Amsal · Proverbs

17:9
Dia yang menutupi suatu pelanggaran mengejar kasih; tetapi dia yang mengungkit perkara lama mencerai-beraikan kawan karib.

Perbuatan mengampuni dan melupa ialah kasih. Adakah kamu tahu bagaimana untuk memenangi kasih dan membina persahabatan? Inilah seni perhubungan yang diajar hikmah – inilah perangai yang dipelajari. Semua manusia secara semula jadi adalah angkuh, iri hati, suka membenci, beniat jahat, mementingkan diri sendiri, dan suka membalas dendam (Rom 1:29-31; 2Tim 3:2-3; Tit 3:3).

Hanya rahmat Allah boleh menyelamatkan seseorang daripada kecenderungan kejahatannya yang diwarisi daripada Adam. Kemudian kasih dan persahabatan boleh dipelajari daripada hikmah (Ams 8:9; 14:6; Tit 3:4-7). Gagasan Dale Carnegie untuk memenangi kawan dan mempengaruhi orang adalah sungguh kurang unggul berbanding hikmah Solomo.

Sudahkah kamu belajar kasih dan persahabatan? Adakah kamu seorang sahabat yang mengasihi? Adakah orang lain bersukacita dalam persahabatanmu? Adakah kamu memiliki banyak kawan? Kawan sejati dan persahabatan melangkaui dan melupakan pelanggaran terhadap diri sendiri, tetapi orang bebal akan mengungkitkannya dan membinasakan perhubungan yang berdamai. Kasih sejati dan persahabatan tidak menyebut semula kegagalan atau dosa orang kepada orang lain, tetapi orang bebal akan mengumpat, membawa mulut, dan membisik (Ams 10:12; 11:13; 16:28).

Perbuatan menutupi pelanggaran ialah cara kamu menunjukkan kasih dan memenangi kawan. Ia mengampuni dan melupakan kesalahan peribadi orang lain terhadap dirimu. Suatu kepastian perhubungan dengan manusia ialah orang lain akan menjengkelkan dan menyinggungmu. Tetapi apa yang kamu buat dengan pelanggaran-pelanggaran itu terhadap dirimu adalah penting. Dengan tidak mempeduli provokasi dan singgungan orang lain, kamu menyanjungi mereka ke tahap lebih penting daripada diri sendiri – yang merupakan kasih sejati dan kemesraan (Flp 2:3; 1Kor 13:4-7).

Orang berhikmah bermegah dalam peluang-peluang untuk melangkaui pelanggaran peribadi oleh orang lain; budi bicara dan pengawalan diri mereka menghapuskan kemarahan mereka (Ams 19:11). Tiada apa pun yang menggangu mereka terutamanya gangguan kecil yang kerap kali berlaku di antara manusia. Mereka tahu bahawa mereka telah diampuni banyak, dan oleh itu ia mudah untuk mereka untuk mengampuni orang lain. Mereka tahu mereka ada balak di mata mereka sendiri, jadi mereka tidak khuatir akan selumbar kecil di mata orang lain (Mat 7:3-5).

Perbuatan menutupi pelanggaran ialah cara kamu menunjukkan kasih dan memenangi kawan. Ia membungkamkan setiap lidah yang mengumpat dan menghalau setiap pembawa mulut dan pembisik (Ams 11:13; 16:28; 18:8; 20:19; 25:23; 26:20-22; Maz 101:5). Ia menolak keinginan untuk mengulangi khabar angin atau fakta yang akan memudaratkan nama baik seseorang. Kasih sejati tidak memikirkan kejahatan orang lain dan tidak bersukacita ketika ia mendengar kegagalan atau dosa orang lain (1Kor 13:4-7). Menutupi suatu pelanggaran adalah untuk membenamkan berita yang mencerminkan akhlak yang kurang baik pada orang lain. Kasih melindungi nama baik/reputasi orang lain.

Perbuatan menutupi pelanggaran bukan berkompromi dengan dosa. Jika seseorang berdosa terhadap TUHAN, itu harus diurus dengan berbeza daripada pelanggaran antara manusia (1Sam 2:25; 1Kor 5:1-5; 6:7). Peraturan Allah untuk mengendalikan hal-hal yang lebih besar ini ditangani di seluruh Alkitab. Kamu tidak harus menutupi atau melangkaui dosa yang adalah terhadap Allah hanya untuk memenangi atau mengekalkan persahabatan. Topik yang sedang dibincangkan ialah singgungan/kesalahan peribadi terhadap dirimu sendiri yang dapat kamu tutupi (Ams 19:11; Mat 5:38-48; 18:15-22; 1Kor 6:1-8), atau kegagalan atau dosa orang lain yang bukan tanggungjawabmu. Jika seseorang telah bertaubat daripada dosa, tidak kira betapa keji dosanya itu, tiada kasih atau untung untuk mengulanginya kepada orang lain.

Orang yang angkuh dan yang memberontak tidak akan belajar hikmah menutupi pelanggaran peribadi, dan orang yang jahil dan yang bebal tidak dapat belajarnya. Kedua-dua orang itu berpura-pura ingin melindungi diri sendiri dengan memberi peringatan tentang kasalahan dan kelemahan orang lain. Mereka percaya bahawa mereka harus berbalas dendam terhadap apa pun singgungan daripada orang lain yang dirasai hati mereka. Mereka tidak boleh membenarkan kesalahan terlepas. Mereka harus mengingati orang lain tentang dosa-dosa mereka. Mereka meluap-luap di dalam batin, kadang kala untuk bertahun-tahun lamanya, bagi satu singgungan yang cukup remeh. Mereka mesti mahu membalas dendam.

Untuk memperbenarkan diri mereka sendiri dan merendahkan orang lain, mereka mengulangi apa pun kegagalan yang mereka dengar tentang orang lain. Mereka ada hati yang membara yang suka mendengar gosip tentang orang lain dan menyebarkannya luas. Mereka menerima kenikmatan yang cabul dengan adanya kemampuan untuk menyindir dan membisik tentang dosa-dosa orang lain. Binatang-binatang yang durjana ini tidak tahu kasih dan dengan demikian jarang ada kawan yang benar.

Kasih dan persahabatan bermula dalam hati. Ketika orang lain bersalah terhadapmu, jangan pedulikan itu, meskipun dalam hatimu. Ketika orang lain menyinggungmu, jangan pedulikan itu, meskipun dalam hatimu. Ketika orang lain memprovokasikanmu, fikir fikiran yang murah hati dan yang berbelas kasihan tentang mereka. Jangan fikir tentang balas dendam. Lupakan hal itu. Jangan merancang suatu peluang untuk mengungkitkannya. Ketika orang lain gagal atau ada dosa di dalam diri mereka, jangan bermegah tentang itu. Biar dirimu terkenal untuk hanya mengulangi berkat-berkat atau kejayaan-kejayaan orang lain.

Kasih dan persahabatan adalah paling baik diamalkan di rumah. Jika kamu boleh mudah berbelas ihsan, bermurah hati, dan berbelas kasihan kepada adik beradik atau kepada pasanganmu, maka kamu juga boleh jadi demikian kepada mana-mana orang yang lain. Kanak-kanak harus diajar untuk melangkaui kesalahan-kesalahan adik beradik daripada membawa mulut atau membalas dendam; mereka harus diajar supaya jangan sesekali mengungkit kegagalan adik beradik mereka kepada orang lain. Mereka harus belajar untuk menutupi kesalahan dan mencari kasih.

Amsal ini boleh memperkasakan perkahwinanmu. Oleh sebab perkahwinan ialah perhubungan yang saling mengenal dengan mendalam dan dengan intim, kamu akan mengenal lebih banyak kesalahan dan kegagalan pasanganmu daripada mana-mana orang yang lain. Dapatkah kamu menutupi, mengampuni, dan melangkaui tanpa menyatakan apapun? Atau adakah kamu fikir bahawa mengungkitkan hal itu semula akan membantu sama ada dirimu atau diri orang lain? Kamu tidak faham apa pun tentang kasih, dan kamu akan membinasakan perkahwinanmu dengan membina tembok di antara dua sahabat yang berkahwin.

Langkaui dan jangan peduli pelanggaran-pelanggaran peribadi terhadap dirimu oleh orang lain. Jangan mengulangi khabar angin, gosip, atau fakta tentang orang lain yang membusukkan nama baik mereka. Kedua-dua ini ialah dosa terhadap belas ihsan Kristian yang membinasakan kasih dan persahabatan. Biar setiap orang menunjukkan pengampunan yang sama terhadap orang lain yang Allah telah tunjukkan kepadanya (Efe 4:31-32). Sukacita dan keselamatan bagi kesilapan dan kegagalan yang telah diampuni dan dilupai ialah berkat-berkat agama Kristian.