Amsal · Proverbs

16:9
Hati manusia merancang jalannya: tetapi TUHAN mengarahkan langkah-langkahnya.

Manusia ada kepandaian. Mereka memasang sasaran dan merancang jalan untuk mencapai itu. Binatang yang tidak rasional tidak boleh berbuat demikian; mereka hanya bertindak balas oleh hati naluri kepada rangsangan. Tetapi Allah Yang Maha Pencipta dengan berdaulat mengurusbutir-butir tindakan, supaya kamu terpaksa bersandar kepadaNya, sebab Dia dapat memberkati orang baik dengan hasil yang menguntungkan dan juga menterbalikkan rancangan orang jahat.

Amsal ini oleh Salomo adalah penting. Allah memerintahkan kehidupanmu. Manusia bercadang; Allah menyingkir. Manusia dengan bebas mereka-reka; Allah dengan berkuasa mengarahkan. Manusia dengan kreatif merancang; Allah dengan handal menentukan. Manusia bertindak dengan sewenang-wenangnya; Allah senang hati dengan cara Dia memakai tindakan manusia. Allah ialah TUHAN! Kehidupanmu serta rancangan-rancanganmu berada di dalam tanganNya. Belajarlah bagaimana untuk memakai pengetahuan ini.

Banyak orang merantau-rantau dan hairan mengharungi kehidupan, dengan hasrat dapat mengenal kehendak Allah bagi diri mereka. Tetapi kehendakNya bukan suatu misteri, dan kebanyakan jawapannya ada di dalam amsal ini. Serahkan pekerjaanmu kepada TUHAN (Ams 16:3; Maz 37:4-5); rekakan suatu jalan untuk mencapai matlamat keinginanmu yang salih (Ams 16:1; 15:22; 20:18); percaya bahawa Dia akan menguruskan segala butir-butirnya (Maz 37:23; 84:11).

Hai pembaca Kristian yang taat, kata-kata ini adalah untukmu: TUHAN memberimu hati, maka ikutilah kerinduanmu untuk apa yang kamu suka. Dia telah memberimu fikiran, jadi fikir bagaimana kamu mungkin mencapai matlamat-matlamatmu. Setelah kamu menyerahkan itu kepada Allah dan mengikuti peraturan-peraturan hikmah yang alkitabiah, pergi laksanakannya! Tidak kira apa pun itu! Serahkannya dengan senang hati kepada kehendak Allah (Yak 4:13-15).

Tiada apa pun rancangan manusia yang “sempurna”, jadi janganlah nak mencari itu. Kamu hidup di dunia yang berdosa; segalanya adalah tidak sempurna. Allah tidak menyatakan pilihan-pilihan yang sempurna. Kamu tidak dapat melihat lima minit ke masa depan pun. Jangan bazir nyawamu dengan kekhuatiran, sebab kamu akan selalu geram. Banyak jenis pekerjaan boleh disesuaikan kepadamu, jika Tuhan mengarahkan langkah-langkahmu. Dan ini juga benar dengan hal perkahwinan, rumah, urusan perniagaan, saiz keluarga, dan sebagainya, jika kamu mentaati hikmah yang ternyata.

Jika kamu takut atau khuatir tentang keadaan atau kesempurnaan rancangan, kamu akan ragu-ragu atau tidak berbuat apa-apa pun, dan kamu akan kehilangan berkat Allah untuk iman dan ketekunan (Pkh 11:3-6). Situasi yang melemahkan ini boleh dipanggil sebagai, “lumpuh kerana terlebih menaakul”. Sementara sesetengah penaakulan adalah baik, terlalu banyak pula akan mengalihkan perhatian dan membinasakan. Sementara kamu tidak tahu apa yang akan terjadi pada lima minit dari sekarang, jalanilah kehidupanmu dengan berasaskan hikmah dan keghairahan Alkitabiah apa sahaja yang telah ditemuimu untuk dilakukan (Pkh 9:10).

Rut merupakan balu yang miskin di tanah yang asing. Dia merancang di dalam hatinya untuk memungut saki-baki tuaian di perladangan – ini tugas yang sungguh rendah tanpa apa pun potensi masa depan yang baik (Rut 2:2). Tetapi TUHAN mengarahkan langkah Rut untuk berada di ladang Boas, iaitu orang yang kaya dan yang bujang, dan yang akhirnya berkahwin dengannya, dan mereka beroleh Daud sebagai cucu lelaki yang hebat (Rut 2:3; 4:17). Beri Allah kemuliaan!

Orang Yahudi dijatuhkan hukuman pembasmian kaum oleh Kerajaan Parsi. Ester merancang dalam hatinya untuk mengadakan sarapan bersama Raja Ahaswyeros dan Haman, walaupun dia takut bagi nyawanya untuk nak minta pun bagi perjumpaan itu (Est 4:16-17). Tetapi TUHAN mengarahkan hati raja kepada Ester dengan kasih sayang dan dengan perhatian yang sungguh menjawabnya. Selepas Ester memberitahu Raja Ahaswyeros tentang rancangan jahat Haman, Raja mendapati Haman merayu di atas katil Ester, dan habislah ceritanya bagi Haman (Est 7:7-8). Beri Allah kemuliaan!

Abraham merancang suatu jalan untuk mencari seorang isteri bagi Ishak, dan hambanya menemui Ribka dahulu. Yakub merancang jalan untuk berlari daripada Esau, dan Tuhan memberkati Yakub untuk menjadi kaya dan memiliki keluarga yang besar. Yusuf memilih untuk hidup benar, dan Tuhan mengarahkan langkah-langkahnya sehingga memerintah di takhta Mesir. Isai merancang jalan untuk menyampaikan makanan kepada anak-anak lelakinya di angkatan askar melalui anak lelakinya yang bongsu, iaitu Daud, tanpa mengenal bahawa Allah yang sedang mengarahkan langkah-langkah Daud untuk adanya pertempuran dengan Goliat.

Tetapi pandanglah kisah Ester dengan terbalik. Haman merancang jalan dalam hatinya untuk menghapuskan orang Yahudi, dan dia memanipulasikan Raja Ahaswyeros untuk menandatangani suatu dekri [perintah undang-undang] (Est 3:1-15). Tetapi Tuhan mengarahkan langkah-langkah Haman untuk dimalukan dan dibinasakan dengan membina tapak pergantungan, berjumpa dengan raja pada saat yang menyebabkan Mordekai dihormati, dan tersungkur di atas katil Ester (Est 5:17:10).

Pertimbangkan Yusuf secara terbalik. Abang-abangnya merancang suatu jalan untuk menyingkirkan “si pemimpi” itu, yang menyeksa mereka dengan wahyu-wahyu ilahi, tetapi Tuhan mengarahkan langkah-langkah mereka untuk menjual Yusuf ke Mesir, yang menjadi tempat yang Yusuf menyelamatkan mereka semua daripada kebuluran beberapa tahun kemudian (Kej 45:4-8; 50:19-21). Mereka akhirnya menggenapi setiap mimpi Yusuf tentang mereka sementara menunduk dengan rendah sekali kepada Yusuf.

Orang Yahudi merancang dalam hati mereka jalan untuk menyingkirkan Yesus daripada diri mereka, tetapi Allah yang penuh kemuliaan menunggangbalikkan rancangan mereka. Penyaliban Yesus ialah pilihan Allah untuk keselamatan orang bukan Yahudi yang dibenci dan yang ingin dibinasakan mereka, dan Yesus kembali dalam balasan kudus untuk membinasakan bait suci mereka, kota mereka, dan bangsa mereka kerana jenayah mereka. Setiap langkah yang mereka pakai dalam jenayah yang paling keji ini menuruti tujuan kekekalan Allah (Kis 2:23; 3:18; 4:28; 15:18).

Ketika mendengar tentang rancangan orang durjana, jangan khuatir. Mereka tidak boleh mendatangkan apa pun yang Allah sendiri tidak merancang dari kekekalan untuk diatasi bagi kemuliaanNya, tujuanNya, dan umatNya sendiri. Orang durjana ialah alatnya atau bonekanya – pedangNya di tanganNya (Maz 17:13-14). Ingat, Dia mungkin juga membenarkan kemakmuran untuk memperdayakan mereka (Ams 1:32). Ingat, Dia mungkin juga membenarkan mereka untuk menjadi berjaya untuk seketika untuk mengumpulkan kekayaan bagimu (Ams 13:22).

Ketika menghadapi jalan keputusan dan tidak tahu apa untuk dibuat, di sinilah hikmahnya. Serahkanlah kehidupanmu dan kerjamu kepada Allah, pilihlah jalan yang paling menyenangkanmu menurut batasan-batasan hikmah yang salih, perolehlah kelulusan nasihat daripada beberapa penasihat yang berhikmah, dan majulah ke depan dengan mempercayai Tuhan untuk menjaga butir-butir yang di luar kawalanmu. Jangan gusar tentang sasaran-sasaran atau strategi yang sempurna, sebab kamu tidak mampu mengenalnya. Bapa Syurgawimu mengambil berat tentangmu, dan Dia boleh memberi melebihi pampasan bagi apa pun “kesilapan” yang kamu buat dengan pilihan yang kurang unggul.

Pelajarilah hikmah tambahan Mazmur 127:1-2, yang mana Daud menjelaskan bahawa usaha-usahamu adalah paling sia-sia tanpa berkat Allah. Walaupun Allah mengharapkanmu untuk memakai diri sendiri dengan tekun untuk mencapai matlamat-matlamatmu, hasilnya betul-betul bergantung kepada keredaanNya, dan bukan kemampuanmu, kecerdikanmu, atau ketekunanmu dalam merancang atau melaksanakan rancanganmu. Dia mahu kamu untuk menolak kekhuatiran atau usaha yang terlampau banyak dan pergi tidur, kerana Dia mengasihimu dan akan membekalkan apa yang kamu perlukan.