dia menjanjikan bahaya para penakluk Israel akan melayani orang Yahudi dengan baik (Yes 49:23; Yer 15:11), yang lebih lanjut digenapi di dalam sokongan murah hati oleh para raja yang lain sejak wajtu para rasul. Beri Allah kemuliaan bagi Raja James I dari England dalam mencari dan mengesahkan firman Allah dalam Bahasa Inggeris. Dan bersyukurlah untuk IRS cukai Amerika yang membiayai para “pelayan injil”!

Jalan ke damai sejahtera dengan musuh ialah melalui kewajaran dan hikmah, dan bukan melalui kompromi atau pembalasan dendam. Hidup salih akan menyenangkan Allah dan manusia, tetapi berkompromi atau membalas dendam akan membawa murka Allah dan murka musuh-musuh yang berturut daripada itu. Taruhlah kepercayaanmu kepadaNya pada hari ini juga, taatilah dengan setia AlkitabNya, dan jangan takut akan manusia (Rom 12:17-21; 2Tim 4:16-18; Ibr 13:6).