Amsal · Proverbs

18:16
Pemberian orang membuka peluang baginya, dan membawanya menghadap para pembesar.

Hadiah memang berkuasa. Salomo tahu kuasa pemberian untuk kebaikan dan untuk keburukan. Dia memberi amaran terhadap rasuah yang mencemarkan keadilan dan mencabuli penghakiman (Ams 17:8,23; 19:6). Tetapi dia juga tahu bahawa pemberian boleh membantu dalam tujuan yang mulia untuk memperoleh keredaan dan mengganjari kemurahan (1Raj 5:1-12; 10:1-13).

Amsal ini berbicara tentang pemberian seseorang yang membuka ruang baginya – membuka pintu peluang dan keistimewaan yang kalau sebaliknya adalah terhalang. Suatu tip yang murah hati kepada ketua pelayan restoran akan mendapatkanmu tempat duduk yang lebih unggul atau membuka tempat istimewa yang tertutup kepada para tetamu yang lain.Tiada apa pun pertunjukkan ada masalah tiket habis kalau adanya kesanggupan bayar harga yang sesuai. Setiap rumah penginapan ada bilik kalau adanya pemberian yang sesuai.

Amsal ini berbicara tentang pemberian seseorang yang menghadap dirinya kepada para pembesar yang berdarjat tinggi – pemberian itu membuka peluang baginya untuk bersemuka dengan orang yang lebih tinggi darjatnya daripada pemberi. Seorang jurujual ubat boleh ada beberapa minit bersama doktor jika dia membawa suatu pemberian atau hadiah kepada para jururawat. Presiden bank akan melayani para pendeposit yang besar, dan seorang senator akan bermain golf denganmu untuk suatu sumbangan besar kepada kempen dia.

Kuasa hadiah boleh disalahgunakan. Untuk memberi atau menerima pemberian bagi tujuan mencabuli keadilan merupakan rasuah. Ia suatu dosa yang teruk bagi si pemberi dan juga si penerima. Allah syurga mengutuk amalan rasuah (Kel 23:8; Ula 16:19; Maz 26:10; Yes 5:23; Yeh 22:12; Amo 5:12; Mik 7:3). Anak-anak lelaki Samuel menerima rasuah, tetapi Samuel langsung tidak pernah berbuat demikian (1Sam 8:3; 12:3).

Sesiapa pun dalam kekuasaan menghadapi godaan untuk mengkompromikan penghakimannya untuk mendapat pemberian atau keredaan daripada orang yang mengingini bantuannya. Para penguasa kerap kali ditawarkan faedah supaya menggalakkan tujuan si pemberi. Majikan pula boleh diberi rasuah untuk peluang kerja. Pastor pula diampu untuk belas kasihan, dan ayah pun harus melangkaui keredaan anak yang derhaka.

Pemberian boleh dipakai untuk tujuan yang mulia (Ams 21:14). Hamba Abraham menemui seorang pengantin perempuan untuk Ishak dengan pemberian (Kej 24:53). Yakub memakai pemberian untuk meredakan Esau (Kej 32:3-21). Dia juga mengutus pemberian bagi keredaan di mahkamah Firaun (Kej 43:11-14). Ehud memakai suatu pemberian untuk tugasannya (Hak 3:15-23). Abigail meredakan kemarahan Daud dengan pemberian yang amat diperlukan tenteranya (1Sam 25:18,35).

Ada dua pelajaran. Pemberian untuk merasuah orang ialah dosa, yang merosakkan keadilan dan menggalakkan kompromi untuk keuntungan kewangan. Apa pun pemberian demikian baik diberi mahupun diterima haruslah ditolak. Orang yang memberi atau yang menerima pemberian demikian tidak boleh dipercayai. Pemberian atau keredaan yang sah atau keistimewaan haruslah sungguh wajar, tanpa ada kelihatan pun apa-apa maksud kompromi.

Allah Yang Maha Benar dan Yang Maha Hidup ialah Peribadi yang paling besar di seluruh alam semesta. Bagaimanakah mungkin sesiapa pun datang menghadapNya? Bagaimanakah ruang di syurga boleh dibuka bagimu? Apakah pemberian yang akan kamu beri untuk mendapat keredaanNya? Tiada apa pun yang mungkin! Allah Sendiri yang telah memberi pemberian itu – pemberian Anak LelakiNya Yesus Kristus, Yang telah membuka sepenuh-penuhnya jalan ke hadirat Allah (Efe 2:18; Ibr 4:14-16; 10:19-22).