Amsal · Proverbs

18:23
Orang miskin memakai rayuan; tetapi orang kaya menjawab dengan kasar.

Setiap orang dilahirkan ke dalam dunia dengan cara yang amat serupa dengan anak keldai liar (Ayb 11:12), tetapi sesudah beberapa pencapaian, dia fikir dia dapat bercakap kasar kepada orang lain. Orang miskin belajar untuk berucap dengan lemah-lembut dan bermohon dengan rendah hati, sementara orang kaya dengan angkuh berucap kepada mereka dengan kekerasan. Amsal ini benar bagi orang alamiah, tetapi ia tidak harus menjelaskan perangai orang rohaniah.

Kelebihan atau kekurangan kewangan dengan lekas memberi kesan kepada kehidupan manusia. Orang kaya memikir diri sendiri hebat, ada banyak kawan, dan memerintah atas orang miskin (Ams 14:20; 22:7; 28:11). Mereka membesar dengan memikir bahawa dunia menuruti segala kehendak mereka. Mereka memikir bahawa diri mereka adalah tidak kebergantungan kepada Allah dan manusia, maka mereka berucap secara merendah-rendahkan orang yang kurang kaya. Yusuf bertutur dengan kasar kepada saudara-saudaranya untuk menyembunyikan jiwanya yang lemah-lembut (Kej 42:7); Nabal berbuat serupa untuk menyatakan hati yang hina (1Sam 25:5-11).

Membeza-bezakan orang melalui pendapatan bukanlah perangai orang Kristian. Yesus mengajar suatu agama yang tidak bersikap memandang bulu sedemikian (Yak 2:1-4). Orang kayalah yang secara am menganiaya para percayawan (Yak 2:6-7), dan ia biasanya orang miskin yang telah dipilih Allah untuk diberi iman kerajaanNya (Yak 2:5). Allah telah memilih orang miskin dunia ini untuk membingungkan orang kuat (1Kor 1:26-31). Tiada perbezaan dalam Yesus Kristus di kalangan orang hamba dan orang merdeka (Kol 3:28).

Kekayaan menghasilkan keangkuhan, dan kesan yang biasa ini sukar untuk ditahan (Ams 18:11; 30:8-9). Orang yang mencari kekayaan berbuat demikian bagi kebinasaan mereka sendiri (1Tim 6:6-10). Tidak hairanlah Yesus berkata ia lebih sukar untuk orang kaya memasuki kerajaan syurga daripada seekor unta melalui lubang jarum (Mat 19:24). Dan lubang itu memang sangat kecil! Kamu tidak muat.

TUHAN menciptakan kedua-dua orang miskin dan orang kaya (Ams 22:2). Orang kaya bukanlah orang yang telah sendiri mencapai kekayaan, seperti yang suka difikirkan mereka. Kekayaan bukan oleh kelajuan, kekuatan, hikmah, pemahaman, atau kemahiran; ia melalui kawalan Allah bagi “waktu dan nasib” (Pkh 9:11). Orang kaya, mengapakah kamu bermegah dalam kekayaanmu, akan seperti kamu telah mengusahakannya melalui keupayaanmu sendiri, sementara Allah yang memberi itu kepadamu (1Kor 4:7)?

Daripada kekasaran, sikap berbaik budilah yang harus melingkupi segala yang diucapkanmu dan yang dilakukanmu (Pkh 10:12; Kol 4:6). Sebab rahmat besar telah memberi kepunyaanmu kepadamu, tidak kira betapa miskin dirimu di dalam dunia ini. Yesus Kristus, pemilik syurga dan bumi, telah datang ke bumi dan dengan lemah-lembut berurus dengan pelbagai jenis orang miskin (Luk 4:18-21; 21:1-4). Biar orang miskin bersukacita; biar orang kaya meratapi nasib mereka (Yak 1:9-11). Tidak seorang pun melalui cara apa pun dapat memberi Allah tebusan bagi jiwanya (Maz 49:6-13).

Yesus telah memberkati orang miskin dalam roh (Mat 5:3), dan BapaNya di syurga berjanji untuk menghormati mereka (Yes 66:2). Semua orang adalah miskin di takhta Allah, dan semua orang tidak memiliki satu sen pun ketika mati; setiap orang, meskipun dalam keadaannya yang paling baik pun adalah sama sekali sia-sia (Maz 39:5). Pemungut cukai yang secara rohaniah miskin di hadapan Tuhan pulang ke rumahnya dalam keadaan diperbenarkan (Luk 18:9-14), sementara orang kaya bangun di neraka (Luk 16:22-23). Akuilah kepada Allah kemiskinan benarmu, dan rayulah kepadaNya bagi kekayaan sejati.