17:11
Si jahat hanya mengejar pemberontakan: maka seorang utusan yang kejam akan diutus untuk menentangnya.
Kekuasaan adalah daripada Allah. Ia betul dan berhikmah. Orang yang baik memahaminya. Mereka tahu bahawa kekuasaan wujud untuk menguntungkan semua orang, maka mereka menerima dan mentaatinya. Orang yang salih tahu itu adalah oleh Allah, maka mereka mentaatiNya dengan mentaati para penguasa (Rom 13:1-7; 1Pet 2:13-23; 3:1-6).
Orang jahat membenci kekuasaan. Mereka benci diberitahu apa yang mereka boleh buat dan tidak boleh buat, jadi mereka menderhaka dan berbuat apa yang mereka mahu. Allah mengutus musuh-musuh yang tidak berbelas kasihan untuk menghukum mereka secara luar biasa dan/atau secara alamiah. Orang jahat yang membenci kekuasaan akan diremukkan oleh kekuasaan tidak kira apa pun cara remukan itu. Segala kebangkitan pemberontakan akan akhirnya dijatuhkan.
Pemberontakan sekarang dibenarkan dan dipertahankan di merata-rata. Ia dianggap sebagai biasa, atau mulia. Gambar Hollywood selalu melibatkan korupsi dan tidak hormat kepada pihak yang berkuasa. Kanak-kanak memberontak terhadap ibubapa, yang telah dilumpuhkan pemerintahan mereka oleh pendapat orang awam atau undang-undang. Kebanyakan kekuasaan atau penguatkuasaan dipandang sebagai kejahatan. Masyarakat sedang menuai hasil yang teruk eksperimen ini, seperti yang terang nyata kepada sesiapa pun yang memerhatikan aliran zaman kini.
Pemberontakan ialah dosa yang teruk. Ia menunjukkan betapa angkuh, suka bercanggah, berniat kejam, dan degilnya orang boleh jadi. Allah menyamakannya dengan sihir (1Sam 15:23). Ketika kamu melihatnya, kamu telah menemui orang yang jahat. Orang-orang bebal ini tidak boleh menunduk kepada pembetulan atau kerajaan, jadi, mereka harus memberontak. Tetapi Allah Yang Maha Besar, iaitu pengasas segala kekuasaan dan pemerintahan, akan ketawa. Dia akan mengutus balasan yang sewajarnya terhadap para pemberontak demikian dengan hukuman semasa dan penderitaan kekal di akhirat.
Hai pembaca, pernahkah kamu mengalami perasaan keji dalam jiwamu ketika orang lain memperbetulkanmu? Adakah kamu rasa ia perlu untuk menyoal kebanyakan apa yang pihak atasan suruh kamu buat? Mana yang lebih penting kepadamu – hakmu atau tugasmu? Sebahagian sifatmu yang bebal itulah yang tidak mahu dikawal pihak berkuasa. Walaupun kamu sampai dengan langsung kebergantungan dan jahil di dunia ini, dalam beberapa bulan sahaja kamu harap untuk mampu melakukan sewenang-wenangnya tanpa pertimbangan untuk kekuasaan atau hikmah orang lain.
Pemberontakan membawa dosa ke dalam alam semesta. Iblis memberontak terhadap peranannya di syurga – dia mahu lebih (Yud 1:6). Adam mengutuk kemanusiaan sampai mati – fizikal dan kekekalan – dengan memberontak terhadap firman Allah di Eden (Kej 2:17; Rom 5:12-14). Allah membakar Sodom kerana memberontak terhadap Allah dan hukum-hukum alam semula jadi bagi seks lelaki-perempuan (Yud 1:7). Dan Dia membuka mulut bumi untuk menelan para pemberontak kerana mengadu menentang Musa (Bil 16:1-34).
Pemberontakan digalakkan terhadap kekuasaan atasan sampai kekuasaan bawahan. Pada tahap kekuasaan atasan – konsep palsu Allah yang menggambarkanNya sebagai orang lemah yang membenarkan manusiaberfikir bahawa mereka boleh menolak Dia dan Alkitab. Pada tahap kekuasaan bawah – ibubapa yang terlalu longgar dalam hal kongkongan anak dan program sekolah yang mengampu kanak-kanak untuk memberontak terhadap apa bentuk ancaman kepada hak kebebasan mereka. Dan pada tahap kekuasaan yang di tengah-tengah, para penguasa yang menggubalkan undang-undang keistimewaan dan pelindungan untuk pemberontakan dan hasutan – seperti kesatuan pekerja dan hak kebebasan bersuara – yang memastikan kejahatan terus berlangsung (Pkh 10:5-7).
Komplot kejahatan ini menimbulkan disfungsi yang merebak luas. Kaum perempuan merusuh menentang sikap tunduk kepada suami, lalu merosakkan perkahwinan. Murid-murid menderhakai guru, lalu menyebabkan huru-hara di kelas. Orang yang kononnya patriotik membenci hukum-hukum sivil, lalu menggalakkan anarki. Kaum diaken yang mengatasi pastor, dan melumpuhkan kepimpinan yang berhikmah. Kaum perempuan beroleh rambut pendek, lelaki beroleh rambut panjang, rap dipanggil sebagai muzik, Picasso dipanggil seniman, menindik lidah dibenarkan, dan penzinaan dipanggil sebagai berasmara cinta.
Tuhan, Allah Yang Maha Besar, akan menghukum pemberontakan terhadap firmanNya atau pemberontakan terhadap kekuasaan yang telah Dia tahbiskan. Dia telah menahan Musa memasuki Kanaan kerana Musa memberontak terhadap satu perintah (Bil 20:24). Dia menganggap para pemberontak pemerintah yang biadap terhadap penguasa kerajaan sebagai anjing-anjing yang berpenyakit rabies yang harus dimatikan (2Pet 2:10-12; Yud 1:8-10). Berhati-hati!
Pertimbangkan hikmah Salomo tentang kanak-kanak yang suka memberontak, “Mata yang mengolok-olok bapanya, dan yang benci mentaati ibunya, burung-burung gagak dari lembah akan mematuknya keluar, dan burung-burung helang akan memakannya” (Ams 30:17). Dan, “Sesiapa yang mengutuki bapanya atau ibunya, pelitanya akan dipadamkan di dalam kegelapan yang kelam lebam” (Ams 20:20). Jenis khutbah ini mungkin tidak mesra politik pada hari ini, tetapi ingat bahawa Allah mengilhamkan itu melalui raja yang paling berhikmah.
Pertimbangkan Salomo terhadap rakyat yang suka memberontak, “Hai anakku, biar kamu takut akan TUHAN dan raja: dan janganlah masuk campur dengan mereka yang cenderung kepada perubahan.
Sebab kecelakaan mereka akan muncul dengan tiba-tiba; dan siapakah yang mengenal kemampuan kebinasaan oleh kedua-dua mereka itu (Ams 24:21-22)? Dan, “Ketakutan daripada raja adalah seperti ngauman singa: sesiapa yang memprovokasinya kepada kemarahan berdosa terhadap jiwanya sendiri” (Ams 20:2). Terutamanya di Amerika, rakyat menganggap bahawa ia hak mereka untuk tidak menghormati dan mengucap tohmahan terhadap para penguasa.
Hai pembaca, ia hikmah untuk belajar ketaatan dan penundukkan kepada kekuasaan pada hari ini. Hargailah itu! Bersukacitalah di dalamnya! Semua kekuasaan bermula dengan Allah, jadi kamu harus pertama-tama menyelidiki dan menyukat dirimu oleh ketaatan kepada perintah-perintahNya dan peraturan-peraturanNya bagi kehidupanmu (Maz 119:128). Alkitab kemudian dengan jelas menyatakan tugas-tugasmu dalam lima lingkupan kekuasaan manusia – keluarga, perkahwinan, sivil, penggajian, dan agama. Belajarlah itu, lakukanlah itu, dan ajarlah itu kepada anak-anakmu.
Penundukkan yang paling besar kepada kekuasaan ialah Yesus Kristus yang telah menunduk kepada perbicaraan mahkamah yang salah, seksaan, dan hukuman mati penyaliban yang dirancang oleh orang Yahudi dan yang dilaksanakan oleh orang Rom. Dia mohon kepada Allah supaya membuka jalan untuk keluar daripada peristiwa itu, tetapi Dia mentaati kehendak Allah Bapa sepenuhNya dan dengan rela menjadi mangsa kepada jenayah yang paling tidak berperikemanusiaan di seluruh sejarah manusia (Mat 26:38-44; Flp 2:6-8; Ibr 5:7-10). Teladan yang kudus ini harus mendorong dan mengarahkan penundukkanmu (1Pet 2:13-23).