Amsal · Proverbs

18:24
Orang yang ada sahabat-sahabat harus menunjukkan dirinya sebagai seorang peramah: dan ada seorang sahabat yang melekat lebih dekat daripada seorang saudara lelaki.

Di sini ada dua peraturan untuk persahabatan – memiliki sahabat mewajibkan keramahan, dan sahabat yang baik adalah lebih baik daripada keluarga. Banyak yang membuat alasan bagi keadaan mereka yang kekurangan sahabat, tetapi perangai yang betul untuk mendapat sahabat dan untuk mengekalkan mereka tidak sukar. Di sini juga sedikit tanda yang memaksudkan Tuhan Yesus Kristus, Sahabat kekal kepada umatNya, yang tidak akan pernah meninggalkan atau mengabaikan mereka (Ibr 13:5-6).

Orang peramah akan mempunyai segala sahabat yang diinginkan mereka. Orang yang berbudi baik akan mempunyai raja sebagai sahabatnya (Ams 22:11), dan perempuan yang berbudi baik akan selalu disanjungi (Ams 11:16). Untuk memperoleh sahabat atau mengekalkan sahabat, seseorang haruslah ramah. Ketika adanya kekurangan kawan, ia membuktikan seseorang sebagai kurang ramah. Walaupun orang demikian mungkin fikir dan memberitahumu bahawa mereka peramah, mereka ada ciri akhlak atau personaliti yang menghalau orang lain.

Peraturan ini menyakiti, tetapi ia benar seperti hukum graviti. Kekurangan kawan menandakan masalah-masalah untuk berpadu dengan orang lain. Suatu matlamat dalam Amsal Solomo adalah untuk kamu bertumbuh dalam keredaan dengan Allah dan manusia, yang merupakan suatu pilihan bagi pihakmu untuk ada akhlak dan perangai yang diingini orang (Ams 3:1-4; 22:1; 27:9; 16:24,28; 17:9). Musuh-musuh pun boleh dimenangi melalui perangai yang baik (Ams 16:7). Maka jika kamu tidak mempunyai banyak kawan, pandanglah kepada cermin Kitab Amsal dan carilah noda dan celamu (Yak 1:21-25).

Sahabat mengasihi pada setiap waktu, bukan sahaja pada waktu yang baik; mereka bukanlah kawan pada waktu senang sahaja (Ams 17:17). Sahabat-sahabat memberi lebih daripada apa yang diambil mereka, dan mereka tidak kisah tentang apa yang mereka mendapat (1Sam 18:3-4; 23:16). Kawan-kawan memberi nasihat yang bersungguh-sungguh, bukan nasihat yang membongkak diri (Ams 27:9). Sahabat-sahabat memikir yang paling baik dan menanggung yang paling buruk (1Kor 13:4-7). Sahabat-sahabat selalunya berbudi baik (Ams 22:11).

Sahabat-sahabat menajam satu sama lain, meskipun ia mewajibkan pembetulan atau teguran (Ams 27:6,17; Maz 141:5). Kawan-kawan adalah intim (Kel 33:11; Ula 13:6). Mereka berkomunikasi secara terbuka (Yoh 15:15). Sahabat-sahabat menunjukkan simpati pada waktu kesengsaraan (Ayb 6:14; Maz 35:14). Mereka percaya kepada satu sama lain (Maz 41:9). Kawan-kawan bersukacita dalam berkat kawannya (Luk 15:6; Yoh 3:29). Di bahagian manakah yang kamu gagal, wahai pembaca?

Sahabat-sahabat tidak memberi nasihat sebelum ia diperlukan, tidak membenarkanmu untuk berdosa terhadap Allah, tidak bercampur tangan dalam hal peribadi, tidak menyangka masamu adalah untuk diri mereka, tidak memikir untuk lebih mendapat daripada memberi, tidak mengongsikan rahsia, tidak meremeh-temehkan hal, tiada keangkuhan, tidak mengingati kesalahan silam, tiada sikap menganggap diri sendiri benar, atau tidak menuntut hak untuk kasih sayang. Sudahkah kamu menyinggung orang dalam mana-mana cara tersebut? Bertaubat; berubahlah pada hari ini.

Kawan yang luar biasa adalah jarang. Jika mereka biasa, maka mereka tidak istimewa. Sahabat yang hebat adalah lebih baik daripada keluarga, sebab mereka akan melekat lebih dekat daripada saudara darah daging semata-mata. Adik beradikmu tidak memilihmu, tetapi kawan sejati telah memilihmu untuk sebab-musabab yang baik dan yang mulia. Mereka akan berada bersamamu dan berada untukmu, ketika sanak saudaramu sudah meninggalkanmu untuk melanjutkan kehidupannya sendiri.

Daud dan Yonatan merupakan kawan-kawan sedemikian. Daud menghargai kasih Yonatan lebih daripada kasih kaum wanita (2Sam 1:26). Abang-abangnya sendiri memandang hina dirinya, tetapi Yonatan mengasihinya sebagai jiwanya sendiri (1Sam 16:1-13; 17:28; 18:1-4). Dengan itu, mereka membuat suatu ikatan perjanjian bersama-sama yang membawa kesan kepada kehidupan mereka sendiri dan kepada keturunan mereka juga, jika mana-mana di antara mereka berdua mati dahulu.

Ketika kamu menemui seorang kawan sedemikian, kerahkanlah segala usahamu untuk mengekalkan persahabatan itu. Dengan tekun elakkanlah singgungan dan pelanggaran, dan selesaikan masalah dengan cepat kalau ia berlaku (Ams 18:19; Mat 5:23-25). Seorang kawan yang cemerlang juga mungkin dapat diwarisi daripada bapamu (Ams 27:10). Ketika pada waktu masalah, kamu mahu memakai kawan ini daripada ahli keluarga, sebab dia akan selalu berada dekat-dekat dengan kasih sayang dan berbangga kerana dapat membantumu.

Orang Kristian patut memperoleh rakan karib di antara sesama sendiri, sebab darah lebih pekat daripada darah; iaitu, Yesus Kristus punya darah adalah lebih pekat daripada mana-mana ikatan darah keluarga. Pertimbangkan kasih Roh (Kis 42:47; 4:32-37). Jika persetujuan adalah wajib untuk berjalan sehaluan, maka persetujuan dalam injil menimbulkan suatu perhubungan yang ajaib (Amo 3:3; Flp 1:3-5).

Tuhan Yesus Kristus, Sahabat Kekal umat Allah, berbuat lebih daripada mana sahabat yang lain – Dia menyerahkan nyawanya untuk mereka, ketika mereka masih musuhNya (Yoh 15:13; Rom 5:8). Mana satu sanak saudara yang akan melakukan itu bagimu? Yesus sekarang hidup bagi sahabat-sahabatNya dan tidak akan kehilangan seorang pun dari antara mereka baik pada waktu sekarang mahupun pada waktu di akhirat. Biar Yesus Kristus sendiri menjadi kegenapan yang lengkap di sini!