18:15
Hati orang berhemat memperoleh pengetahuan; dan telinga orang berhikmah mencari-cari pengetahuan.
Sesetengah orang ada kedua-duanya hati dan telinga untuk pengetahuan, tetapi itu sungguh jarang. Mereka merupakan orang yang hebat dan yang mulia di dunia. Kebanyakan orang tiada hati atau tiada telinga untuk pengetahuan. Mereka tiada kedambaan untuknya, dan mereka tidak suka usaha mendengar supaya dapat memperolehnya. Mereka bebal, dan mereka dengan mudah dikenalpastikan oleh sikap tidak mengendahkan arahan dan pembelajaran.
Salomo memberi amaran tentang orang yang berpura-pura. Dia berkata, “Apa gunanya wang di dalam tangan si bebal untuk mendapatkan hikmah, sedangkan dia tidak ada hati untuknya?” (Ams 17:16). Mereka akan menyertai gereja; mereka akan membeli buku; mereka akan berkata bahawa mereka mengingini pengetahuan; tetapi mereka tidak akan menunjukkan usaha atau kecekalan hati yang menandakan orang mulia sebagai para pencari hikmah (Ams 18:1).
Hai pembaca, berapa pentingnya kebaktian gereja bagimu? Adakah kamu dengan tamak mendambakannya? Adakah kamu bersiap sedia dengan teliti untuknya? Adakah kamu dengan membara berdoa untuknya? Adakah kamu menghadirinya dengan mengharapkan berkat? Adakah kamu dengan bersukacita menanti-nantikan firman Allah dibuka? Inilah tanda-tanda hati orang berhemat, dan dia akan memperoleh lebih hikmah. Ada banyak lagi yang menganggap perhimpunan gereja sebagai beban dan sesuatu yang menjelekkan, tetapi mereka akan membenci hati durjana mereka pada Hari Penghakiman, ketika mereka ditolak oleh Tuhan kemuliaan (Luk 16:27-31).
Hai pembaca, berapa baiknya kamu mendengar khutbah? Adakah kamu duduk di depan dan biar tiada apa pun yang mengalihkan perhatianmu? Adakah kamu tertumpu kepada setiap ayat yang diucapkan? Adakah kamu setia untuk berubah? Adakah kamu mengulangkaji pelajarannya selepas itu? Inilah tanda-tanda telinga orang berhikmah; dia mencari-cari pengetahuan dengan mendengar. Khutbah membosankan banyak orang, jadi mereka tidur atau bermimpi ketika khutbah berlangsung, tetapi mereka akan membenci telinga yang durjana mereka pada Hari Penghakiman, ketika mereka ditolak (2Tes 2:9-14).
Ada segelintir orang yang seperti orang Berea. “Orang-orang ini lebih mulia daripada mereka yang di Tesalonika, kerana mereka menerima firman itu dengan segala persediaan minda, dan menyemak kitab setiap hari, untuk menentukan jikalau hal-hal itu memang sedemikian” (Kis 17:11). Pertimbangkan telinga mereka. Mereka menerima khutbah Paulus dengan segala persediaan – mereka merupakan pendengar yang mulia. Mereka menerima khutbah Paulus dengan segala persediaan – mereka merupakan pendengar yang ghairah. Pertimbangkan hati mereka. Mereka menyemak Alkitab setiap hari untuk mengesahkan kata-katanya – mereka ada keghairahan yang berkobar-kobar untuk belajar kebenaran.
Pertimbangkan semangat orang yang berhikmah dan yang berhemat. Mereka tidak berpuas hati dengan pengetahuan mereka: mereka mahu lebih. Tetapi orang bebal memikir dia sudah tahu segala-galanya (Ams 12:15; 18:2; 28:26). Orang berhikmah tidak pernah berpuas hati: semakin dia belajar, semakin dia ingin belajar (Ams 1:5; 9:9; 15:14). Apakah semangat yang kamu ada terhadap pendengaran, pembelajaran, kebenaran, dan hikmah?
Yesus bertumbuh dalam hikmah di hadapan Allah dan manusia, kerana Tuhan membuka telinganya, yang mendengar seperti telinga orang terpelajar, dan Dia tidak derhaka kepada arahan (Yes 50:4-5). Dia sekarang berada di tangan kanan Allah yang memerintah alam semesta dengan segala harta berharga hikmah dan pengetahuan (Kol 2:3). Dia teladanmu yang besar. Jadikanlah hatimu dan telingamu seperti Dia punya.