17:10
Satu teguran lebih memasuki orang berhikmah daripada seratus sebatan bagi orang bebal.
Kamu memerlukan ujian darjah hikmah (WQ test). Lupakan ujian darjah kepandaian (IQ test) kerana ia kerap kali ada perhubungan yang bercanggah dengan ujian WQ.Solomo, orang yang paling berhikmah, cukup jauh mengatasi sukatan IQ yang paling tinggi. Dia dapat duduk dan berbual berjam-jam tentang apapun subjek kepada para orang yang paling cerdik di dunia (1Raj 4:29-34). Tetapi dia langsung tidak peduli akan kepandaian kalau dibandingkan dengan hikmah. Hikmah itu jauh lebih penting daripada kepandaian. Dia telah menulis perbandingan yang mudah ini untuk menyukat hikmahmu: Berapakah besar kemampuanmu untuk menerima teguran?
Kepandaian ialah kemampuan untuk memasukkan blok kuning ke dalam baldi kuning tanpa banyak kesilapan. Hikmah ialah kemampuan untuk menyenangkan kedua-dua Allah dan manusia dalam situasi-situasi moral yang unik yang tidak pernah dihadapi. Hikmah melebihi kepandaian seperti cahaya melebihi kegelapan. Orang yang berhikmah ialah orang yang hebat. Siapakah kamu? Ini suatu ujian. Dalam hanya sepuluh minit darjah hikmah kamu akan dinyatakan!
Allah langsung tidak memandang kepada kepandaian manusia. Dia telah memilih orang yang kurang pandai untuk menjadi anak-anakNya, supaya Dia dapat meremukkan keangkuhan para cendekiawan (1Kor 1:26-29). Dia ketawa dan mengolok-olok apa yang kononnya kepandaian manusia (1Kor 1:19-20; 3:18-20). Dia tahu bahawa orang Israel yang paling pandai itulah yang telah membunuh AnakNya, dan Dia tahu bahawa orang Amerika yang paling cerdik itulah yang ingat bahawa moyang mereka ialah monyet.
Apakah yang dibuat kamu apabila ditegur? Orang yang pandai-pandai menjadi jelek dan mengalaskan kesalahan mereka dengan markah-markah yang diperoleh daripada permainan blok kuning mereka itu. Orang yang kurang pandai memandang termenung-menung dan memikir berapa lama lagi sebelum dapat pulang kepada tayangan sukan dan permainan video mereka itu. Orang berhikmah, tidak kira kepandaian, memandang berat teguran itu, menunduk kepada pembetulan secara rendah hati, bertekad untuk berubah dengan serta-merta, dan mengasihi orang yang sedang menegur mereka.
Sementara semua manusia sampai ke bumi ini dengan langsung tidak berkemampuan dan dengan jahil, dan tempoh hayat mereka hanya 70 tahun secara purata, amsal ini ialah faktor yang menandakan potensi yang paling besar untuk menjadi hebat. Pembangunan dan kemajuan seseorang dalam hayatnya yang pendek mewajibkan perubahan yang kerap dan yang ketara. Perubahan itu memerlukan pembetulan dan arahan. Orang yang akan pasti menjadi hebat suka untuk diberitahu bahawa mereka sudah salah dan cepat-cepat menyambut peluang untuk kemajuan dan penghalusan akhlak.
Berapa besarkah kemampuanmu untuk menerima teguran? Adakah kamu hanya perlu diberitahu sekali bahawa kamu sedang melakukan salah supaya mengubahkan perlakuanmu itu? Atau kamu perlu diberitahu berkali-kali? Atau mungkinkah seratus sebatan daripada manusia dan Allah hanya mengeraskan hatimu? Inilah batu ujian untuk hikmah. Berapa besarkah kemampuanmu untuk menerima teguran? Seorang yang berhikmah dimajukan dengan hanya satu teguran, tetapi seorang bebal tidak akan berubah, malahan dengan memakai hukuman sekeras-kerasnya pun. Keangkuhan dan kedegilan orang bebal sebegitu hebat sehingga dia tidak mampu dan tidak akan belajar. Di manakah kamu dalam skala WQ?
“Satu perkataan kepada orang berhikmah”, ialah kata pujangga lemah dari Amerika yang hampir serupa dengan amsal ini. Orang berhikmah hanya memerlukan satu pembetulan atau satu teguran sebelum mula belajar dan mengubahkan kelakuannya. Seorang yang bebal menahan, memberontak dan menolak pembetulan dan teguran. Dia meremang mempertahankan diri apabila kamu memberitahunya bahawa dia salah – melalui perasaan, air muka, bahasa gerak-geri atau perkataan. Dia tiada hati untuk hikmah.
Sudah tentulah, seorang yang bebal tidak akan pernah ada jawapan yang berhikmah bagi kesalahan-kesalahannya; dia hanya tidak suka diberitahu bahawa dia salah. Itu sebabnya dia orang bebal. Walaupun Allah, atau manusia, atau kedua-dua pihak tersebut memberinya seratus sebatan, dia tetap berterusan dalam pemberontakannya yang degil. Dia terlampau pandai untuk menjadi berhikmah – dia seorang bebal. Tiada orang yang akan ingin memperbetulkannya. Dia sudah di luar jangkauan bantuan atau harapan (Ams 27:22).
Hai kanak-kanak, bersetuju dan mentaati ibubapa dalam hal yang kamu sudah ingin buat hanya membuktikan kerjasama atau sikap mementingkan diri sendiri. Waktu ibubapamu mengatakan kamu salah dan menyuruh untuk mengubah sesuatu yang dihargaimu ialah waktu yang akan membukti hikmahmu. Pada waktu itulah potensi menjadi hebat jelas-jelas kelihatan. Berapa banyakkah kemampuanmu itu?
Hai pembaca Kristian, mengatakan, “Amin”, ketika pastor mengkhutbahkan sesuatu yang sudah kamu setuju tidak membuktikan apa-apa. Mengongsi suatu khutbah yang mudah mendapat setuju orang tidak membuktikan apa-apa. Sebab menunduk kepada teguran – celaan, petunjuk, amaran – itulah yang membuktikan hikmah. Allah Yang Berbahagia telah mengutus pastor-pastorNya bagi pekerjaan teguran dan pembetulan (2Tim 3:16-17). Orang berhikmah akan mengasihi kedua-dua teguran dan penegur itu (Ams 9:8; 19:25; Maz 141:5).
Betapa sempurnanya ujian WQ ini! Hanya orang berhikmah yang dapat lulus. Orang bebal terdedah kebebalannya setiap kali. Setiap keluarga ada orang bebal; setiap gereja ada orang bebal. Tidak kira betapa banyak kali seseorang hamba Allah menggesakan teguran itu, orang bebal yang pandai-pandai itu puas-puas duduk dan menghitung diri sendiri sebagai berhikmah lalu mendedahkan dirinya sebagai pengalah (Ams 26:12). Orang bebal yang bodoh berkhayal akan kereta yang dilihatnya dalam majalah atau memikirkan mata permainan sukan yang telah dibacanya dalam surat khabar.
Seperti kebiasaan amsal-amsal Solomo, sukatan yang paling baik untuk mengenalpastikan orang bebal atau orang berhikmah ialah kemampuannya untuk menerima dan mengikuti arahan. Hai pembaca, kamu harus betul-betul menyelami dirimu di hadapan Allah dengan bertanya, Berapa besarkah kemampuanmu untuk menerima teguran daripada ibubapa, pastor, dan penasihat? Ia sungguh mustahak bagimu untuk mengenalpastikan WQ kamu dan menambahbaikkannya pada hari ini juga dengan menerima teguran secara elok.
Allah telah menyempurnakan hikmah dalam anak-anakNya, tidak kira umur dan kepandaian. Iman seperti budak yang terpuji oleh Yesus Kristus ialah keyakinan bahawa firman Allah dan wakil-wakil Allah – ibubapa, pastor atau orang lain – haruslah ditaati. Hikmah untuk menjadi hebat ini dengan mudah menyimpulkan hal belajar – Allah telah berfirman; aku percaya akannya; itu sudah mencukupi!
Hikmah ditawarkan dengan percuma. Apa yang harus dibuat kamu adalah hanya untuk pergi mengambilnya (Ams 9:1-6). Ia diterima dengan menolak fikiranmu sendiri, dan fikiran orang bebal yang lain, untuk secara rendah hati diperbetulkan, ditegur dan dicela oleh Allah dan firmanNya. Menurut pandangan Allah, pemberontakan itu serupa dengan sihir, dan kedegilan serupa dengan sembahyang berhala dan kesan-kesannya sungguh dahsyat (1Sam 15:23).
Sukatan yang muktamad untuk mengenalpastikan hikmah dan kebebalan ialah bagaimana caranya kamu menerima Peribadi dan teguran Tuhan Yesus Kristus. Yesus mengenal bahawa Bapa telah menyembunyikan hikmah sejati daripada orang pandai-pandai di dunia ini supaya menyatakannya kepada bayi-bayi pilihanNya (Mat 11:25-27). Pada hari ini, kamu berhikmah jika kamu merendahkan diri kepada Tuhan Yesus Kristus dan memilikiNya sebagai Tuhan dan Rajamu, yang dibuktikan oleh kesungguhanmu untuk menerima teguranNya (Wah 3:19).