Amsal · Proverbs

17:12
Biar beruang bentina yang dirampas anaknya bertemu dengan orang, daripada si bebal dalam kebebalannya.

Orang bebal berbahaya! Orang berhikmah akan mengelak mereka. Ia memang suatu fakta umum bahawa beruang bentina yang dirampas anak-anaknya akan menjadi sungguh berbahaya. Tetapi binatang yang sebegitu ganas ialah masalah yang kurang menyusahkan kalau dibandingkan dengan orang bebal yang mengusahakan rancangannya yang cabul. Salomo mengutuk orang bebal dan nafsu kebinatangan mereka dengan pengetahuannya tentang beruang. Hikmah ini adalah untuk mengesan orang bebal yang berbahaya dan mengelak mereka.

Sesetengah orang bebal hanya malas dan bodoh, jadi mereka tidak sebegitu berbahaya (Ams 17:16; 21:20; Pkh 10:15). Walaupun menjelekkan dan menyusahkan, mereka bukanlah suatu ancaman besar kepada orang benar. Kebebalan mereka akan menyebabkan lebih kerosakan kepada diri mereka sendiri daripada orang lain. Dan kebebalan kanak-kanak dan orang Kristian dapat diperbetulkan (Ams 22:15; 29:15; Luk 24:25-26; 1Kor 15:36; Gal 3:1).

Tetapi orang bebal yang lain berniat jahat dan suka mencemuh; mereka sungguh berbahaya (Ams 21:24; 26:12; 27:3; 29:20,22). Kedurjanaan orang yang tidak dapat diperbaiki tidak dapat diperbetulkan, tidak kira apa yang dilakukanmu (Ams 17:10; 27:22; 29:9). Alkitab memanggil orang bebal yang cabul ini sebagai, “anak Belial”, atau kejahatan yang telah dipersonifikasikan (1Sam 25:3,17; 2Sam 23:6-7; 1Raj 21:10,13). Mereka merupakan binatang buas yang harus dibinasakan (2Pet 2:10-12). Orang berhikmah kekal menjauhi orang bebal yang durjana ini (Ams 9:6-8; 14:7).

Orang bebal berada dalam kebebalannya ketika di luar kawalan dan bertindak menurut perasaan yang hina dan yang cabul. Keradangan ialah kemarahan orang bebal (Ams 14:29; 29:22; Pkh 7:9). Pertimbangkan Kainmembunuh Habel (Kej 4:1-12), isteri Potifar menuduh Yusuf cuba merogol (Kej 39:7-20), Simeon dan Lewi membinasakan seluruh kota bercanggahan janji ayah mereka (Kej 49:5-7), Doeg membunuh para imam Allah (1Sam 22:9-19), Absalom berzina dengan gundik-gundik ayahnya (2Sam 16:20-22), dan orang Yahudi yang menjerit untuk penumpahan darah Yesus dari Nazaret (Mat 27:22-25).

Mana satu beruang yang sebegitu tidak berbelas kasihan dan yang sebegitu ganas seperti contoh-contoh tersebut? Beruang yang marah adalah bodoh dan ganas secara kebinatangan, tetapi orang bebal yang sebegitu cabul adalah lebih teruk. Hai pembaca, ia tugasmu untuk belajar mengenalpastikan mereka dan berjerih lelah untuk mengelak mereka. Dan ia tugasmu untuk menguasai nafsu dan perasaanmu untuk mengelak dirimu menjadi seperti beruang juga. Pertimbangkan betapa nyaris si pemazmur yang manis dari Israel datang untuk membinasakan suatu rumah tangga oleh sebab percakapan seorang pencemuh yang jahil (1Sam 25).

Ada tiga beruang Amerika yang berwarna perang - “Grizzly”, “Alaskan”, dan “Kodiak”. Beruang jantan Kodiak dapat mencecah berat badan 680 kilogram atau lebih. Tingginya 10 kaki ketika berdiri dengan kaki belakangnya. Jika kamu cuba berlari, ia dapat mencapai kelajuan 56 km sejam, yang kamu tidak mampu capai. Jika kamu mendirikan pagar, sila ingat bahawa ia dapat menggigit melantasi 1/2” bolt besi. Akankah kamu memanjat pokok? Ia juga dapat memanjat pokok, jika perlu. Akankah kamu menyembunyikan diri di bawah tanah? Ia dapat menggali lebih laju daripada kamu memakai penyodok.

Tetapi Salomo tidak hanya memakai apa pun beruang dalam amsal ini. Kebanyakan beruang melarikan diri ketika nampak manusia jika tidak dikacau atau diprovokasi. Salomo membandingkan orang bebal dalam kebebalannya kepada beruang betina yang sudah dirampas anak-anaknya. Haiwan ini, walaupun lebih kecil daripada jantan, lebih agresif dan berbahaya. Dia akan menyerang dengan ganas dan dengan berani terhadap apa pun ancaman kepada anak-anaknya. Amsal ini telah dibentuk untuk menggentarkan orang. Beruang dan orang bebal tersebut adalah berbahaya.

Kawan Daud, Husai telah menahan Absalom daripada mengejar Daud, ayah Absalom, dengan nasihat menyamai hati terluka Daud dengan beruang bentina yang telah dirampas anaknya (2Sam 17:8). Dan dua ekor beruang yang sebegitu pula telah merabik-rabik 42 budak yang telah mengolok-olok Elisa (2Raj 2:23-24). Seorang penguasa yang durjana yang mengatasi orang miskin adalah seperti beruang yang meradang, yakni suatu beruang yang lapar yang meninggalkan kawasannya untuk mencari makanan (Ams 28:15). Allah telah menyamai penghakimanNya kepada Israel dengan beruang bentina yang telah dirampas anaknya (Hos 13:8).

Kamu tahu rupa beruang dan di mana ia berdiam. Kamu dengan mudah dapat mengelaknya. Tetapi dapatkah kamu cam orang bebal yang berbahaya juga? Mereka tidak menunjukkan apa pun takut akan Allah: mereka tidak kudus; mereka cabul dalam pertuturan dan perilaku; mereka angkuh dan mementingkan diri sendiri; mereka menghina kekuasaan dan mencemuh pembetulan; mereka memperbenarkan apa pun yang diingini mereka; mereka memikirkan apa yang di bumi; mereka tidak berbelas kasihan; mereka ketiadaan kasih semula jadi; dan mereka ada angin yang mudah marah.

Bagaimanakah mungkin orang Kristian melibatkan diri dalam jeritan marah dan rengekan di tempat peribadi seperti di dalam automobil atau rumah? Bagaimanakah mungkin mereka menyampaikan mesej dan emel dengan marah dan penuh dengan racun? Sementara telah dipanggil untuk mengikut Anak Domba dalam ucapan dan dalam perilaku, mereka menonjolkan diri sendiri sebagai anak-anak singa neraka (1Pet 2:21-25; Yoh 8:44). Dan jika mereka berkata, “Aku jenis macam ini”, kamu tahu bahawa kamu telah menemui anak Belial. Jauhkan diri!

Perpisahan kadang kala memedihkan, tetapi ia perintah Allah untuk mengelak orang bebal, terutamanya jenis yang marah, yang mencemuh, dan yang kejam (Ams 9:6-8; 14:7; 22:24-25; 23:9; 29:9; Mat 7:6; 1Kor 15:33; 2Tes 3:2). Mereka tidak layak untuk disukai atau dihormati orang (Ams 19:10; 26:1,8; 2Raj 3:14; Maz 15:4). Orang yang hebat memutuskan perhubungan dengan mereka, meskipun merupakan saudara mara atau sahabat (Maz 101:4-8).

Orang durjana ini yang menyebabkan banyak duka kepada ibubapa, isteri, anak-anak, jiran, dan ahli gereja sendiri akan menghadapi penghakiman yang akan datang, ketika Yesus Kristus dinampakkan dari syurga dengan malaikat-malaikatNya yang perkasa dengan api yang bernyala-nyala untuk akhirnya memperbetulkan selamanya segala ketidaksaksamaan binatang-binatang buas ini (2Tes 1:6-9; Yud 1:14-15). Sudahkah kamu siap dan sedang menantikan kedatanganNya?