18:5
Ia tidak baik untuk mengistimewakan yang durjana, supaya menumbangkan yang benar dalam penghakiman.
Personaliti, perhubungan, atau hadiah harus diketepikan ketika menghakimi (Ams 17:15; 24:23; 28:21). Solomo memberi anak lelakinya suatu peraturan yang bernilai untuk memerintah secara saksama – dia perlu mengetepikan sesiapa pun yang ada dalam permasalahan supaya dapat menghakim dengan betul. Ia suatu keaiban ketika banyak orang membenarkan personaliti atau perhubungan untuk memberi kesan kepada keputusan, pendirian, atau penghakiman mereka. Keadilan dan hikmah yang benar mengetepikan segalanya kecuali isu yang ditangani berdasarkan cahaya firman Allah yang tidak pernah salah.
Pelajarannya sungguh penting bagi mereka yang berada di kedudukan berkuasa (2Sam 23:3). Keadilan harus dibuat dengan saksama dan dengan adil supaya menjaga integriti penguasa dan jawatannya. Tidak kira kalau seseorang membuat penghakiman di rumahnya, atau sebagai seorang majikan di syarikatnya, atau seorang ketua di kerajaan, atau seorang pastor bagi hal gereja, satu-satunya syarat bagi keputusannya haruslah, “Beginilah firman Tuhan.” Tiada apa pun pengaruh atau faktor yang lain boleh dibenarkan untuk masuk campur dalam proses ini.
Musa juga pernah mengajar pelajaran ini kepada Israel (Kel 23:2; Ima 19:15; Ula 1:16:17; 16:19). Dan Yosafat juga pernah mengajarnya (2Taw 19:7). Baik orang miskin mahpun orang kaya harus dilindungi. Orang besar tidak harus diberi keutamaan. Orang yang menakutkan tidak harus ditakuti. Suapan harus ditolak. Pendapat orang ramai harus diketepikan. Hukum-hukum Allah harus dipakai dengan wajar, tanpa faktor-faktor ekstra yang akan mempengaruhi keputusan. Israel kerap kali gagal dalam tugas ini (Mik 7:3).
Sejarah dan realiti membuktikan bahawa banyak yang akan berkompromi untuk sedikit. Pilatus menyalibkan Tuhan Yang Maha Mulia menentang penghakiman baik dia dan penghakiman baik isterinya, kerana dia ingin mengadakan damai dengan Orang Yahudi dan Kaisar. Orang politik yang moden menjanjikan apa pun yang akan menyenangkan orang ramai untuk memperoleh undi-undi yang diperlukan. Para penduduk yang minoriti di kawasan pilihanraya pernah menakut-nakutkan beberapa orang politik untuk mengesahkan perkahwinan orang liwat. Mereka menjadi hamba kepada suka-suka pendapat orang ramai.
Pendapat orang ramai tidak berkaitan, dan untuk mengikut majoriti adalah salah (Kel 23:2; 32:21-24; 1Sam 15:24). Namun, politik zaman kini memakai tinjauan pendapat, bahkan pendapat para penuntut sekolah,iaitu lapisan masyarakat yang paling bebal, supaya dapat menyenangkan orang ramai. Demokrasi adalah gila. Allah mengurniai ketua dengan kurniaan dan mentahbiskan jawatan-jawatan mereka untuk menyelamatkan masyarakat daripada orang majoriti. Para pemimpin harus memilih kewajaran, kebenaran, dan hikmah bagi mereka. Bila manakah majoriti, iaitu golongan yang paling rendah bagi kemanusiaan, pernah memilih keadilan melebihi perut, ketakutan atau kepercayaan karut mereka?
Allah tidak memandang bulu, dan kamu juga tidak patut berbuat sedemikian (Ayb 34:19; Maz 82:1-5). Memandang bulu ialah kompromi yang disebabkan oleh kesayangan, kesukaan, perhubungan, atau faedah daripada seseorang pihak. Hanya Kitab Suci harus menentukan apa yang betul dalam tingkah laku dan keputusan-keputusanmu (Maz 119:128). Paulus telah menugaskan Timotius untuk melaksanakan pelayanannya tanpa memandang bulu atau bersikap berat sebelah (1Tim 5:21). Malah, ahli gereja pun tidak boleh dipilih kasih kalau ada pelawat ke gereja (Yak 2:1-13).
Suatu matlamat yang besar bagi seorang Krsitian adalah untuk ada reputasi orang yang adil mutlak. Itu bermaksud dia selalu memilih kewajaran, sementara mengetepikan personaliti atau perhubungan. Inilah keadilan yang harus diamalkan di rumah dengan kanak-kanak, di tempat kerja bersama rakan sekerja atau orang bawahan, di hal gereja dan melayani tetamu, dan dalam semua urusanmu dengan orang lain. Walaupun kamu ada musuh, mereka harus tahu bahawa kamu pernah dan akan melayani mereka dengan adil. Dapatkah kanak-kanakmu menghampirimu dengan yakin, walaupun mereka sudah salah, kerana mereka tahu kamu akan adil sepenuh-penuhnya?
Jika seseorang membiarkan personaliti atau perhubungan mempengaruhi penghakimannya, dia tidak ada akhlak atau pun integriti. Dia akan merosakkan keadilan bagi sepotong roti (Ams 28:21). Tak kira apa pun alasannya, dia suatu kekejian kepada Allah, sautu pelanggaran terhadap keadilan, suatu ancaman kepada masyarakat, suatu cela pada kekuasaan, suatu penghalang kekudusan, seorang penyanjung dosa, dan seorang kawan kepada iblis. Dia tiada hak untuk apa pun kedudukan yang besar, kuasa, atau penghormatan. Orang baik harus membencinya (Maz 15:4).
Bagaimanakah hatimu dalam hal memandang bulu? Adakah kamu dengan sungguh-sungguh membenci setiap fikiran merosakkan keadilan dan penghakiman bagi kepentingan perasaan atau faedah peribadi? Adakah kamu setia sepenuh-penuhnya untuk fikir dengan betul, bercakap dengan betul, dan melakukan betul, tidak kira siapakah para pihak dalam permasalahan itu? Bagaimanakah reputasimu berkenaan keadilan dan sikap tidak berat sebelah? Adakah ia sempurna dan layak untuk dipertimbangkan oleh Allah dan manusia (1Sam 18:28-30)? Apa pun yang kurang daripada itu berbau busuhk (Pkh 10:1)!
Hai pembaca, kamu tidak lama lagi akan berdepan dengan Yesus Kristus. Kamu mungkin pernah mempengaruhi dan memanupilasikan orang lain yang lemah pada suatu ketika dalam kehidupanmu. Tetapi Allah telah mentahbiskan Yesus untuk menghakimi seluruh dunia dalam keadilan yang mutlak pada hari yang semakin menjelang (Kis 17:29-31). PenghakimanNya akan dilaksanakan dengan penuh kesaksamaan dan kewajaran; Hukuman yang dijatuhkanNya akan mutlak dan muktamad. Kamu tidak akan dapat mempengaruhiNya sedikit pun dengan tangisan, alasan, ancaman, perbandingan, atau rayuan. Rendahkanlah dirimu di hadapanNya sekarang dan rayulah untuk belas kasihan sebelum ia terlambat.