18:13
Dia yang menjawab sesuatu perkara sebelum dia mendengarkannya, itu kebebalan dan malu baginya.
Orang yang berhikmah mendengar dengan teliti dan berjawab dengan perlahan. Suatu jawapan yang terburu-buru tidak berhikmah dan tidak cermat – ia bebal dan memalukan. Memahami dengan tepat dan menjawab dengan betul jauh lebih penting daripada menjawab dengan cepat. Kamu ada dua telinga untuk mendengar, tetapi hanya satu mulut untuk berucap; biar nisbah ini memimpin mana satu penekananmu. Jadilah cepat untuk mendengar, tetapi perlahan untuk berucap. Pastikan kamu tahu setiap situasi dengan sepenuhnya sebelum membuat penghakiman atau memberi suatu jawapan.
Adakah dirimu seorang pendengar yang baik? Orang yang berhikmah mendengar dengan baik, kerana mereka harus mengumpulkan semua fakta yang membentuk suatu penjelasan atau yang mengakibatkan suatu situasi berlaku. Mereka harus menapis dan menyisih butir-butir yang tidak memberi kesan kepada isu itu dan menumpukan perhatian kepada hanya apa yang penting. Orang yang sudah memikirkan jawapannya, atau, yang lebih teruk, sudah berucap, sudah memotong peluang untuk mengumpulkan maklumat. Dia orang bebal. Kamu akan bertemu dengan banyak orang yang bersikap sedemikian.
Adakah kamu berucap dengan perlahan? Orang berhikmah berhati-hati, mengongkong diri, dan berat mulut untuk memberi pendapat. Mereka tahu bahawa sikap melulu mengakibatkan pembaziran sahaja, terutamanya untuk berfikir sambil berucap. Mereka tahu bahawa kecermatan untuk menaakuli setiap sudut dengan teliti adalah sungguh penting sebelum berucap. Mereka tahu bahawa fikiran yang pertama-tama tidak semestinya fikiran yang paling baik. Mereka tahu bahawa orang berhikmah belajar untuk menjawab, tetapi mulut orang durjana mencurahkan kebebalan tanpa pembelajaran (Ams 15:28).
Ahasyweros dan Darius meluluskan undang-undang dengan melulu. Yang pertama bersetuju untuk menghapuskan sebuah bangsa sebelum tahu isterinya salah seorang daripada bangsa itu; yang kedua menghukum timbalannya yang paling setia untuk dibuang ke dalam gua singa hanya untuk memuaskan dengki pegawai-pegawai sebaya timbalan itu. Dan Haman, orang bebal itu, jika hanya telah bertanya apa yang sedang dibaca Ahasyweros itu sudah mungkin dapat mengurangkan kebesaran perarakaan penghormatan bagi Mordekai.
Penghakiman yang wajar tidak menghakimi menurut apa yang kelihatan tetapi menurut inti [apa yang sebenarnya] (Yoh 7:24). Penghakiman yang wajar menyingkirkan segala perasaan emosi dan perhubungan peribadi untuk menyanjungi kewajaran Alkitab. Hanya orang bebal melulu menghakimi tanpa semua fakta, dengan hanya bukti prasangka. Orang Yahudi dan Rom pun, walau betapa lekas dan keras sistem pengadilan mereka itu, membenarkan seseorang untuk berucap mempertahankan dirinya sebelum penghakiman dapat dijatuhkan (Yoh 7:51; Kis 25:16; 26:1).
Lelaki (atau perempuan) yang berucap dengan serta merta, atau yang berucap hampir selalu, merupakan orang bebal. Mereka dapat ditemui dengan mudah sahaja. Dengar apa pun perbualan. Orang yang berjawab sebelum sesuatu hal dapat diceritakan dengan sepenuhnya, atau berjawab tanpa apa pun pertimbangan terdahulu, ialah seorang bebal. Mereka mengisytiharkan kebebalan mereka dengan terang-terang (Pkh 5:3; 10:3). Pastikan dirimu langsung tidak menjadi seperti mereka.
Kurang perkataan lebih baik. Orang lain akan fikir kamu merupakan orang berhikmah, meskipun kamu bukan demikian (Ams 17:27:28). Dan kamu akan mengelakkan diri berbuat banyak dosa atau ditimpa masalah (Ams 10:19; Yak 3:2). Membalas dengan perlahan lebih baik. Cepat berucap dengan kurang memikir ialah kebebalan (Ams 14:29; 29:20). Cepat mendengar dengan perlahan berucap ialah hikmah (Yak 1:19-20). Lindungilah dirimu daripada masalah dan harumkanlah nama baikmu dengan mudah – dengar dengan lebih teliti, fikir dengan lebih meyeluruh, dan berucap dengan lebih perlahan.