18:14
Roh seseorang akan menanggung kedaifannya; tetapi roh yang terluka pula siapa yang dapat tanggung?
Rohmu ialah pedang bermata dua. Ia dapat memotong masalah-masalah kehidupan dan meninggalkanmu bahagia dan sungguh gembira. Atau ia dapat menghiris jiwamu sampai pedih dengan tidak terkata. Kamu berhikmah kalau menjaga rohmu dengan segala ketekunan, supaya kamu dapat memakainya untuk keuntunganmu.
Suatu roh yang terluka lebih pedih daripada tubuh yang terluka, sebab roh lebih penting bagi kebahagiaanmu. Jika rohmu terluka dan berasa sakit, betapa sihat dan kuat tubuhmu tidak penting. Jika kamu membenarkan apa pun kesukaran atau dukacita untuk menang atas rohmu, kepedihan yang meremukkan dirimu akan menjadi tidak tertahan. Orang bebal akan mencari hiburan jiwa dengan mematikan diri.
Kalau roh dikuasai dan diarah oleh hikmah, rohmu dapat membantumu mengharungi apa pun kesukaran. Kalau rohmu dibenarkan berkuasa, ia tidak dapat ditanggung olehmu dan orang lain. Kalau dikuasai oleh Roh Allah, kamu dapat berceria dalam apa pun kesusahan. Kalau dibenarkan bebas, ia dapat dan akan mengejar orang yang berjaga-jaga pun ke ambang membunuh diri. Adakah kamu menguasai rohmu pada hari ini?
Orang yang biasa pernah melakukan perbuatan yang besar ketika dikenakan tekanan, kesakitan, bahaya, dan kesukaran yang dahsyat, dengan roh yang kuat dan yang tabah. Perbuatan besar mereka sungguh ajaib ketika dibacakan, tetapi orang Kristian boleh berbuat lebih besar. Sebab pengetahuan kenyataan semasa dan harapan masa depan, dan Roh Kristus yang bantu mendukung ialah apa yang orang durjana langsung tidak kenal.
Menguasai rohmu ialah bukti yang paling hebat untuk kematangan Kristus dan jalan untuk membantu orang lain. Perjuangan bagi kebenaran menentang fahaman sesat dan masalah di luar adalah mudah. Perjuangan menguasai roh yang marah, melulu, mudah murung (melankolia), atau tersinggung di dalam lebih sukar. Untuk bertumbuh dalam budi baik dan menjalani hidup dalam Roh Kudus untuk menghasilkan buahNya akan menghasilkan penguasaan rohmu yang berhikmah.
Mungkinkah ada lelaki yang salih dan yang hebat untuk dihitung? Mungkinkah ada perempuan yang berakhlak mulia?
Tiada apa pun yang lebih penting dalam kehidupan daripada perbuatan menguasai rohmu. Jika kamu biar ia berkuasa, kamu kalah (Ams 25:28). Jika kamu menguasainya, kamu lebih besar daripada orang yang menakhluki kota (Ams 16:32). Rohmu ialah kuasa dorongan yang utama di sebalik manfaatmu kepada orang lain atau bebanmu kepada orang lain. Rohmu boleh memperlengkapkanmu untuk melakukan perbuatan besar atau menahanmu daripada apa pun peluang menjadi berguna.
Ketika Ayub menguasai rohnya, dia menyembah dan memberkati Allah, walaupun keburukan keadaannya sungguh dahsyat (Ayb 1:20-22). Ketika Ayub membiarkan rohnya berkeliaran dengan fikiran tentang kerugiannya yang besar, dia mengutuk hari yang dia dilahirkan dan harap untuk mati (Ayb 3:1-36). Dan dia terus memudarat ke lembah murung sejak itu, sehingga Elihu dan Allah memperbetulkan sikapnya yang membenarkan dirinya sendiri dan bersimpati terhadap dirinya (Ayb 32:2; 38:1-3). Rohnya pada mulanya mengekalkan ketabahannya, tetapi kemudian ia hampir membinasakannya.
Apakah yang sudah salah dengan Ayub? Apakah yang terjadi di antara Ayub 1:20-22 dan Ayub 3:1? Dia terlalu banyak berfikir! Dan kawan-kawannya itu sungguh tidak berguna. Menyelidiki diri sendiri adalah baik, jika dilakukan dengan batasan-batasan Alkitab. Orang negatif yang sedih bagi diri sendiri adalah tidak salih dan tidak keberhasilan atau tidak berguna. Ayub sepatutnya berpuasa dan berdoa dengan kawan-kawannya untuk menyertainya (Yak 5:13). Sebaliknya, dia membenarkan penyelidikan diri sendiri yang murung menumbangkannya sehingga jatuh kepada sikap yang membenarkan diri sendiri dan yang menyoal Allah (Ayb 2:11-13).
Ketika Daud mengalami krisis yang terbesar kerana kena melarikan diri daripada Saul, ketika kawan-kawannya sendiri ingin untuk merejamnya dengan batu, dia “menggalakkan dirinya dalam TUHAN Allahnya” (1Sam 30:6). Dan sahabatnya yang sejati, iaitu Yonatan, menguatkan tangannya dalam Allah dengan galakan (1Sam 23:16). Yonatan ialah kawan yang sejati berbanding dengan kawan-kawan Ayub yang teruk dalam penghiburan.
Seseorang yang menguasai dirinya dalam takut dan sukacita Tuhan ada pesta yang terus-menerus, tidak kira apa pun keadaan; tetapi orang yang membenarkan dirinya untuk terseksa dapat menemui hal-hal yang negatif setiap hari dalam kehidupannya (Ams 15:15). Menguasai rohmu dengan sukacita membawa suatu kecenderungan yang ceria, tetapi dukacita yang tidak dikenalpastikan akan mematahkan roh (Ams 15:13). Betapa teruknya pilihanitu! Hati yang girang menyembuhkan jiwa, tetapi roh yang patah akan mengeringkan hidupmu. Lihatlah ulasan dalam Amsal 17:22.
Ia masih mungkin bersukacita dalam kegagalan ekonomi (Hab 3:17-19). Petrus dan Yohanes bersukacita kerana dipukul orang Yahudi (Kis 5:40-41); Stefanus berdoa untuk para pembunuhnya (Kis 7:60); Paulus dan Silas menyanyi di penjara (Kis 16:25). Paulus berkelah ketika terkena ribut di tengah-tengah lautan (Kis 27:33-36).
Para martir Allah, sejak Habel sampai ke penganiayaan semasa di negara-negara yang musuh Kristian, telah mengalami seksaan yang sangat teruk dengan roh yang ceria dan yang menang dengan menumpukan hati mereka kepada Yesus Kristus melalui RohNya. Dunia tidak layak bagi roh-roh yang hebat ini. Kamu tidak pernah mengalami kesukaran mereka, tetapi adakah kamu memiliki waktu-waktu kemurungan sama ada beberapa jam atau beberapa hari?
Kebahagiaan ialah pilihan. Adakah kamu memahami peraturan kehidupan yang mudah tetapi yang sungguh mendalamini? Kebahagiaan tidak bergantung kepada keadaan seperti yang banyak orang fikir. Ia pilihan. Kepahitan jiwa atau roh yang tersinggung juga suatu pilihan, dan kebanyakan keadaan tidak dapat membantu manusia yang membuat keputusan yang bebal untuk kekal pahit hati atau tersinggung. Jadilah mulia – pilihlah untuk menjadi puas hati dan bersyukur untuk kehidupanmu, dan langkauilah pelanggaran-pelanggaran orang lain (Ams 19:11; 1Tim 6:6).
Raja Ahab meragam di katil dengan mukanya memandang ke dinding dan tidak ingin makan, kerana dia tidak dapat Nabot punya kebun anggur (1Raj 21:4). Isterinya mengambil kesempatan atas anginnya yang tidak baik (melankolia) dan membunuh Nabot untuk menyukakan suaminya yang tidak dapat dihiburkan. Biar sesiapa lelaki Kristian pun tidak berperangai seperti itu terhadap isteri atau keluarga, sebab kamu sedang menandakan diri sebagai orang yang sungguh durjana.
Elia pun kecewa selepas kemenangannya yang besar mengatasi para nabi Baal, ketika Elia harap untuk mati (1Raj 19:4). Kita belajar bahawa keamatan perasaannya (Yak 5:17), namun untuk rasa kecewa (dihempaskan) dan untuk dibinasakan adalah dua hal yang sungguh berbeza (2Kor 4:8-11). Suatu roh yang dikuasai mungkin kecewa, tetapi ia tidak boleh berubah untuk menjadi dosa melankolia dalam keterlampauan bersimpati bagi diri sendiri.
Pada peringkat awal Perang Dunia Kedua, orang Britian banyak kerugian kapal dan kelasi kerana orang Jerman punya U-boat. Sementara mencari jalan untuk menyelamatkan nyawa yang ada di laut, mereka dapat menemui bahawa orang yang lebih berpengalaman ada daya mahu hidup yang lebih kuat daripada kelasi yang lebih muda, dan yang lebih kuat secara badaniah. Lebih banyak tahun kekerasan hidup meneguhkan lagi roh lelaki yang lebih tua itu dan telah memberi mereka suatu kelebihan dalam situasi-situasi kemandirian. Kepala kajian ini, Kurt Hahn, telah memakai pengetahuan ini ketika membentuk program latihan Outward Bound, yang menambahkan lagi ketabahan orang melalui cabaran terkawal yang semakin bertambah sukar.
Prinsip membina roh ini telah ditunjukkan lebih awal daripada tahun 1941, sebab Allah membina imanmu dan kesabaranmu (tahan kesukaran) dengan cara yang sama. Dia dengan teliti menyediakan cubaan dan ujian untuk menambahkan kekuatan rohmu (Yak 1:2-4; Rom 5:3-5). Kamu tidak akan berhadapan dengan apa pun cubaan pada hari ini yang kamu tidak dapat melepaskan diri dan memenanginya (1Kor 10:13), jika kamu dapat melihat kesetiaan Allah dalam pembentukannya dan keuntungan peribadi untuk mengharunginya.
Paulus dapat mengharungi kesusahan dan kelemahan peribadi besar melalui pengetahuan bahawa rahmat Kristus akan mengekalkannya (2Kor 12:7-10). Dan bukankah kamu dapat melakukan yang sama, sementara tahu bahawa segalanya turut bekerja bagi kebaikan kepada mereka yang mengasihi Allah, dan kepada mereka yang telah dipanggil menurut tujuanNya (Rom 8:28)? Kamu lebih daripada penakhluk kota melalui Dia yang telah mengasihimu (Rom 8:35-37). Tuhan dapat menyembuhkan hatimu yang telah dipatahkan dan membalut luka-lukamu (Maz 147:3).
Dosa akan membinasakan roh yang benar, tetapi pengakuan dosa dapat memulihkan roh (Maz 51:10). Daud mengeluh di bawah tangan keras hukuman Tuhan bagi perbuatan kejinya berzina dan membunuh (Maz 32:1-5; 38:1-11; 39:11; 51:8). Tetapi pengakuan dan pertaubatan membawa kesegaran, keredaan, dan sukacita (Ayb 33:19-30). Petrus telah kuat menangis kerana menyangkal Yesus, tetapi lima puluh hari kemudian di Hari Pentakosta dia menjadi kuasa yang besar. Jika dosa sedang menjunamkan rohmu, akuilah dosamu kepada Allah sekarang juga.
Dosa yang tidak diampuni Allah dapat membawa neraka yang tidak terkata kepadamu dalam kehidupan ini. Kepedihan Kain lebih, “lebih besar daripada yang dapat dia tanggung” (Kej 4:13). Kemurungan Saul memaksanya untuk mencari perempuan sihir ketika dia berdukacita besar (1Sam 28:15). Ahitofel dan Yudas memilih untuk mencekik diri sebagai penawar bagi kesakitannya (2Sam 17:23; Mat 27:3-5). Mereka hanya mengecap satu titisan neraka, tetapi seksaan pedih hukuman itu terlampau banyak bagi mereka. Betapa besar lagi kepenuhan neraka untuk kekekalan!