18:6
Bibir orang bebal memasuki perbalahan, dan mulutnya memanggil untuk sebatan.
Para pemborak bebal haruslah dipukul. Kamu pernah mendengar mereka. Mereka sungguh memualkan. Pertengkaran dan perbahasan mengikuti mereka di mana jua mereka berada. Pernahkah kamu menjadi orang demikian? Adakah kata-katamu menghirus, menjelek, menggeram, atau memprovokasi orang lain? Hikmah dan kejayaan bergantung kepada penguasaan ucapanmu.
Pertimbangkan amsal yang kemudian, yang berkaitan. “Mulut orang bebal ialah kebinasaannya, dan bibirnya ialah jerat jiwanya” (Ams 18:7). Orang yang tidak dapat menguasai ucapannya akan membinasakan dirinya sendiri. Mulutnya akan membawa jiwanya ke masalah dengan pelbagai cara. Dia harus dipukul.
Jangan fikir kesimpulan Salomo terlalu kasar. Pukulan itu adalah bagi kebaikan diri mereka. Pukulan akan menambahkan damai sejahtera dan ketenteraman dengan mendiamkan mereka yang menghasilkan kekacauan yang lantang dengan mulut mereka. Jika mereka ada potensi untuk kejayaan, pukulan itu akan membantu mereka menemuinya. Jika ia dilakukan, ia tidak perlu banyak kali dilakukan, sebab orang bebal akan mengawal ucapan mereka untuk mengelakkannya.
Masalah pada zaman kini ialah salah faham teruk tentang hal pertuturan bebas. Tidak seorang pun ada hak untuk bercakap apa sahaja yang disukai mereka. Semua orang ada tanggungjawab untuk hanya menyatakan apa yang menyenangkan Allah dan yang menguntungkan manusia. Tetapi sekarang dengan hanya menekan papan kekunci, emel atau teks atau ciap (tweeter) dapat menghantar kata-kata angkuh, ucapan bongkak, dan tempelak yang biadap ke serata tempat.
Si bebal lebih suka bercakap daripada mendengar, terutamanya jika dia diperbetulkan. Dia lebih suka untuk bertengkar dan bercanggah daripada merendahkan dirinya untuk arahan. Sementara kekurangan hormat bagi kekuasaan dan bagi orang lain, dia bercakap ketika dia harus berdiam. Ucapannya yang rewel membawa konfrontasi, dan tutur katanya yang tidak wajar sedang merayu untuk mana-mana orang untuk memberinya sebatan di bahagian belakangnya dengan tongkat/rotan.
Di sinilah satu lagi tema dalam Amsal Salomo – menguasai ucapanmu. Lidah ialah sesuatu yang sangat berkuasa; ia dapat dipakai untuk baik atau jahat, hidup atau mati (Ams 18:21). Orang berhikmah belajar untuk menjawab (Ams 15:28); dia lambat untuk bercakap dan tidak menyebut lebih daripada apa yang diperlukan (Ams 17:27-28). Tetapi si bebal mencurahkan kebebalan, dan menyiarkan kepada semua orang bahawa dia orang bebal (Pkh 10:3).
Orang bebal tidak dapat menguasai mulut mereka (Pkh 10:12-14). Mereka bercakap terlalu banyak. Mereka bercakap tanpa berfikir. Mereka pandai cepat menempelak. Mereka bercakap ketika tidak harus bercakap. Mereka memerangi api dengan api. Mereka menjawab isu-isu sebelum mereka mendengarnya (Ams 18:13). Mereka tidak hormat dan jelek. Mereka menyoal hal-hal yang tidak patut dipersoalkan; mereka bertengkar tentang kata-kata yang tidak berfaedah.
Orang bebal tiada budi bicara. Mereka tidak tahu membezakan situasi-situasi yang harus memakai kata-kata yang berlainan dan nada yang berlainan. Mereka hanya membabi buta secara lisan, bak kata pepatah lembu jantan di kedai pinggan mangkuk tanah liat. Pendekatan mereka yang suka bertengkar dalam perbualan adalah menyinggung dan berbentuk konfrontasi, lalu mengakibatkan perasaan disakiti, perbalahan dan pertengkaran dinyalakan. Mereka menyebabkan perkelahian, dan mereka layak untuk dipukul.
Salomo mengajar bahawa jawapan yang lembut memalingkan murka dan mengakhiri perkelahian (Ams 15:1). Gideon tahu hikmah yang demikian, dan dia mengampu Efraim untuk menjauhi kemarahan mereka tentang tidak diundang ke pertempuran peringkat awal (Hak 8:1-3).Orang berhikmah tahu budi bicara demikian, tetapi orang bebal tidak akan dapat belajar itu. Hanya ada satu cara untuk mengajar orang bebal – sebatan daripada tongkat/rotan (Ams 26:3).
Hai ibubapa, adakah kamu dengan konsisten dan dengan tekun mengajar anak-anakmu peraturan ucapan yang berbudi baik? Ia sesuatu yang sungguh bernilai yang dapat diajarmu kepada mereka. Kejayaan di setiap bahagian kehidupanmu, daripada perkahwinan kepada kejayaan profesional mereka atau peranan mereka di gereja, mewajibkan ucapan yang terkawal dan yang difikirkan dengan teliti. Kamu bersama mereka setiap hari; kamu betul-betul dapat menggenapi amsal ini. Jangan membiarkan mereka untuk bertengkar antara adik-beradik, menguasai perbualan, bergurau senda, atau menjawab semula kepada arahanmu.
Orang Kristian selalu bertutur dengan berbudi baik (Kol 4:6; Efe 4:29). Jika kecaman diperlukan, hanya sedikit sahaja dipakai. Perbahasan terbuka dan pertengkaran itu salah (1Tim 6:3-5; Tit 3:9). Orang Kristian menolak perbuatan saling menengking tentang apa pun. Setelah orang bebal diperbetulkan, tiada lagi perkataan yang patut dipakai (Ams 26:4-5; 23:9). Biar dia jatuh ke dalam paritnya sendiri (Mat 7:6; 15:12-14).
Tetapi orang bebal akan mengacau. Mereka mahu menyoal segalanya. Mereka mahu bertengkar tentang hal apa pun dan bagi setiap hal. Mereka mahu membantah. Mereka ingin menyumbang pendapat mereka selalu. Mereka mahu mengingat kesalahan-kesalahan yang dahulukala. Mereka mahu memperbetulkan butir-butir. Mereka mahu membisik tentang orang lain.
Mereka lancang dan biadap. Mereka suka mengkritik dan negatif. Mereka kasar dan kurang ajar. Mereka suka melulu dan adalah lantang. Mereka mengikut gerak hati dan menjelekkan. Mereka tiada sikap berbudi baik dan mereka memalukan. Mereka orang bebal – mereka menyebabkan perselisihan dan perkelahian – mereka layak untuk dipukul.
Adakah kamu salah seorang daripada mereka? Adakah kamu pernah bersalah untuk mengacau damai sejahtera orang di sekitarmu dan terlibat di dalam persengketaan yang tidak perlu – tidak perlu menurut fikiran orang lain, sebab setiap orang bebal selalunya betul di matanya sendiri. Akankah kamu merendahkan dirimu dan mengubahkan tabiat pertuturanmu?
Berapa pentingnya amsal yang singkat ini? Selepas kehidupan ini kamu akan berdiri di hadapan Allah Sang Pencipta dan memberi perhitungan bagi setiap perkataan kosong yang telah dituturkanmu sementara di bumi – ucapanmu membantu menentukan nasibmu (Mat 12:34-37). Kamu kemudian akan berharap supaya dirimu telah dipukul untuk ucapan yang bebal. Sebaliknya, Allah dengan belas kasihanNya telah menyampaikan amsal ini melalui pena Salomo.
Allah lebih keras daripada Salomo! Dia membenci kebabilan ucapan yang kotor, borak bebal, atau bergurau senda; Dia memesan supaya sebaliknya bersyukur (Efe 5:4). Dia tidak lama lagi akan mengutus Yesus untuk menghakimi orang bagi dosa-dosa tersebut. “Jangan biar sesiapa pun memperdayakan kalian dengan perkataan sia-sia: sebab oleh hal-hal sedemikian datangnya murka Allah ke atas anak-anak kederhakaan” (Efe 5:6).