18:12
Mendahului kebinasaan ialah hati manusia yang bongkak, dan mendahului kehormatan ialah kerendahan hati.
Kebinasaan atau kehormatan ialah pilihan. Keangkuhan menjamin kebinasaan, dan kerendahan hati membawa kehormatan. Ini bukan tafakur manusia tentang aspek-aspek negatif tentang keangkuhan dan penyanjungan diri sendiri. Ini hikmah berilham Allah tentang kesan-kesan pasti tidak merendahkan dirimu di hadapan Allah dan manusia.
Hukum di sini lebih pasti daripada graviti. Jika kamu memikir tinggi-tinggi tentang dirimu, kamu akan jatuh (Ams 16:18). Jika kamu memikir rendah tentang dirimu, kamu akan ditinggikan (Ams 15:33). Hanya ada satu Orang yang berhak untuk menyanjungi DiriNya sendiri dan kamu bukan Dia, maka rendahkanlah dirimu.
Berapa kuatnya kamu agak akan dirimu? Allah menentang orang angkuh, yang bermaksud Dia melawanmu, jika kamu bongkak. Dapatkah kamu menunggangbalikkan Dia dan berjaya juga? Kamu orang bebal. Bacalah Alkitab tentang apa yang dilakukan Allah kepada Firaun, Sanherib, dan Nebukadnezar.
Berapa kuatnya Allah? Dia membantu orang yang rendah hati, yang bermaksud Dia berjuang bagi pihakmu menentang apa yang sedang menghalangimu! Beritahulah Allah bahawa kamu tidak mampu melakukannya sendiri atau kamu tidak tahu apa untuk dibuat; Dia akan melakukannya bagimu. Bacalah Alkitab tentang kemenangan Yosafat (2Taw 20:12)!
Ada tiga kuasa yang sedang bekerja untuk menjamin hukum dua pihak ini. Pertama, adanya kuasa kecemburuan dan keadilan Allah. TUHAN Jehovah tidak akan mengizinkan manusia untuk terlalu memikirkan diri tinggi. Dia membenci keangkuhan (Ams 6:16-17). Dan Dia terutamanya membenci keangkuhan dalam orang yang berdosa. Dia akan dengan luar biasa merendahkan orang yang angkuh, atau Dia akan meninggikan orang yang rendah hati.
Firaun berkata, “Siapakah TUHAN, sehingga aku patut mentaati suaranya untuk melepaskan Israel? Aku tidak mengenal TUHAN, dan juga tidak akan melepaskan Israel” (Kel 5:2). Sudah tentu, itu merupakan kata-kata terakhirnya yang terkenal kerana Allah membinasakan bangsanya, aset-asetnya, anak sulungnya, kereta kudanya, dan kemudian dirinya sendiri! Allah dengan tidak tertahankan melaksanakan kehendakNya yang berdaulat ke atas manusia itu dan menjatuhkannya sampai binasa.
Tetapi pertimbangkan satu lagi raja. Salomo berkata, “Dan sekarang, ya TUHAN Allahku, engkau telah menjadikan hambamu ini sebagai raja menggantikan Daud ayahku, dan aku hanya seorang budak kecil: Aku tidak tahu bagaimana beralih keluar dan beralih masuk” (1Raj 3:7). Di sinilah kerendahan hati yang besar, sementara raja yang muda itu dengan bebas mengakui kejahilannya. Allah memberi dia hikmah, kekayaan, damai sejahtera, dan hayat yang panjang untuk doanya yang rendah hati!
Kedua, adanya kuasa penghakiman manusia. Manusia alamiah pun tidak dapat tahan orang yang angkuh, membongkak, atau menyombong. Mereka akan berbuat apa pun yang mampu dibuat untuk mengelak dia, menolak dia, atau menjatuhkan dia. Mereka membenci perangainya yang bongkak dan yang menganggap dirinya lebih unggul dan yang suka berlagak itu. Tetapi mereka kerap kali sungguh rela untuk mengangkat dan mengganjari orang yang dengan rendah hati mengakui bahawa dia bukan apa-apa.
Raja-raja pun akan berkawan dengan orang yang rendah hati yang ada pertuturan yang berbudi baik yang melimpah dari hati yang suci (Ams 22:11). Ia tidak mungkin untuk bertutur dengan berbudi baik, jika kamu mempunyai fikiran bongkak akan keunggulan diri sendiri dalam hatimu atau mindamu. Daud adalah sebegitu, dan Raja Saul, Putera Yonatan, dan seluruh bangsa mengasihinya kerana hatinya, pertuturannya, dan perilakunya yang rendah hati. Walaupun dia telah membunuh Goliat, ia tidak pernah mengubahkan pandangannya yang betul tentang keadaannya yang rendah di hadapan Allah dan manusia.
Ketiga, ada kuasa perdayaan diri sendiri yang membinasakan peribadimu. Orang yang bongkak tidak dapat melihat dengan jelas. Keyakinannya yang terlampau tinggi menyebabkannya untuk membuat keputusan yang buruk. Dia membabi buta dalam keghairahan yang melulu hanya untuk mendapat tahu bahawa keangkuhannya telah menyebabkan dirinya tidak melihat bahaya-bahaya yang serius. Tetapi orang yang rendah hati, yang kurang percaya kepada diri sendiri, akan menaakuli hal-hal dengan menyeluruh sebelum bertindak.
Pertimbangkan keangkuhan Haman yang menyebabkannya untuk melulu ke depan dalam rancangannya untuk menghapuskan Orang Yahudi di Empayar Parsi. Kalau dia berbuat sedikit kajian sahaja, dia mungkin sudah mendapat tahu bahawa Ester, permaisuri baru Ahasyweros, berbangsa Yahudi! Dia mungkin akan merenung semula komplotnya yang angkuh itu. Tetapi sebaliknya, keangkuhannya membutakan dirinya kepada fakta yang telah menjadikannya kehilangan segalanya.
Pertimbangkan keangkuhan para pemilik dan nakhoda kapal Titanic, sementara ia mencapai hampir had kelajuannya yang tertinggi menerusi kawasan air yang penuh dengan gunung ais di Utara Lautan Atlantik pada 15 April 1912. Walaupun sungguh banyak kali diwaspadakan oleh kapal-kapal yang lain tentang bahaya yang ada dalam kegelapan itu, kapal yang “tidak dapat ditenggelami” ini memakai hanya dua jamempat puluh minit untuk tenggelam dan kehilangan 1,500 nyawa.
Keangkuhan ialah dosa iblis (1Tim 3:6). Oleh sebab keangkuhannya, Allah telah mengkhususkan tempat yang paling rendah di seluruh alam semesta bagi dia – kedalaman neraka! Dia akan menderita kebinasaan kekal dengan seksaan-seksaan yang paling menakutkan untuk selamanya. Kerendahan hati ialah akhlak mulia Yesus dari Nazaret, Yang Allah dengan sungguh tinggi menyanjunginya mengatasi segala makhluk untuk selamanya (Flp 2:5-11).
Pertimbangkannya! Syaitan ialah malaikat yang tertinggi pangkatnya di kalangan malaikat-malaikat Allah, jauh mengatasi mana-mana pun manusia dalam kepandaian, kuasa, dan kemuliaan. Yesus diperanakkan kepada isteri seorang tukang kayu yang miskin, dilahirkan di kandang binatang, dan dibaringkan di palungan. Tetapi yang penterbalikan nasib terjadi dengan sungguh menakjubkan! Yesus dari Nazaret sekarang memerintah seluruh alam semesta di tangan kanan Allah jauh melebihi Syaitan dan para malaikatnya. Jika Allah Yang Maha Kuasa melakukan itu bagi Yesus terhadap iblis, Dia dapat dengan pasti mengangkat dirimu mengatasi halangan-halangan yang ada.
Kamu tahu bahawa orang yang bercakap besar adalah angkuh dan suka berlagak menerusi ucapan mereka yang lantang, yang panjang, yang membongkak dan yang mengasihi diri sendiri. Kamu dapat mengecam bahasa tubuh dan layanan mereka terhadap orang lain yang menandakan kebongkakkan, keangkuhan, atau sikap menganggap diri sendiri benar. Moga-moga kamu tidak melakukan mana-mana dosa ini yang cukup ketara. Tetapi Allah melihat dengan lebih mendalam. Dia nampak hatimu, maka amsal ini telah ditulis untuk memberi amaran kepadamu tentang sikap bongkak di dalam hatimu. Kamu harus merendahkan perasaanmu dan fikiranmu!
Dunia mengajar keangkuhan dan kejahilan sikap mengasihi diri sendiri, menghargai diri sendiri, dan keyakinan diri sendiri. Ajaran sesat ini bercanggah dengan hikmah Allah yang sedang diajar Alkitab dan amsal ini. Kasihmu harus pertama-tama Allah, kedua orang lain, dan akhirnya dirimu sendiri. Harga dirimu haruslah pertama-tama Allah, firmanNya kedua, dan orang lain ketiga, dan kamu terakhir. Keyakinanmu haruslah hanya ditaruh kepada apa yang Allah dapat buat melaluimu, denganmu, atau untukmu, dan bukan ditaruh kepada dirimu (Ma 127:1-2).
Selidikilah dirimu! Bencilah apa pun fikiran yang tinggi! Beritahu Tuhan dan sesiapa pun yang mahu mendengarmu bahawa kamu bukan apa-apa dan kurang daripada apa pun, dan lakukannya dengan ikhlas. Beritahu Tuhan bahawa kamu seorang anak kecil yang memerlukan bantuanNya bagi tugas-tugas yang paling kecil. Turunlah dari kudamu yang tinggi dan rendahkanlah dirimu sampai ke tahap orang yang dipandang hina dunia dan dianggap sebagai kelas yang rendah (Rom 12:16). Berhentilah perbuatan melindungi dan menaungi dirimu sendiri. Rendahkanlah diri, dan Allah akan meninggikanmu. Kalau kamu meninggikan dirimu, maka Allah akan meremukkanmu.
Dengarlah nasihat yang berilham daripada rasul Petrus: “Allah menentang yang angkuh, dan memberi rahmat kepada yang rendah hati. Maka, rendahkanlah diri kalian di bawah tangan kuat Allah, supaya dia dapat menyanjungi kalian pada waktunya” (1Pet 5:5-6). Mana satu yang disukaimu: penentangan Allah atau rahmat Allah? Mana yang akan paling menguntungkan kehidupanmu? Biarlah tanganNya yang kuat menyanjungimu pada waktunya.