Amsal · Proverbs

18:22
Sesiapa yang mendapat seorang isteri mendapat sesuatu yang baik, dan memperoleh keredaan TUHAN.Sesiapa yang mendapat seorang isteri mendapat sesuatu yang baik, dan memperoleh keredaan TUHAN.

Bayangkan suatu dunia lelaki yang sempurna. Kerja adalah mudah; kamu dan dunia adalah sempurna; tiada kesakitan, kepedihan, dosa, atau masalah; makanan yang enak berada di mana jua; seluruh dunia dinikmati dirimu sendiri; ia tidak hujan; kamu sungguh bijaksana; Yang Maha Kuasa ialah sahabatmu; kamu dapat hidup selama-lamanya!

Apakah yang salah? Adam ketiadaan isteri – seorang perempuan yang boleh dipanggil miliknya sendiri. TUHAN Allah berkata bahawa situasinya yang sempurna tidak baik, meskipun Adam dan Dia berkawan (Kej 2:18). Adam memerlukan teman yang sempurna untuk membantunya memaksimakan kehidupannya di dunia ini. Maka Allah menjadikan seorang perempuan daripada tulang rusuk lelaki, dan memperkenalkan perempuan itu kepada Adam, dan mengaturkan perkahwinan yang pertama.

Dia lebih baik daripada satu. Tidak kira apa pun kebaikan yang tertulis tentang kehidupan bujang, Allah menyatakan bahawa ia tidak baik. Dua lebih baik daripada satu kerana sekurang-kurangnya lima sebab (Pkh 4:9-12; 1Kor 7:2-5). Mereka mengongsi hasil jerih lelah, membantu satu sama lain mengharungi kesukaran, saling memperlengkapi kemampuan-kemampuan satu sama lain, membantu melawan musuh, dan ada kekasih yang kekal dan yang setia. Jika keunggulan perkahwinan ini sejati di Taman Eden yang sempurna, betapa lebih benar di dalam dunia kita yang berdosa?

Tetapi bukan sebarang perempuan boleh jadi isteri, dan Salomo tidak pernah mengajar bahawa mana-mana perempuan boleh jadi. Dia memberi amaran terhadap perempuan yang jelek (Ams 30:21-23). Dia memberi amaran terhadap perempuan yang lacur (Ams 6:26; 7:18-20; 22:14; 23:27-28). Dia tahu isteri yang jahat adalah lebih teruk daripada bersendirian (Ams 12:4; 19:13; 21:9,19; 25:24; 27:15-16). Walaupun dia telah mencubai 1000 perempuan (1Raj 11:3), dia mendapati bahawa mereka semua jahat dan lebih pahit daripada maut dalam kepedihan dilakukan mereka terhadapnya.

Tetapi amsal ini tidak menyatakan isteri baik – ia hanya merujuk kepada isteri tanpa kata penerang. Bagaimanakah kamu dapat membuktikan adanya elipsis itu di sini? Kamu dapat faham itu dengan pemahaman bahawa isteri ini sesuatu yang baik, dengan keredaan Allah dalam hal ini, dengan pelajaran-pelajaran perkahwinan dalam Amsal, dengan pemakaian adjektif [kata sifat “baik”] di tempat yang lain (Ams 19:14), dan melalui elipsis demikian di dalam Amsal 15:10,23; 16:10; 29:4; Pengkhutbah 7:28.

Salomo hanya berniat menyatakan isteri yang berakhlak mulia (Ams 12:4; 19:14; 31:30), dan dia harus setia sepenuh-penuhnya kepada takut dan kasih Allah (Ams 31:30; 1Kor 7:39). Siapakah yang dapat menemui perempuan sedemikian (Ams 31:10)? Dia sebegitu jarang, Salomo tidak dapat menemuinya. Hanya berkat Allah akan menemuinya (Ams 19:14), maka kekalkanlah hatimu untuk mencarinya, dan rayu dan percaya akan Dia untuk mengarahkan langkah-langkahmu (Ams 16:9).

Bagaimanakah kamu patut menilai perempuan? Oleh takut akan Allah (Ams 31:30)! Hai teruna, jauhkanlah nafsu-nafsu bebal yang mengutamakan kecantikan (Ams 11:16,22), dan janganlah peduli keredaan perempuan yang ditawarkannya atau diberikannya (Ams 23:27-28). Dengarlah ibubapa Simson yang memberi amaran kepadanya (Hak 14:3). Carilah di tempat-tempat yang betul, dengan doa yang membara terhadap Allah, dan percayalah penyediaan nasibNya yang penuh kasih untuk memimpinmu kepadanya (Kej 24:1-67).

Berapakah kamu bersyukur, hai pembaca? Jika kamu memiliki seorang isteri yang takut akan Allah dan yang memenuhi peranannya, kamu seorang lelaki yang sungguh diberkati. Adakah Tuhan mengenal kesyukuranmu? Adakah isterimu mengenal kesyukuranmu? Jika dia tidak sempurna, itu salah kamu; kerana ia keistimewaan dan tanggungjawab bagimu untuk menyempurnakannya (Efe 5:25-29).

Dan isteri, kamu harus menyoal diri, adakah aku sesuatu yang baik dan suatu berkat daripada Allah? atau suatu kutuk? Jawapannya ditemui di dalam kebahagiaan suamimu dan reputasimu dengan orang-orang lain. Kamu harus lebih lanjut bertanya, bagaimanakah aku dapat dengan lebih baik memenuhi peranan yang telah Allah beri kepada Hawa di Taman Eden dan kepada aku bagi kehidupanku? Arahan-arahan yang sempurna adalah daripada Tukang Risikmu di dalam buku panduannya – Alkitab.